Mencipta dan menguruskan “custom audience” dan “lookalike audience” di Facebook adalah sesuatu yang rumit dan mengambil masa. Andaikan anda memuat naik ke Facebook senarai 100 pelanggan terbaik anda untuk mencipta “lookalike audience”. Berdasarkan “lookalike audience” yang dibuat, anda menjalankan kempen, dan semakin masa berlalu, anda mendapat pelanggan baik yang kian meningkat. Anda kemudian memuat naik ke Facebook senarai pelanggan baik yang baharu, untuk disekalikan dengan senarai terdahulu. Anda perlu sentiasa memuat naik senarai baharu setiap kali anda mendapat pelanggan baharu yang baik.
Bagaimana sekiranya mana-mana pelanggan yang anda telah muat naik bertukar menjadi pelanggan yang tidak baik?
Sekali lagi, anda perlu kembali ke Facebook untuk mencari audiens yang tidak baik tersebut untuk mengeluarkan mereka daripada senarai anda. Aktiviti ini akan mengambil masa yang lama. Kami mempunyai penyelesaian yang mudah untuk anda. Setelah anda memuat naik ke Peasy senarai pelanggan anda, Peasy akan secara automatik mencipta pelbagai “custom audience” dan “lookalike audience” dan asingkan mereka berdasarkan status seperti “qualified” atau “disqualified”. Seandainya senarai anda padan dengan 100 profil, Peasy akan secara automatik mencipta “custom audience” untuk senarai tersebut dan seterusnya mencipta “lookalike audience” berdasarkan “custom audience” tersebut.
Sekiranya terdapat apa-apa perubahan pada status audiens contohnya daripada “qualified” kepada “disqualified”, Peasy akan secara automatik mengeluarkan audiens tersebut daripada “qualified custom audience” dan “qualified lookalike audience” dan memasukkan audiens tersebut dalam “disqualified custom audience” dan “disqualified lookalike audience”.
Secara amnya, Peasy mencipta “custom audience” dan “lookalike audience” berdasarkan status-status audiens. Sekiranya anda ingin membahagikan atau memecahkan lagi segmen pelanggan berdasarkan sebarang dimensi tambahan, klik pada senarai “custom audience”. Senarai tersebut mengandungi semua “custom audience” dan “lookalike audience” yang dibuat oleh Peasy, serta nombor audiens yang padan dengan profil tertentu.
Untuk mencipta “custom audience” anda sendiri, pergi kepada skrin “custom audience” dan gunakan enjin peraturan. Sebagai contoh, anda boleh menambahkan peraturan-peraturan dan semak jumlah audiens yang memenuhi peraturan-peraturan tersebut. Klik pada butang “create” agar Peasy dapat secara automatik mencipta “custom audience” dan membahagikan audiens mengikut status berkenaan seperti “qualified”, “won” dan “disqualified”. Berdasarkan status setiap audiens, Peasy akan mencipta “lookalike audience” yang sepadan.
Cara menggunakan “lookalike audience”
Sekiranya anda ingin menjalankan kempen untuk mendapatkan audiens atau kempen “lead generation” untuk mendapatkan seramai 60,000 audiens. AI kami menunjukkan bahawa saiz minimum penduduk yang diperlukan untuk mancapai 60,000 audien ialan sebanyak 6,000,000 penduduk. Secara automatik, AI kami akan memilih “lookalike audience” terbaik untuk kempen anda mencapai target yang diletakkan.