Setiap pengguna Peasy melanggan kepada Peasy berdasarkan pelan tertentu. Kebanyakan pengguna yang mula menyertai Peasy mendaftar pada pelan percuma seumur hidup. Pelan anda menentukan jumlah yang boleh anda gunakan untuk kempen anda. Berikut merupakan cara untuk menyemak pelan, bil dan penggunaan bajet anda:
Lihat pada “available ad spend” yang terletak di bahagian atas skrin untuk mengetahui jumlah maksimum perbelanjaan untuk pelan anda. Sebagai contoh, sekiranya anda memilih pelan dengan jumlah RM 20,500 and anda belum menggunakan sebarang jumlah, nombor yang tertera akan menunjukkan “0/20,500 MYR”. Berdasarkan jumlah yang tertera, jumlah maksimum yang anda boleh belanjakan untuk kempen anda ialah sebanyak RM 20,500 sahaja.
Sebagai contoh, anda hendak menjalankan kempen “Conversion”, Sekiranya anda memasukkan jumlah RM 21,000 sebagai jumlah perbelanjaan kempen anda iaitu melebihi jumlah had perbelanjaan iklan anda yang berjumlah RM 20,500, anda akan menerima mesej timbul menyatakan bahawa bajet kempen anda melebihi baki jumlah had perbelanjaan iklan. Anda tidak dapat meneruskan iklan anda melainkan anda memasukkan jumlah perbelanjaan kempen sebanyak RM 20,500 atau kurang.
Untuk menambahkan had perbelanjaan iklan
Say that you would like to increase your ad spend limit, click on your user profile icon at the top right of your screen, and select “settings” then “billing”. Click on the “upgrade” button on your selected plan.
Sekiranya anda ingin menambahkan had perbelanjaan iklan anda, klik pada ikon profil pengguna di bahagian atas kanan skrin anda, dan pilih “settings” kemudian “billing”. Klik pada butang “upgrade” pada pelan yang berkenaan.
Untuk mengurangkan had perbelanjaan iklan
If you wish to reduce your ad spend limit, click on your user profile icon at the top right of your screen, and select “settings” then “billing”. Click on the “downgrade” button on your selected plan.
Sekiranya anda ingin mengurangkan had perbelanjaan iklan anda, klik pada ikon profil pengguna di bahagian atas kanan skrin anda, dan pilih “settings” kemudian “billing”. Klik pada butang “downgrade” pada pelan yang berkenaan.