Bagaimana Facebook Campaign kami berjaya gandakan jualan tahunan hanya dalam masa 3 bulan

Adakah anda akan melabur sebanyak RM 24,254 pada iklan untuk dapatkan jualan sebanyak RM 1,007,645?

  • Jualan kami meningkat sebanyak 4.8X dari Q2 ke Q3. Jualan semasa Q3 adalah lebih tinggi dari jualan Q1 + Q2. Kami berjaya menggandakan jualan tahunan hanya dalam tempoh 3 bulan sahaja.
  • Hampir 100% jualan datang daripada iklan campaign kami. Kami telah menambah perbelanjaan iklan sebanyak 6.6X dari Q2 ke Q3. Kami telah berbelanja sebanyak RM 24,254.74 untuk iklan Facebook dari July ke Sept 2021. Hasilnya, campaign kami telah berjaya menghasilkan jualan sebanyak RM 1,007,645. Ini menunjukkan 4,154% Return on Advertising Spent (ROAS) yang menakjubkan!

  • Kami menjalankan bisnes subscription software, jadi target market utama ialah PKS. Memandangkan kategori bisnes kami dikira baru di pasaran, conversion sepenuhnya melalui online agak mustahil. Kami perlu jual melalui online-to-offline. Lead dihasilkan melalui campaign FB & IG kami. Pasukan jualan kami akan convert lead melalui Whatsapp, call dan Google Meet.
  • Semasa Q3, campaign kami telah menghasilkan 3,301 leads; 78.95% dikira sebagai Marketing Qualified Leads (MQL), dan selebihnya 21.05% telah disahkan ‘tidak layak’ oleh chatbot dan pasukan jualan kami.

Latar Belakang: Apa itu Peasy

  • Kami menggunakan Peasy Marketing untuk menjalankan campaign Facebook dan Instagram manakala Peasy Sales pula untuk semak kelayakan, track dan mesej lead kami. Dengan kata lain, kami menggunakan Peasy untuk mengembangkan Peasy. 
  • Apa itu Peasy? Bayangkan AdEspresso + ManyChat + Leadsbridge + CRM tetapi dalam versi yang lebih mudah.
  • Kami bina Peasy untuk PKS seperti kami, PKS yang mahukan cara yang mudah dan mampu milik untuk menjana jualan online-to-offline (O2O).
  • Walaupun PKS kini lebih mencari customer melalui online, kami percaya ‘perjalanan’ customer akan tetap memerlukan cara offline. Dari restoran, bengkel dan klinik yang ingin menggunakan iklan online untuk meningkatkan kunjungan ke store mereka kepadalah B2B, insurans, direct-marketing yang ingin hasilkan leads secara online untuk diberikan kepada pasukan jualan mereka.
  • Objektif kami ialah untuk membina cara yang paling mudah dan mampu milik untuk PKS meningkatkan jualan O2O. Penyelesaian O2O yang ada sekarang agak rumit, memerlukan pelarasan sales & marketing yang sempurna; terdapat kos tambahan dan kompleksiti bermula lah dari ubahsuai proses jualan, melatih semula pasukan jualan dan melabur dalam pelbagai software. Ianya memerlukan banyak masa, tenaga dan duit. Kami mahu Peasy menjadi pilihan yang mampu memudahkan proses itu dengan kos yang paling murah.

Persediaan Kami: Bagaimana kami hasilkan lead dan close sale

  • Sebagai startup yang dibiayai sendiri, team kami dikira kecil. Pasukan jualan & pemasaran terdiri daripada 2 orang ejen tele-sales, 1 sales support, 1 designer, 1 orang yang menjalankan marketing dan saya sendiri (mengisi kekosongan dimana sahaja diperlukan)
  • Peasy Marketing cipta dan uruskan lead campaign FB & IG kami. Lead dikategorikan kepada status yang berbeza berdasarkan progress mereka. Kami juga menggunakan status untuk mengurus dan meramalkan proses jualan kami.
  • Lead yang baru masuk dikelaskan sebagai New. Untuk mengelakkan lead lapuk, chatbot Peasy akan menyambut prospek baru dengan segera di Whatsapp, sejurus selepas mereka mendaftar. Nombor yang tidak boleh reach dikategorikan sebagai “Disqualified”, selain daripada itu, kami kategorikan sebagai “Reach”.
  • Chatbot Peasy akan bertanya pada setiap prospek yang di-reach beberapa soalan untuk uji ‘kelayakan’ lead. Prospek yang tidak lepas soalan ‘kelayakan’ akan di set sebagai Disqualified, dan tidak akan diagihkan kepada ejen jualan kami.
  • Jika prospek berjaya lepas semua soalan ‘kelayakan’, prospek tersebut akan diagihkan kepada ejen jualan kami. Campaign kami boleh hasilkan sebanyak 30+ lead setiap hari, jadi ianya terlalu banyak untuk ejen jualan kami call setiap lead yang reach. Chatbot gantikan kerja ejen jualan kami untuk tugasan yang boring dan berulang serta memastikan standard ‘kelayakan’ yang konsisten ada pada setiap lead.
  • Kami menggunakan Peasy Sales untuk semua perbualan Whatsapp dan telefon. Semua ahli pasukan menggunakan hanya 1 Whatsapp akaun sahaja dengan Peasy Sales. Setiap user hanya boleh berhubung dengan contact yang diagihkan pada mereka sahaja, tetapi apabila contact itu diagihkan dari satu user ke satu user yang lain – semua history chat Whatsapp sebelum ini akan ada sekali. Sebagai admin, saya boleh pantau setiap chat untuk bantu pasukan jualan saya hasilkan skrip jualan yang lebih baik, memantau aliran jualan saya dan selaraskan usaha antara pasukan. Dari perspektif customer, mereka hanya chat dan call pada satu nombor sahaja.

  • Kami reka chatbot ini berdasarkan keinginan membeli. Customer yang telah kenal Peasy dan ingin beli segera akan terus ke portal pembelian. Banyak PKS lebih suka pembayaran melalui bank transfer dan memerlukan rekod untuk dokumen. Dalam portal kami, customer boleh muat naik PO, invois dan resit bank transfer mereka. Portal kami diintegrasikan dengan sistem akaun kami, sales support kami seterusnya akan follow up untuk pembayaran dan sahkan semua dokumen yang telah dimuat naik oleh customer.
  • Prospek yang memerlukan lebih maklumat dan perlu diyakinkan lebih lagi boleh pilih untuk set jadual appointment dengan chatbot kami. Ejen jualan kami mempunyai senarai priority call, yang disegmenkan di Peasy Sales. Selepas appointment dibuat, pasukan jualan kami akan menjawab segala pertanyaan, jalankan discovery dan demo.
  • Untuk mudahkan follow up, kami gunakan Peasy Sales untuk menghantar mesej Whatsapp automatik berdasarkan tingkahlaku prospek (sama ada apabila mereka download content kami, melawat pricing page, peringatan untuk call). Apabila prospek menunjukkan progress untuk membeli, Peasy akan notify pasukan jualan kami untuk follow up.
  • Objektif kami untuk elak daripada menggunakan spreadsheet dan laporan data yang tidak perlu seboleh mungkin. Apabila status prospek berubah; Peasy akan kemaskini secara automatik custom audience di Facebook, perhalusi targeting campaign kami – supaya kami boleh sentiasa dapat lead yang lebih berkualiti. Dengan cara ini, pasukan jualan tidak perlu buat kerja data entry dan pasukan pemasaran tidak perlu tunggu laporan status lead. Kami boleh dapatkan laporan secara real-time; setiap mesej Whatsapp, call, status lead dan apa apa maklumat yang diubah akan direkodkan secara automatik 
  • Kami masih menjalankan analisis data berkala, tetapi kebiasannya hanya untuk analisis kualitatif dan naratif – seperti apabila kami ingin perbaharui ads creative kami, memperkemas aliran ‘perjalanan’ customer kami.

Ingin lebih banyak content seperti ini?

Dapatkan akaun Peasy anda secara PERCUMA, dan sertai Facebook Group kami untuk sebarang update berkaitan content dan kelas digital marketing.

Dapatkan Peasy secara PERCUMASertai Facebook Group Kami

Apply for the BSN SME Digitization Grant

Get RM2,000 worth of FB Ad Credits and 1 year subscription of Peasy Gold Free

[fluentform id="3"]