Ejen Jualan Saya Sukar Mendapatkan Temujanji Yang Menghasilkan Jualan

Bantu ejen jualan close sales merupakan tugas business owner dan pengurus jualan. Ramai ejen jualan bertungkus-lumus mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan oleh bos mereka. Sebenarnya, ia boleh menjadi sukar bagi seorang jurujual tanpa asas yang kukuh dan tidak mendapat leads setiap hari. Untuk membantu pasukan jualan anda mencapai matlamat yang telah anda tetapkan, terdapat empat perkara yang perlu anda lakukan sebagai pemilik bisnes.

bantu ejen jualan close sales. apa yang business owner boleh tolong?

Tips Bantu Ejen Jualan Close Sales: Dapatkan Leads Yang Berkualiti

Kuantiti tidak semestinya kualiti. Ramai orang jualan percaya:

1) Saya boleh menjual kepada sesiapa sahaja

2) Jadi jika saya mempunyai lebih banyak leads, saya mempunyai lebih banyak peluang menghasilkan jualan. Peluang tidak berfungsi seperti itu, anda mungkin boleh menjual kepada sesiapa sahaja – tetapi menjual kepada prospek yang mempunyai tolakan dan masalah serta degil memerlukan lebih banyak masa dan usaha; masa dan usaha yang anda boleh gunakan untuk close sales 10 pembeli lain yang lebih bersedia.

Pernah kajian dilakukan dengan membuat perbandingan diantara membeli database pelanggan atau mendapatkan leads melalui online. Yang mana lebih berkesan dan menjadi? Jika saya bertanya soalan mudah kepada anda, apakah reaksi anda jika seseorang menghubungi anda secara rawak untuk membeli hartanah berbanding dengan anda sendiri telah memberi nama, email, phone number untuk dihubungi kepada ejen jualan hartanah. Yang mana anda lebih suka dan selesa?

Bayangkan jika setiap panggilan telefon yang dibuat oleh ejen jualan anda menghabiskan masa selama 3 minit. Masa ialah satu jenis perbelanjaan dan anda bayar ejen anda untuk bekkerja. Jika conversion ratenya hanya 0.5% untuk database yang dibeli berbanding 10% untuk leads yang dapat melalui online, yang mana satu yang anda akan minta ejen jualan anda membuat panggilan? Semestinya leads yang dapat melalui online bukan kerana potensinya lebih besar dan masa yang lebih singkat untuk membuat jualan.

Kami sangat menyarankan anda untuk membuat kempen menjana leads yang berkualiti melalui FB Ads dan IG ads untuk bantu ejen jualan close sales dan ianya sangat mudah dengan menggunakan software Peasy Marketing. Anda boleh belajar disini.

Kualiti Leads Sama dan Automatikan Proses Qualification

Setiap ejen jualan mempunyai reaksi yang berbeza mengikut kualiti satu-satu leads. Apa yang saya maksudkan disini ialah jika kita memberi leads yang rendah kualitinya kepada ejen jualan yang terdesak, mereka masih berebut-rebut untuk mendapatkannya. Jika kita beri leads yang berkualiti tinggi tetapi agak mencabar kepada ejen jualan yang masih baru, mereka mungkin pula akan berkata yang leads ini kualitinya rendah. Ejen jualan yang berpengalaman tidak akan mempunyai masalah untuk menerima leads itu.

Anda mesti mempertimbangkan untuk memberi leads yang standardnya anda telah tetapkan. Kualitinya sentiasa sama. Apabila kualiti leads anda sentiasa konsisten, ia akan memberi result yang konsisten kepada pasukan jualan anda. Gunakan kaedah BANT (Belanjawan, Kuasa, Keperluan, dan Masa) untuk anda menyeragamkan kualiti leads. Setiap leads perlu melalui satu soalan qualification yang standard. Contoh soalan, adakah anda lepas syarat geran digital BSN ini? Jika lepas, leads itu akan dikategorikan sebagai qualified leads. Jika tidak, leads itu akan dikategorikan sebagai disqualified leads. Berikan qualified leads yang mempunyai standard yang sama sepanjang masa kepada ejen jualan anda.

Untuk menjimatkan masa ejen jualan anda supaya mereka hanya perlu fokus kepada closing sales qualified leads, automatikkan proses menggunakan chatbot. Biar chatbot yang menanyakan soalan qualification kepada leads dan ejen jualan hanya menerima qualified leads sahaja. Ini lebih baik kerana mereka hanya perlu fokus menjual kepada leads yang berkualiti dan qualify.

Tips Bantu Ejen Jualan Close Sales: Fahami Perjalanan Pelanggan anda dan juga Lag Time

Bayangkan anda seorang jurujual baharu; dan pengurus jualan anda secara berterusan menekan anda setiap hari untuk nombor, nombor dan nombor. Anda terlalu tertekan dan pengurus tidak membantu sama sekali. Tetapi sekarang bayangkan jika pengurus jualan anda memahami bahawa setiap prospek baharu akan mengambil masa 15 hari sebelum ia menjadi satu peluang, 20 hari untuk peluang untuk menukar kepada rundingan dan 10 hari sebelum rundingan bertukar kepada jualan. Dan memandangkan ini baru hari ke-20 anda bekerja, pengurus anda boleh memberitahu anda dengan tepat – anda harus menumpukan pada membina sekurang-kurangnya 316 prospek, 62 peluang untuk mencapai 20 jualan bulan depan.

Pemetaan perjalanan pelanggan anda dan lag time akan membantu anda memahami dan berusaha secara proaktif ke arah mencapai sasaran jualan anda, sebelum terlambat. Daripada tertanya-tanya mengapa kami tidak mencapai nombor kami pada akhir bulan, kami boleh secara proaktif mula membina nombor yang diperlukan dalam corong atas dan tengah kami untuk mendapatkan jualan yang mencukupi pada akhir bulan.

Tips Bantu Ejen Jualan Close Sales: Percepatkan komunikasi kepada pelanggan untuk elakkan leads dari mereput.

Apakah persamaan leads dan ikan? Mereka cepat basi. Jika prospek anda memberikan contact mereka hari ini, dan pasukan jualan anda hanya menghubungi mereka 4 minggu kemudian – kemungkinan besar mereka tidak lagi berminat atau telah membeli daripada pesaing anda.

Apabila anda mendapat leads melalui iklan facebook ads (sudah tentu menggunakan software Peasy Marketing kami *wink*), leads itu akan dihantar terus kepada software Peasy Sales kami dan ia akan di-agihkan secara automatik kepada ejen jualan yang anda telah tetapkan.

Jadi apa yang anda perlu lakukan sekarang untuk membina pasukan jualan yang mantap?

Cuba gunakan software Peasy Marketing yang menggunakan bantuan Artificial Intelligence (AI), dan gabungkan dengan software Peasy Sales kami untuk leads tadi disalurkan kepada pasukan jualan anda.

Selamat mencuba!

Apply for the BSN SME Digitization Grant

Get RM2,000 worth of FB Ad Credits and 1 year subscription of Peasy Gold Free

[fluentform id="3"]