Apakah itu “custom audience” dan “lookalike audience”

Facebook dan Google mempunyai ciri-ciri yang hebat yang disebut sebagai “custom audience” dan “lookalike audience”. Kedua-dua ciri ini membolehkan anda untuk menggunakan senarai pelanggan sedia ada anda. Andaikan bahawa anda mempunyai senarai 100 pelanggan terbaik anda, lengkap dengan alamat emel dan nombor telefon mereka. Anda boleh memuat naik senarai tersebut ke Facebook dan Google. Berdasarkan alamat emel dan nombor telefon yang dimuat naik, Facebook dan Google akan memadankan dengan alamat emel dan nombor telefon yang didaftarkan oleh pengguna di Facebook atau Gmail. Facebook dan Google akan mengetahui karakteristik-karakteristik pengguna-pengguna tersebut, contohnya, demografik mereka (umur, jantina, lokasi) dan psikografik (minat-minat, nilai-nilai).

Berdasarkan karakteristik-karakteristik tersebut, Facebook akan mencari dalam pangkalan data mereka pengguna-pengguna lain yang mempunyai profil yang sepadan.

Facebook menilai persamaan (“similarity”) audien dari skala 0 ke 20 (“0” menandakan persamaan yang paling tinggi, manakala “20” menandakan persamaan yang paling rendah.) Sekiranya anda mencipta “custom audience” dengan sendiri, skala persamaan audien anda hanyalah dari 0 ke 10. Sebaliknya, Peasy yang disambungkan kepada API, boleh mencipta “custom audience” sehingga mencapai skala 20. Ini bermanfaat kerana Peasy dapat mencipta saiz audiens yang lebih besar yang sepadan dengan “custom audience” anda. Sebagai contoh, anda mungkin hanya dapat mencari saiz penduduk sebesar 1,000,000, tetapi Peasy dapat mencari saiz penduduk sebesar 2,000,000 yang sepadan dengan profil “custom audience” anda.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini, Facebook membuat banyak sasaran atau “targeting” berdasarkan data “cookie” pihak ketiga. Hal ini bermaksud, setiap kali anda memasukkan minat-minat audiens sasaran anda, sebagai contoh, orang yang suka membeli-belah secara atas talian, Facebook mengeluarkan data yang dikehendaki berdasarkan pemerhatian Facebook terhadap pengguna-pengguna yang melihat atau mendapatkan maklumat di Facebook dan di luar aplikasi Facebook. Namun begitu, sejak penghujung tahun 2020, Google Chrome dan Apple iOS telah menyekat data “cookie” pihak ketiga. Hal ini mengehadkan keupayaan Facebook dan Google untuk mempelajari profil-profil pelanggan di luar aplikasi Facebook, YouTube atau Google, dan mengurankan kebolehan sasaran berdasarkan minat-minat. Untuk mengatasi kekurangan ini, memuat naik “custom audience” dan kemudian mencipta “lookalike audience” merupakan sesuatu yang berguna.

Apply for the BSN SME Digitization Grant

Get RM2,000 worth of FB Ad Credits and 1 year subscription of Peasy Gold Free

[fluentform id="3"]