Bagaimana Peasy Marketing membantu iklan anda.

Peasy Marketing bekerja 24 jam sehari untuk membantu “paid advertising” anda supaya strategi “digital marketing” anda untuk mendapatkan pelanggan yang berkualiti, berhasil. Mari lihat bagaimana caranya.

Teknologi dah semakin canggih dan kini ada cara terbaru dan murah untuk anda mendapat hasil iklan yang lebih baik tanpa perlu mengupah digital marketer ataupun digital agency yang harganya mahal dengan hasil yang tidak menentu.

Pernah dengar mengenai artificial intelligence (Ai)? Ia merupakan masa depan Pemasaran Digital (Digital Marketing).

Artificial intelligence ataupun Ai merupakan keupayaan sesebuah program ataupun mesin untuk berfikir dan belajar tanpa diberi arahan. Berita gembiranya, software Peasy Marketing yang kami bangunkan mempunyai teknologi Ai yang kami namakan Peasy Ai untuk membantu anda dari sudut pengiklanan berbayar (paid advertising). Peasy Ai akan membantu anda untuk setting iklan, anda hanya perlu membuat copywriting dan sediakan gambar atau video sahaja.

Apa perbezaan utama Peasy Ai dan manusia bekerja?

1. Bekerja 24 jam

Peasy Ai berkeupayaan untuk belajar, berfikir dan bekerja 24 jam untuk anda. Ini sesuatu yang diluar kemampuan manusia untuk bekerja terus menerus tanpa henti. Apatah lagi melibatkan aktiviti berfikir.

2. Analisa dan Ramalan (Prediction) 90% lebih baik dan tepat

Benchmark untuk ketepatan ramalan Peasy Ai adalah 90%. Contohnya jika Peasy Ai meramalkan anda akan mendapat 100 leads, sekurang-kurangnya 90 leads akan dapat. Jika semasa iklan dijalankan, Peasy Ai Analisa dan meramalkan tidak dapat sehingga 90 leads, Peasy Ai akan mengoptimumkan (optimize) kembali targeting audience sehingga iklan dapat mencapai sekurang-kurangnya 90% dari apa yang diramalkan.

Apa platform yang boleh menggunakan Peasy Marketing?

Pengguna Peasy Marketing boleh menggunakan Facebook Ads, Instagram Ads dan Google Ads.

Apa ciri-ciri utama software Peasy Marketing?

1. Analisis dan Ramalan (Prediction) dilakukan menggunakan Peasy Ai yang bertindak sebagai “Learning Machine”.

  • Lebih tepat dari manusia.
  • Menjimatkan masa dan tenaga.
  • Menjimatkan budget iklan.

Anda sudah tidak perlu berfikir dan meneka umur, interest dan lain-lain untuk diletakkan di dalam targeting audience di ads manager. Semuanya dilakukan secara automatik oleh Peasy Ai. Peasy Ai akan mencari orang yang sesuai untuk dijadikan target audience anda. Oleh itu, kualiti leads atau prospek anda akan bertambah baik dan mudahlah untuk anda menukar mereka kepada pelanggan. Anda akan berasa selamat untuk melakukan iklan dan menaikkan budget iklan anda.

Masa dan tenaga anda kini boleh ditumpukan kepada aspek copywriting dan gambar atau video. Tambahan pula banyak lagi aspek penting dalam bisnes yang anda kena beri perhatian selain dari iklan.

2. Peasy Ai menolong merangka strategi pemasaran berbayar (paid advertising strategy). 

Peasy Ai mempunyai fungsi “Full funnel”. Setelah Peasy Ai menganalisa semua data yang datang dari sumber Facebook Page anda, data sejarah iklan Facebook anda, website anda serta 30 terabyte data industri yang ada dalam Peasy Marketing, Peasy Ai akan menolong anda untuk melakukan perkara ini:

  • Menetapkan objektif kempen
  • Menetapkan jumlah kempen yang perlu dilakukan
  • Budget kempen

Untuk yang orang baru belajar menggunakan Facebook Ads, Instagram Ads dan Google Ads, fungsi ini sangat membantu mereka kerana menjalankan iklan secara melulu dan tanpa analisa sangat mahal harganya. 

Fungsi “Full funnel” ini juga memberi keupayaan kepada Peasy Ai untuk mencari dan mengutamakan prospek yang lebih murah dan kos efektif.

funnel peasy marketing

Sekarang, tanpa perlu belajar secara mendalam mengenai Facebook Ads, Instagram Ads atau Google Ads, anda boleh mendapat hasil iklan yang lebih baik berbanding pesaing anda. Tambahan pula, anda sudah tidak perlu pihak ketiga seperti digital marketer ataupun digital agency untuk melakukan analisa iklan untuk anda.

Peasy Ai ibarat digital marketer anda sendiri yang bekerja 24 jam untuk memenuhi KPI atau matlamat pengiklanan berbayar (paid advertising) anda.

3. Ramalan Automatik (Automatic Prediction) berketepatan 90% ke atas.

Bagaimana Peasy Ai membuat ramalan? Ramalan dibuat berdasarkan data yang didapati dari Facebook Page anda, data sejarah iklan anda (historical ads data), website anda atau pesaing, serta software Peasy Marketing sendiri yang mempunyai 30 terabyte data dari 26 industri.

peasy marketing prediction

Selalunya untuk mempunyai data untuk dianalisis anda perlu menjalankan iklan pertama terlebih dahulu. Dari iklan pertama baru anda mempunyai data untuk membuat iklan kedua yang lebih baik. Tapi untuk menjalankan iklan pertama, anda kena mempunyai budget iklan betul? 

Jadi anda cuba bayangkan dengan 30 terabyte data sedia ada dalam Peasy Marketing, berapa banyak yang anda sudah jimat dari segi duit dan masa. Tiada lagi split test, kumpul data dan analisis data yang memenatkan. Tambahan pula, anda dapat mendahului pesaing anda dari sudut iklan yang lebih baik kerana anda mempunyai jumlah data yang besar.

Selain itu, di dalam Peasy Marketing mempunyai graph CPA (cost per acquisition) dan sales volume di antara industri dengan kempen iklan kita. Jadi kita dapat “compare” potensi iklan kita berdasarkan “benchmark” industri samada iklan kita ini bagus dan selamat untuk dijalankan.

peasy marketing funnel

3. Pengoptimuman Automatik untuk meningkatkan tahap keberjayan iklan (Automatic Optimization to improve ads performance).

Semasa iklan dijalankan, Peasy Ai akan menganalisis apakah ciri-ciri persamaan pada leads yang menghasilkan jualan dan leads yang tidak menghasilkan jualan. Berdasarkan data itu, ia akan menambah baik (optimize) iklan yang tengah dijalankan itu dari sudut “targeting audience”, “budget allocation”, “channel” dan “bidding” supaya anda mendapat hasil iklan yang bagus dan mencapai KPI yang anda telah tetapkan.

Peasy Ai menggunakan “predicted analyse” yang lebih cepat dari mengumpul maklumat menggunakan “split test”. Jadi ia mampu melakukan perubahan lebih cepat pada iklan yang tengah dijalankan. 

Jika iklan tengah dijalankan dan Peasy Ai mengesan persaingan “bidding” yang terlampau sengit, Peasy Ai akan membantu “pause” ataupun stop dahulu iklan supaya anda tidak rugi.

Peasy Ai juga mampu untuk mengesan lokasi mana yang menguntungkan dan akan membuang (exclude) lokasi yang tidak menguntungkan. Kadang-kadang perkara ini kita terlepas pandang dan sukar juga untuk kita kesan jika kita tidak melakukan satu persatu split test.

Contohnya, kita memilih lokasi Selangor. Jika kita tidak split test satu persatu kawasan di dalam Selangor, sukar untuk kita mengesan kawasan mana yang menguntungkan dan kawasan mana yang tidak. 

Untuk membuatkan Peasy Ai semakin bijak dan dapat mencari prospek yang sesuai dan berminat dengan produk atau servis anda, anda boleh upload database anda. Peasy Ai belajar, memahami dan mencari ciri-ciri pelanggan yang sesuai untuk bisnes anda. Ia akan mengubah “targeting audience” anda menjadi lebih baik.

4. Peasy Ai belajar “offline conversion” untuk menambah baik “targeting audience”. 

Anda telefon ataupun mesej pelanggan dipanggil “offline conversion”. Kebiasaannya, tidak mungkin Facebook ataupun Google boleh tahu sama ada leads tersebut berjaya ditukarkan menjadi jualan jika kita mesej ataupun telefon leads? Jika Facebook dan Google tidak tahu, bagaimana data tersebut boleh digunakan untuk menambah baik “targeting audience” kita. Betul? Tambahan pula, hanya kita dan sales team sahaja yang tahu tahap sebenar kualiti satu-satu leads itu.

Peasy Marketing mempunyai fungsi yang unik dimana kita dapat menetapkan status setiap leads seperti new leads, qualified leads, disqualified leads, negotiation leads, win leads, ataupun loss leads. Setiap perubahan status leads ini, akan membolehkan Peasy Ai belajar dan menambah baik “targeting audience” supaya kualiti pelanggan yang bakal kita dapat lebih baik dari sebelumnya.

Fungsi ini juga berkait rapat dengan “custom audience” dimana kita tidak lagi perlu untuk “upload” database setiap kali ada perubahan. Peasy Ai akan update custom audience secara automatik untuk anda.

lead management peasy marketing

5. Pengurusan Leads yang terbaik (Superb lead management).

“Lead management” mempunyai informasi yang sangat terperinci(detail). Ia mampu mengesan dari kempen mana satu-satu leads itu datang, lead form id, adset name, id ad name, full name, phone number, email, channel dan termasuk targeting audience yang dibuat untuk mendapatkan leads itu. 

Selain itu, setiap leads mempunyai “score”. “Score” ini ditentukan berdasarkan berapa banyak interaksi yang dilakukan oleh prospek itu dengan aset kita seperti facebook page dan website. Semakin banyak interaksi, semakin tinggi “score”. “Score” yang tinggi memberi petanda kepada kita bahawa leads ini berminat dengan produk atau servis yang kita tawarkan. Oleh itu, kita ataupun sales team dapat memberi keutamaan kepada leads yang mempunyai “score” yang tinggi. 

6. Laporan Terperinci dan Laporan Ramalan (Detailed Report & Prediction Report).

Laporan Terperinci (Detailed Report) membolehkan anda untuk “compare” prestasi iklan anda dengan prestasi iklan orang lain di dalam industri anda.

Laporan Ramalan (Prediction Report) menyediakan SWOT (Strength, Weakness, Opportunities and Threats) Analysis untuk anda. Anda boleh melihat apakah “promising details targeting”, ramalan tentang “weekly volume”, “average CPA”, “budget allocation” dan “recommend weekly spend” serta macam-macam lagi.

Dengan mengetahui maklumat-maklumat ini, anda dapat melakukan persediaan iklan dan bisnes yang lebih baik berbanding pesaing anda. 

Apa masalah yang selalu dihadapi oleh bisnes PKS atau nama lainnya SME yang boleh diselesaikan apabila menggunakan Peasy Marketing?

1. Tiada masa untuk belajar secara mendalam mengenai “Paid Advertising” seperti Facebook Ads, Google Ads dan Instagram Ads.

Dengan Peasy Marketing, Peasy Ai akan membantu anda dari segi teknikal seperti setting untuk iklan. Anda hanya perlu membuat copywriting, gambar dan video sahaja. 

Disebabkan 80% kerja membuat iklan dilakukan oleh Peasy Ai, anda mempunyai banyak masa untuk fokus kepada aspek bisnes yang lain juga.

2. Tidak mempunyai budget yang besar untuk membuat iklan, apatah lagi bereksperimen dengan iklan untuk mencari targeting audience yang tepat.

Peasy Marketing mempunyai pakej “Free Forever” yang anda boleh gunakan. 

3. Tidak mempunyai budget untuk mengupah digital marketer atau digital agency yang menelan belanja sekurang-kurangnya RM1000 sebulan.

Setiap pengguna Peasy Marketing akan diberikan Peasy Ai khas buat mereka sahaja. Peasy Ai ibarat digital marketer yang bertanggungjawab memantau dan menganalisis prestasi iklan anda. Apa yang lagi bagus adalah ia bekerja 24 jam untuk anda.

4. Tidak mempunyai website.

Mempunyai website sahaja sebenarnya tidak mencukupi. Website itu mesti menghasilkan jualan. Untuk menghasilkan jualan, ia memerlukan “paid advertising” untuk menghantar prospek kepada website. 

Peasy Marketing membolehkan anda, mendapatkan prospek yang berkualiti dan sesuai untuk anda hantar ke mana saja seperti WhatsApp, leads form, Facebook Messenger dan lain-lain. Fokus utama anda sepatutnya ke arah mendapatkan prospek yang berkualiti. 

Apabila “targeting audience” anda memang telah terbukti berkualiti, barulah anda fikirkan untuk membuat website. 

Penutup

Peasy Ai merupakan “game changer” anda untuk selangkah depan dari pesaing anda. Bukan sahaja anda boleh menjimatkan masa, tenaga dan wang anda, tetapi dengan Peasy Marketing anda akan berupaya mendapatkan pelanggan yang berkualiti secara konsisten. Untuk menggunakan Peasy Marketing, anda boleh terus klik disini: FREE PLAN

 

Apply for the BSN SME Digitization Grant

Get RM2,000 worth of FB Ad Credits and 1 year subscription of Peasy Gold Free

[fluentform id="3"]