Membina pasukan jualan yang hebat, bermula dengan mencari bakal agen, stokis, dropship yang bagus. Dalam artikel ini, saya akan kupaskan strategi dan cara cari agen, dropship dan stokis yang boleh menjual dan bersemangat untuk menjual.
Strategi cara cari agen dropship yang sama juga kita gunakan untuk syarikat Nurraysa Beauty mendapatkan dropship yang bagus. Anda boleh lihat dalam tempoh 3 hari saja dropship tadi dah membuat jualan RM908.40.
Artikel ini sesuai untuk:
- Business owner yang baru bermula untuk membina pasukan jualan.
- Business owner yang sudah mempunyai pasukan jualan, nak perbaiki dan tambah lagi agen, stokis atau dropship.
Table of Contents
Prinsip Cari Agen Dropship
Untuk mencari agen dan dropship ada beberapa prinsip yang kita harus pegang, lebih-lebih lagi kepada business owner yang baru hendak bermula membina pasukan jualan.
Prinsip-prinsip ini berkait rapat dengan apa yang kita nak ada dalam seseorang agen kita.
Prinsip Pertama: Attitude tidak dapat diubah
Dari pengalaman saya sendiri apabila kita mula mencari sales agent ataupun kita berimpian untuk menubuhkan pasukan jualan kita, perkara pertama yang pasti akan kita pelajari samada secara mudah atau kita terpaksa langgar dinding then baru kita tau adalah ATTITUDE tidak akan dapat diubah.
Konsepnya mudah, jika ibubapa sales agent tu sendiri tak dapat nak ubah attitude dan perangai dia, apatah lagi kita sebagai leader, founder atau sales manager dia.
Jika tidak cukup ilmu di dada, kita boleh ajar dan kita boleh latih sampailah pandai. Jika tiada pengalaman? Pun sama juga, tiada masalah. Pengalaman boleh dapat dengan bekerja dan membuat pekerjaan itu.
Saya cuma ada 1 masalah saja dengan sales agent iaitu attitude. Itu tidak dapat diubah. Percayalah, saya sudah cuba. Bermacam cara saya cuba, bermacam buku saya baca semata-mata untuk ubah attitude sales agent saya.
Saya siap pernah pergi kelas belajar untuk jadi pemimpin. Mungkin silapnya pada saya? Saya yang gagal jadi pemimpin tetapi dalam kelas yang saya hadiri tu mengesahkan teori saya yang attitude sukar diubah.
Kita akan bazirkan banyak masa, tenaga dan wang bila kita terlampau fokus kepada mengubah attitude seseorang.
Jangan. Membazir saja. Fokus kepada apa yang kita boleh control.
Prinsip Kedua: Ambil seseorang itu bekerja dengan berdasarkan attitude.
Yes, it’s a tricky business. Macam mana kita nak tahu attitude seseorang itu, jika dia tidak start lagi bekerja dengan kita? Kita bukannya ada super power yang boleh check attitude seseorang semasa interview. Mungkin siapa yang pernah bekerja sebagai human resources yang pengalamannya bertahun, mungkin ada that kind of super power.
Untuk kita sebagai usahawan, sebagai owner dan sebagai sales manager, kita perlu belajar tapi kita ada banyak sangat ke masa untuk belajar terlampau mendalam? Bukannya bidang kita. Kita hanya perlu tau sedikit sebanyak ikut kesesuaian semasa bisnes kita.
Jadi apa perlu kita buat?
Kita perlu bermula, di hari pertama, di saat kita fikir alangkah bagusnya kita ada team sales yang kuat dan hebat. Mulakan dengan hiring based on attitude. Itu cara cari agen dropship yang baik dan berkesan.
Prinsip ketiga: Kita tak cari Rockstar. Result yang bagus datang dari effort dan conversion yang bagus.
Percaya atau tidak jika saya katakan kita boleh mengukur attitude dan kita boleh gunakan sebagai targeting di dalam iklan kita mencari dropship, agents dan stokis?
Yes, ianya possible dan boleh dilakukan.
Orang yang mempunyai attitude, mereka mempunyai sikap suka untuk belajar, suka untuk improve kan diri mereka. Content yang dia tengok hari-hari, yang dia feed minda dia berlainan dengan orang lain.
Mana mungkin sama agent yang setiap hari belajar di Udemy ataupun platform-platform pembelajaran dengan orang yang hari-hari tengok video kucing di tiktok ataupun tengok Gegar Vaganza. Keyword disini adalah content consumption.
Ini boleh kita jadikan targeting.
Jadi macam mana? Nak gunakan terus di targeting interest Facebook Ads? Interest Udemy, Hubspot? Bukan macam tu caranya.
Untuk yang baru bermula, mungkin boleh tapi jika anda sudah mempunyai dropship yang ramai, agent sales yang ramai, anda ada kelebihan data.
Sebelum kita pergi lebih dalam lagi di langkah pertama iaitu Analyse, saya sudah beritahu anda yang attitude kita tidak boleh control. Jadi apa yang kita boleh control?
Kami di Peasy berpegang kepada formula ini:
Result adalah hasil dari effort dan conversion.
Effort + Conversion = Result
Seperti mana yang saya beritahu anda sebelum ini, sales agent yang mempunyai attitude berlainan dari yang lain kerana mereka mempunyai effort.
Effort adalah sesuatu yang kita boleh control. Contoh effort adalah berapa banyak panggilan dibuat setiap hari, berapa kerapa follow up dengan prospek dan lain-lain lagi.
Contohnya jika pada bulan pertama sales agent itu start bekerja, dia buat panggilan sebanyak 200 kepada prospek, bulan kedua 300 panggilan, bulan ketiga pun 300 panggilan. Setiap bulan sales agent tu hanya dapat 10 sales.
Kita tahu dia berusaha dan kita nampak effort dia. Jadi kenapa dia hanya dapat 10 sales sahaja?
Silapnya pada conversion. Conversionnya rendah. Conversion yang rendah datang dari proses yang yang kurang baik. Conversion adalah sesuatu yang kita boleh control dengan memperbaiki proses kita, memperbaiki sales funnel kita.
Saya beritahu lagi sekali, effort kita boleh control, conversion kita boleh control tapi result adalah sesuatu yang diluar kawalan kita. Result yang baik adalah result yang kita boleh explain. Kita tahu puncanya, sebab apa sales naik, sebab apa sales turun. Tapi result sesuatu yang kita tidak boleh control, kita hanya boleh kenalpasti puncanya sahaja.
Jika sales agent tadi membuat panggilan sebanyak 300 sebulan, tapi sales hanya 10 sahaja.
Jangan beri tekanan kepada dia.
Jangan salahkan dia.
Salahkan proses dahulu. Dan cara kita menolong orang yang mempunyai effort sedemikian rupa adalah kita memperbaiki proses kita.
Result yang bagus akan datang setelah apabila mempunyai conversion yang bagus dan effort yang bagus.
3 Langkah Berkesan Cari Agen Dropship dan Stokis
Langkah Pertama Cara Cari Agen Dropship: Analyze and Segmentize
Apa yang Peasy Marketing boleh bantu anda? Peasy Marketing boleh bantu dari segi targeting. Seperti yang saya beritahu sebelum ini, kita boleh target attitude.
Untuk target attitude, kita tengok effort. Dan sales agent yang mempunyai effort, content consumptionnya lebih baik.
Apa yang saya mahu anda buat di langkah pertama ini adalah tengok semula sales team anda dan lakukan analisis.
Kita bahagikan kesemua sales agent yang kita ada kepada 3 kategori.
- Kategori pertama, New guys yang mempunyai high effort, high conversion dan high result.
- Kategori kedua, New guys yang mempunyai high effort, mid conversion dan low result.
- Kategori ketiga ialah Super Agent yang mempunyai high effort, high conversion dan high result. Jika anda nak tengok dengan lebih jelas, tengok video di atas.
Persoalaannya disini, jika kita hendak membuat targeting, ciri-ciri agent mana yang kita nak? Kesemua kategori? Itu akan jadi terlalu general. Biar saya jelaskan satu persatu dan ini ada kaitan dengan content consumption mereka.
Kategori ketiga, Super Agent ialah top sales anda. Agent yang dah lama bekerja dan mempunyai sales yang bagus. Mereka maybe dah kaya dan mempunyai duit yang banyak untuk dibelanjakan. Jadi apa yang mereka lihat di Facebook mungkin menuju kearah benda-benda yang mewah.
Contohnya, jam tangan mewah, percutian ke luar negara, kereta vellfire. Mereka tak pandang lagi jam tangan biasa, bercuti di dalam Malaysia atau kereta city, vios atau proton persona. Jadi kita jangan pilih kategori ini.
Kategori pertama, ialah orang baru yang mempunyai attitude yang bagus, pandai convert prospek menjadi pelanggan dan salesnya pun bagus.
Sales agent dalam kategori ini, content consumptionnya ialah benda-benda yang boleh growth kan lagi sales, growth kan lagi bisnes. Contentnya lebih kepada high maturity content seperti cara buat facebook ads advance, cara buat SEO, cara buat website dan lain-lain. Kita boleh pilih kategori ini untuk buat targeting tapi tak disarankan.
Kategori terbaik yang boleh kita pilih adalah kategori kedua. Kategori kedua ialah sales agent baru yang mempunyai effort yang tinggi, tapi sales yang rendah. Content consumption nya lebih kepada belajar asas-asas, fundamental sales dan marketing.
Dia kerap belajar untuk improve kan lagi conversion rate. Kita mahukan orang yang sudah sedia ada mempunyai effort yang tinggi supaya senang kerja kita kemudian hari. Dia hanya mempunyai conversion rate yang lemah. Ini kita boleh ajar dan betulkan proses kita. Kita boleh control. Kategori ini sangat sesuai untuk kita jadikan seed audience kita.
Sekarang apabila kita dah kenalpasti siapa yang berada dalam kategori kedua, susun database kita dan upload ke dalam Peasy Marketing untuk kita buat custom audience dan look alike audience. Biar Peasy AI yang menganalisis content consumption mereka dan mencari audience lookalike yang mempunyai ciri-ciri seakan mereka.
Mengapa tidak buat direct targeting avatar mereka? Letak sahaja interest-interest yang kita rasakan mereka ada.
Jawapannya adalah pertama datang dari Apple policy yang membuatkan interet targeting tidak lagi berkesan seperti dahulu. Jawapan keduanya ialah sebab kita rasa-rasa. Rasa-rasa bermaksud kita tak tahu. Sebab itu saya cadangkan untuk buat custom audience supaya kita mendapat targeting yang lebih tepat.
Langkah Kedua Cara Cari Agen Dropship: Execution
Apabila kita sudah mempunyai custom audience, kita jalankan iklan yang berobjektifkan lead generation di Facebook Ads untuk mendapatkan leads atau prospek yang nak join team kita sebagai dropship, agent atau stokis kita.
Kita tidak akan dapat memilih secara serentak ketiga-tiga perkara ini iaitu cost, quality dan volume.
Pada peringkat awal, fokus kepada volume dahulu. Kita hendak selesaikan masalah tiada leads yang nak jadi agen dropship kita, dan kita nak figure out customer journey dan funnel kita. Secara logiknya semakin banyak panggilan atau mesej yang kita dapat sampai kan ke seberapa banyak leads yang boleh, semakin banyak sales, atau dalam kes kita ini, semakin banyak dropship atau agent yang join team kita.
Betul? Atleast pada peringkat permulaan ini, jika anda fokus kepada volume ia akan sedikit memberi kelegaan kepada anda.
Apabila leads masuk, bina customer journey. Maksud saya disini, anda kenalpasti setiap perjalanan yang leads akan lalui sehingga menjadi agent anda yang menghasilkan sales untuk anda kemudian hari.
Pecahkan funnel kepada beberapa bahagian iaitu:
- Impression
- Click
- Open Form
- Register
- Reachable
- Qualified
- Negotiation
- Won
- Training
- Sales
Satu perkara yang saya ingin beritahu anda. Marketing bukannya magic. Kita tidak boleh track hanya dari click terus ke sales.
Ada 2 sebab kenapa kita perlu pecahkan kepada beberapa bahagian dalam funnel kita yang boleh kita ukur:
- Kita dapat selesaikan punca masalah sales kita drop. Setiap minggu kita akan track sales kita, dan jika sales kita drop ataupun naik, kita harus boleh explain apa punca nya. Dengan memecahkan funnel kepada beberapa bahagian, kita akan dapat terus mencari punca dan memperbaiki funnel kita. Tidaklah kita hanya tahu naikkan budget iklan saja untuk dapatkan lebih leads. Seperti yang saya pernah katakana sebelum ini, jangan salahkan sales team kita bila sales drop. Cari puncanya di mana-mana bahagian funnel dan perbaiki.
- Dapat mengetahui conversion rate dan lag time kita. Bila kedua-dua benda ini kita tau, kita dapat jangkakan berapa banyak sales yang kita boleh achieve pada bulan ini. Bila kita dapat predict berapa sales kita, kita akan dapat plan inventory kita dan elakkan berlakunya top produk tak cukup. Selain itu, target yang kita beri pada sales team kita juga akan lebih realistic dan boleh dicapai.
Ini saya bercakap mengenai sales tapi dalam kes kita ialah jumlah dropship dan agent yang join sales team kita. Dalam Peasy Marketing, status Won menunjukkan leads tersebut kita dah berjaya convert menjadi pelanggan. Dalam kes kita, kita dah berjaya convert leads tadi menjadi dropship atau agent kita. Kemudian apa nak buat dan apa kita kena prepare untuk mereka?
Customer journey mereka tak habis lagi, selepas Won, next adalah training, dan mereka boleh hasilkan sales secepat mungkin.
Bercakap soal training system agen dropship, objective kita mestilah selalu berorientasikan kepada conversion training. Untuk sales agent yang kita berikan gaji tetap, kita senang untuk berikan mereka arahan untuk mengikut SOP yang kita telah cipta.
Tapi saya faham, dropship, stokis bukannya jenis sales agent yang mempunyai gaji yang tetap. Gaji mereka bergantung kepada komisyen. Berapa jumlah sales yang mereka boleh bawa.
Sedang kita terlalu fokus kepada conversion di funnel kita, selalu ingat ayat ini. Cost of measuring cannot exceed the benefit. Dengan kata mudah, kos tenaga,wang atau duit yang digunakan untuk kita lakukan aktiviti mengukur funnel kita, mestilah paling kurang setimpal dengan benefit yang kita akan dapat.
Saya beri anda contoh, jika anda ada girlfriend, anda beli dia hadiah, bawa dia pergi makan, bawa dia pergi holiday dengan family anda, tetapi girlfriend anda hanya beri pegang tangan saja. Jika break up, siapa yang lebih sakit? Mestilah anda bukan kerana anda melabur lebih dalam hubungan itu.
Begitu juga dengan sales agent, jika kita buat SOP atau training system yang terlalu sukar dan kita suruh dropship atau stokis kita untuk ikut, mereka berkemungkinan besar akan keluar. Silap hari bulan, mereka join pesaing anda. Jadi training system agen dropship yang anda design mestilah semudah yang mungkin dan anda mesti tahu untuk balance kan di antara cost of measure dan benefit.
Seperti yang saya cakap tadi, leads yang anda dah berjaya tukarkan menjadi dropship, customer journey mereka tidak terhenti disitu. Anda perlu sediakan training system agen dropship untuk mereka dan training itu mestilah cukup mudah dan ringkas serta membolehkan mereka melakukan sales terus. Untuk belajar cara membina sistem latihan agen dropship ringkas yang membolehkan agen menjual pada hari pertama, klik sini.
Apabila anda prepare training yang mudah dan cepat, ditambah pula dengan sentiasa perbaiki conversion di sales funnel anda, agent anda akan dapat menjual di hari pertama lagi.
Cuba anda bayangkan, agent yang anda ambil itu effortnya tinggi. Resultnya pasti memuaskan. Dia puas hati, anda pun puas hati.
Langkah ketiga Cara Cari Agen Dropship: Refine
Dalam Peasy Marketing, setiap kali anda menukar status leads anda dari new ke reach, reach ke qualified dan seterusnya, Artificial Intelligent (AI) kami akan optimize kan targeting anda. Setiap pertukaran status membolehkan AI belajar dengan lebih baik mengenai target audience anda.
Setelah kita analyze dan segementize untuk mendapatkan custom audience yang baik, kita execute pula lead generation campaign dan perbaiki conversion funnel sehinggalah ke training dropship kita, sampai masa untuk kita ke step ketiga iaitu Refine.
Step ini mudah saja, pada peringkat awal, kita fokus kepada mendapat volume. Setelah kita berjaya optimize untuk dapatkan volume, fokus kepada quality dan cost pula.
Untuk quality, perbaiki targeting anda dengan naikkan tahap soalan qualification kepada soalan yang lebih baik.
Contohnya begini, mungkin sebelum ini soalan yang trigger untuk anda tukarkan leads dari status reach kepada qualified adalah “Dalam seminggu, adakah anda luangkan masa untuk belajar mengenai cara improve kan diri dan bisnes anda?”. Untuk tingkatkan quality leads, mungkin anda boleh bertanya soalan seperti “Dalam sehari, adakah anda luangkan masa anda untuk belajar mengenai cara improvekan diri dan bisnes anda?”.
Semasa Refine, check dimana ada kebocoran lagi di funnel yang anda boleh perbaiki dan sentiasa jalankan A/B testing jika anda tidak pasti.
Apa yang anda perlu buat selepas ini?
Basically, ini cara kami improvekan sales dan mendapatkan team sales yang boleh menghasilkan sales. Fokus kepada apa yang kita boleh control iaitu effort dan conversion. Jika attitude yang tidak elok elok ada pada sales agent anda, perbaiki cara anda mendapatkan sales agent. Perbaiki cara hiring anda.
Sales agent yang bagus adalah sales agent yang mempunyai effort serta motivasi, tugas kita sebagai owner, founder dan sales manager adalah memperbaiki conversion funnel dari click sehingga ke training supaya mereka boleh beraksi dan memberi sales kepada syarikat kita.
Result akan datang dengan sendirinya apabila anda fokus kepada apa yang anda boleh control sahaja. Saya harap artikel cara cari agen dropship stokis ini bermanfaat kepada founder, bakal founder dan business owner.
Selepas ini, anda boleh lihat artikel Bagaimana Peasy Marketing dan Peasy Sales dapat membantu anda membina pasukan jualan yang lebih baik dan artikel Bagaiamana Peasy Marketing Membantu Iklan anda.
Untuk sign up Peasy Marketing, dan belajar cara menggunakannya, button di bawah.