Jenis-Jenis Objektif Kempen

Pilih objektif ini sekiranya anda ingin mendapatkan “brand awareness” dan “brand recall”. Ini bermaksud anda ingin mendapatkan ramai audiens untuk melihat iklan anda berulang-kali agar mereka mengingati produk anda.

Pilih objektif ini sekiranya anda ingin audiens untuk klik pada iklan anda setelah melihatnya. “Klik” tidak bermakna “klik” untuk pergi ke laman sesawang anda atau “klik” untuk melakukan tindakan tertentu. “Klik” di sini bermaksud audiens klik untuk komen pada iklan anda, klik untuk menyukai iklan anda, atau klik untuk sekadar mainkan video anda.

Untuk objektif ini, anda memerlukan Facebook pixel yang dipasang pada laman sesawang anda. Perbezaan antara kempen “Traffic/Reply” dan kempen “Clicks” ialah “traffic” dikira apabila audiens klik pada iklan anda, pergi ke laman sesawang anda, dan berada di sana selama sekurang-kurangnya 3 saat. Apabila anda membeli kempen “Traffic/Reply”, anda akan mendapat ramai pelawat di laman sesawang anda. Apabila anda membeli kempen “Clicks”, akan akan mendapat banyak klik tetapi tidak semestinya ramai pelawat di laman sesawang anda.

Sekiranya anda menjalankan kempen Facebook Messenger, anda juga boleh memilih objektif “Traffic/Reply” sekiranya anda ingin mendapatkan ramai audiens untuk respon kepada Messenger anda.

Anda mesti mempunyai Facebook pixel yang dipasang di laman sesawang anda. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai laman sesawang e-dagang dan anda ingin audiens anda melakukan sesuatu tindakan (contohnya untuk mendaftar maklumat mereka pada “lead form” anda), pilih “Conversion” sebagai kempen objektif anda. Facebook mengesyorkan sekurang-kurangkan 50 aktiviti atau iklan seminggu untuk melaksanakan kempen “Conversion”.

“Engagement” merupakan kempen objektif yang paling popular. Sekiranya anda ingin audiens untuk suka, kongsi, atau komen pada hantaran anda, atau menonton atau kongsi video anda, pilih objektif “Engagement”. Perbezaan antara kempen “Engagement” dan kempen “Clicks” ialah kempen “Clicks” akan membawa audiens ke laman sesawang anda. Hal ini bermaksud, sekiranya audiens klik pada butang “Call-to-Action” (CTA) pada iklan anda, audiens tersebut akan dialihkan ke laman sesawang anda. Manakala untuk kempen “Engagement”, apabila audiens klik pada butang CTA, audiens tersebut akan dialihkan ke hantaran atau halaman Facebook anda. Jadi sekiranya anda mempunyai laman sesawang, anda boleh menjalankan kempen “Clicks”, tetapi sekiranya anda tidak mempunyai laman sesawang, pilih objektif “Engagement”.

Pilih kempen “Lead” sekiranya anda hanya ingin audiens untuk mendaftarkan maklumat atau minat mereka. Apabila audiens melihat dan menekan pada iklan anda, “lead form” Facebook akan terus muncul, jadi audiens anda tidak perlu meninggalkan halaman Facebook dan pergi ke laman sesawang anda kerana mereka boleh mendaftarkan maklumat mereka terus dalam Facebook. Maklumat yang didaftarkan akan terus dihantarkan kepada anda.

Sila ambil maklum bahawa anda perlu mempunyai “lead form” untuk menjalankan kempen “Lead”.

Apply for the BSN SME Digitization Grant

Get RM2,000 worth of FB Ad Credits and 1 year subscription of Peasy Gold Free

[fluentform id="3"]