Bagaimana untuk mendapatkan cadangan terbaik

Bagaimana jika anda ingin mengoptimumkan lagi cadangan AI kami? Bolehkah anda dapat ramalan yang lebih baik? Bolehkah AI kami beri hasil yang lebih baik berbanding apa yang telah dicadangkan?
Berikut merupakan contoh ramalan oleh AI kami:

“Kempen ini akan memperoleh 59 JUALAN pada kadar RM 33.90 untuk setiap JUALAN dalam tempoh 7 hari.”

AI kami mencadangkan bajet anda dibahagikan sama rata kepada 2 segmen audiens: 1) pemilik-pemilik perniagaan kecil tradisional, dan 2) pemilik-pemilik e-dagang. Anggaran kos untuk setiap pemerolehan atau “Cost-per-Acquisition” (CPA) untuk segmen pertama ialah RM 33.00, manakala anggaran CPA untuk segmen kedua ialah RM 34.00. Anda mungkin bertanya, memandangkan CPA bagi segmen audiens pertama lebih rendah, bolehkah anda memperuntukkan kesemua bajet anda kepada audiens pertama?
AI kami mencadangkan bajet anda sebanyak RM 2,000 dibahagikan kepada 2 segmen audiens kerana walaupun kos untuk setiap pemerolehan (CPA) untuk segmen audiens pertama lebih rendah, maksimum bajet yang boleh anda gunakan dalam tempoh 7 hari adalah terhad kepada RM 1,000. Walaubagaimanapun, terdapat 2 cara yang boleh anda pilih untuk menggunakan kesemua bajet anda kepada segmen audiens dengan kos untuk setiap pemerolehan (CPA) yang lebih rendah:
  1. Melanjutkan tempoh kempen anda

Sebagai contoh, anda boleh melanjutkan tempoh kempen anda dari 7 ke 14 hari. Anda kemudian dapat melihat AI kami mencadangkan kesemua bajet anda diperuntukkan kepada segmen audiens pertama.

  1. Mengurangkan bajet agar sepadan dengan bajet maksimum untuk segmen audiens dengan kos setiap pemerolehan (CPA) yang lebih rendah

Sekiranya anda memilih untuk mengekalkan tempoh kempen anda, anda boleh, sebagai contoh, mengurangkan bajet anda daripada RM 2,000 kepada RM 1,000. Setelah mengurangkan bajet anda, klik pada butang “recommend audience”. Anda kemudian dapat melihat AI kami mencadangkan kesemua bajet anda diperuntukkan kepada segmen audiens pertama. Beri perhatian yang pengurangan bajet anda akan mengurangkan jumlah jualan, tetapi ia mengurangkan kadar kos untuk setiap pemerolehan (CPA).

Apply for the BSN SME Digitization Grant

Get RM2,000 worth of FB Ad Credits and 1 year subscription of Peasy Gold Free

[fluentform id="3"]