Jangan berikan lead tidak berkualiti, hilang motivasi pasukan jualan nanti!

Setiap hari akan menjadi indah bagi seorang ejen jualan jika dia mendapat lead yang berkualiti dan mudah untuk dia mendapat jualan. Motivasi akan datang sendiri, tak perlu diapi-apikan lagi tapi kebanyakan ejen jualan sedar yang ini hanyalah mimpi kerana setiap kali pengurus jualan muncul dengan database yang entah dari mana datangnya, mereka tahu hari itu adalah hari yang panjang, memenatkan dan mengecewakan dengan hasil yang sedikit. 

Anda sebagai pengurus jualan mesti anda nak elak pasukan jualan anda dalam keadaan begini. Betul? Sebab itu anda disini bagi mencari jawapan kepada persoalan anda, benarkah kualiti lead menyebabkan pasukan jualan anda tidak bermotivasi? 

Saya berikan 3 onar yang dilakukan lead tidak berkualiti yang menyebabkan motivasi pasukan jualan anda merundum.

Lambat Mendapat Kejayaan Kecil

Kejayaan-kejayaan kecil yang dicapai oleh ejen jualan sangat penting dalam mempengaruhi moral mereka, lebih-lebih semasa di awal mereka bekerja. Contoh kejayaan kecil ialah berapa cepat dan senang mereka mendapat membuat prospek mahu membuat temujanji untuk demo, prospek mahu membeli dan lain-lain. Senang cerita, berapa cepat dan senang mereka mahu mengubah prospek dari satu status ke status yang lain dalam perjalanan prospek menjadi pelanggan. 

Apabila kita memberi lead yang tidak berkualiti, mereka sukar mendapat kejayaan-kejayaan kecil ini. Lead yang tidak berkualiti tidak mahu mengangkat panggilan mereka, tidak mahu membalas mesej mereka, hanya mahu meninjau saja produk dan lain-lain. Perkara ini akan membuatkan ejen jualan mengambil masa yang lama untuk mendapat kejayaan kecil dan tempoh antara satu kejayaan kecil dengan kejayaan kecil lain, mereka tidak tahu. Ibarat bermain teka teki. Mungkin prospek selepas ini yang berminat. Mungkin prospek selepas ini lagi. Mungkin prospek selepas ini lagi. Sampai lah satu ketika, mereka berputus asa dan sekadar melakukan kerja seperti melepaskan batuk di tangga.

Jika sebelum ini anda hanya mengambil database dari mana-mana sahaja, atau lebih teruk membeli terus database, maka ketahuilah situasi akan bertambah buruk jika dibiarkan berlanjutan. Anda sebagai majikan atau pengurus jualan mesti tidak mahu perkara ini berlaku kepada pasukan jualan anda bukan? Jadi, belajar untuk naikkan kualiti lead yang anda beri kepada pasukan jualan anda.

 

Kepenatan Berusaha Follow Up Sepanjang Hari

Ejen jualan sangat berbeza dengan staf-staf yang lain. Seseorang yang menjadi ejen jualan, kebiasaanya mempunyai keinginan yang tinggi untuk mendapat komisyen yang banyak. Jadi mereka akan berusaha sekuat mungkin untuk mencapai komisyen yang mereka inginkan. Usaha melibatkan tenaga dan sebagai manusia, mereka juga akan menjadi penat. Jika penat tapi mendapat hasil yang berbaloi, ini ejen jualan akan termotivasi dengan sendirinya. Tetapi jika penat tapi mendapat hasil yang tidak berbaloi, ini akan membuatkan mereka mudah putus asa dan hilang motivasi.

Cuba anda bayangkan, bekerja 8 jam sehari dengan lead yang tidak berkualti. Apa kesannya kepada mereka? Mereka terpaksa berusaha dalam tempoh yang panjang untuk mendapat hasil yang sedikit. Cuba pula anda bayangkan, anda beri lead yang berkualiti kepada ejen jualan anda yang kuat berusaha? Setiap lead mempunyai peluang yang bagus untuk menjadi pelanggan. Mereka mendapat hasil yang lebih cepat dan mudah. Tidak terasa penatnya 8 jam bekerja, bahkan mereka boleh mendapat hasil dalam tempoh kurang dari 8 jam asbab lead yang diberi berkualiti. Saya beri contoh di bawah:

 

Lead

Tempoh

Jualan

100 lead yang tidak tahu kualitinya

8 jam bekerja

2 jualan

100 lead yang telah ditentu kualitinya

4 jam bekerja 

2 jualan

 

Saya pasti anda boleh lihat  apa yang saya mahu jelaskan dan saya juga pasti anda mesti memilih cara yang kedua iaitu memberi lead yang telah ditentukan kualitinya kepada pasukan jualan anda.

 

Rasa Majikan Tidak Percaya Kebolehan Diri

Jika seseorang ejen jualan gagal melakukan tugas hakikinya iaitu menghasilkan jualan, anda sebagai pengurus jualan atau majikan, apa yang anda akan lakukan? Sudah semestinya anda akan menyuruh mereka untuk diberi latihan semula. Betul?

Latihan semula  ini tidak lah salah tapi anda kena tahu secara lebih terperinci dimana yang patut diperbetulkan. Contohnya, latihan semula closing, latihan semula bercakap dengan pelanggan dan lain-lain. Jika anda ulang semula latihan dari awal sampai akhir, ini lagi tidak munasabah untuk ejen jualan bahkan membuang masa mereka. 

Latihan semula yang tidak kena pada kelemahan ejen jualan itu akan membuatkan mereka merasa pengurus jualan atau majikan tidak mempercayai kebolehan mereka. Contohnya boleh jadi mereka tidak ada masalah untuk closing, bahkan mereka mahir dalam closing cuma masalahnya mungkin terletak pada script yang diberikan? Faktor ketidakpercayaan pada kebolehan mereka ini boleh membuatkan motivasi mereka menjadi rendah. Apa yang ditakutkan ialah mereka tidak percaya pada kebolehan diri sendiri.

Apa yang jadi kalau lead yang anda berikan berkualiti? Ejen jualan anda dapat menunjukkan sepenuhnya kebolehan mereka. Anda juga berpeluang untuk melihat prestasi pasukan jualan secara menyeluruh kerana lead yang diberikan kepada setiap ejen jualan sama kualitinya. Dengan sedikit usaha dari anda, anda juga boleh melihat dimana kelemahan yang sepatutnya diperbaiki dan memberikan latihan di kawasan itu saja. Tidak buang masa, tenaga dan membolehkan ejen jualan meningkatkan prestasi mereka.

 

Apa Yang Mesti Anda Lakukan Sekarang?

Sakit pasukan jualan, sakit syarikat anda. Jadi apa yang perlu anda sebagai majikan atau pengurus jualan lakukan?

Cari penyelesaian untuk meningkatkan kualiti lead anda dan berikan kegembiraan ini kepada pasukan jualan anda setiap hari supaya motivasi kekal ada hari demi hari.

Download 3 cara segera untuk naikkan kualiti leads hari ni dengan klik button di bawah.

Sign up for Peasy

Just enter your email and password to start using Peasy for free! We will re-direct you to our login page as soon as you are registered.

[fluentform id="5"]

Apply for the BSN SME Digitization Grant

Get RM2,000 worth of FB Ad Credits and 1 year subscription of Peasy Gold Free

[fluentform id="3"]