Menjalankan kempen untuk mendapatkan audiens atau “lead generation” melibatkan pelbagai aspek dan proses yang mengambil masa yang lama. Anda perlu mengumpulkan maklumat mengenai audiens dari pelbagai sumber, sebagai contoh, iklan-iklan Facebook, laman sesawang, dan WhatsApp, kemudian memasukkan kesemua maklumat tersebut dalam satu senarai, sebelum mengedarkan dan membahagikan audiens tersebut kepada bahagian jualan dalam masa yang berpatutan. Setelah itu, anda juga perlu mendapatkan maklum balas daripada bahagian jualan berkenaan kualiti audiens yang diterima, untuk menganalisa ciri-ciri yang sama audiens yang baik dan audiens yang tidak baik, untuk menambah baik kempen untuk mendapatkan audiens.
Kami berbangga kerana Peasy telah mencipta ciri-ciri yang membantu anda transisi dari pemasaran luar talian ke pemasaran atas talian. Kesemua audiens yang diperoleh dari pelbagai saluran termasuk Facebook, WhatsApp dan laman sesawang anda akan secara automatik dikumpulkan dalam satu lokasi berpusat, dengan syarat anda meletakkan “tagging code” Peasy ke laman sesawang anda, dan menggunakan Peasy Sales yang menyambungkan perbualan WhatsApp bisnes anda kepada Peasy.
Audiens yang dikumpulkan akan disertakan dengan 3 maklumat penting:
Maklumat-maklumat pelanggan
Anda akan menerima maklumat-maklumat tambahan berkenaan pelanggan-pelanggan atau audiens anda seperti klik pada iklan-iklan, lawatan ke laman sesawang anda, serta maklumat sosial tambahan yang diperoleh dari akaun Facebook dan Instagram mereka. Anda dapat menerima maklumat termasuk ID “lead form”, iklan ID, dan spesifikasi target seperti minat-minat mereka.
Dengan maklumat tersebut, bahagian jualan anda dapat menjimatkan masa kerana mereka tidak perlu melakukan penyelidikan di Facebook mahupun media sosial lain sebelum menelefon audiens. Peasy akan mendapatkan maklumat berkenaan untuk anda.
Skor ramalan
Pada “client listing”, anda dapat melihat bahagian “predicted score” atau skor ramalan. Skor tersebut mewakili ramalan AI kami berdasarkan jumlah interaksi audien. Sebagai contoh, sekiranya seseorang audiens melawat laman sesawang anda atau berbual dengan anda melalui saluran media anda dengan kerap, kedua-dua aktiviti tersebut menandakan niat membeli yang tinggi. AI kami menggunakan skor ramalan untuk meramal pelanggan sedia ada dan pelanggan baru. Sebagai contoh, apabila AI kami menemui audiens yang sepadan dengan profil pelanggan yang baik, AI kami akan memberikan skor yang lebih tinggi kepada audiens tersebut berbanding audiens lain.
Skor ramalan tersebut berguna untuk bahagian jualan anda mengutamakan audiens yang perlu ditelefon terlebih dahulu. Sebagai contoh, sekiranya bahagian jualan anda mempunyai masa yang terhad untuk mencapai target jualan anda, mereka boleh menelefon audiens yang mempunyai skor ramalan yang tinggi terlebih dahulu.
Tambahan lagi, anda juga boleh dengan mudah menapis sebarang maklumat. Sebagai contoh, sekiranya anda hanya ingin menelefon audiens yang mempunyai skor ramalan yang tinggi, anda boleh menapis skor-skor ramalan dengan menentukan julang skor yang dikehendaki.
Status audiens
Anda juga boleh menapis audiens berdasarkan status mereka seperti berikut:
- New
Audien yang baru diperoleh dan belum melalui proses kelayakan.
By using Peasy Sales, our AI will automatically send a WhatsApp message to every new lead who registers on your lead form. This way, our AI can keep your leads warm while waiting for your sales team to call them.
Dengan menggunakan Peasy Sales, AI kami akan secara automatik menghantar mesej WhatsApp kepada setiap audiens baru yang mendaftar pada “lead form”. Dengan ini, AI kami dapat terlebih dahulu berinteraksi dengan audien-audien anda sebelum bahagian jualan anda menelefon mereka.
- Reach
Audiens yang telah menerima mesej anda, tetapi masih belum melalui proses kelayakan.
- Qualified
Audiens yang telah memenuhi soalan-soalan kelayakan BANT (“Budget, Authority, Need, Timing”) atau BAN. Audiens yang boleh ditukarkan kepada pelanggan bergantung kepada masa dan usaha.
- Disqualified
Audiens yang tidak memenuhi soalan-soalan kelayakan BANT atau BAN. Kita tidak sasarkan audiens jenis ini.
- Won
Audiens yang telah berjaya ditukarkan kepada pelanggan.
- Lost
Audiens yang telah memilih untuk tidak membeli produk anda buat masa ini. Jenis audiens ini boleh disasarkan semula melalui pemasaran semula (“remarketing”) dan “lookalike audience”.
Walaupun Facebook dan Google dapat mengoptimumkan kempen anda untuk mendapatkan audiens yang ramai pada kadar yang rendah untuk setiap audiens, mereka tidak dapat membantu anda mendapatkan audiens yang lebih berkualiti kerana hanya bahagian jualan anda yang dapat memastikan kualiti audiens. Sekiranya komunikasi antara bahagian jualan anda dan audiens berlaku luar talian, AI kami tidak dapat membezakan antara audiens yang baik dan audiens yang tidak baik. Kebiasaannya, untuk melatih Facebook dan Google, untuk perlu mendapatkan senarai kesemua audiens yang bahagian jualan anda telah telefon, dan membahagikan audiens tersebut berdasarkan kualiti mereka. Setelah anda menganalisa audiens baik dan audiens tidak baik, anda perlu secara manual memuat naik senarai tersebut ke Facebook sama ada sebagai “custom audience” baharu atau untuk mengemaskini “custom audience” sedia ada.
Dengan menggunakan Peasy, anda boleh secara automatik menganalisa audiens yang baik dan audiens yang tidak baik. Terdapat 2 cara untuk anda mengemaskini status audiens:
- Updating lead status on Peasy Sales
Kemaskini status audiens di Peasy Sales
Sekiranya anda menggunakan WhatsApp di Peasy Sales, and boleh mengemaskini status audiens dengan memilih status yang berkenaan: 1) New, 2) Reach, 3) Qualified, 4) Disqualified, 5) Won, or 6) Lost.
- Updating lead status on Peasy Marketing
Kemaskini status audiens di Peasy Marketing
Anda juga boleh memilih untuk mengemaskini status audiens di Peasy Marketing dengan memilih status berkaitan seperti di atas.
Nota: Kemaskini status audiens yang dibuat di Peasy Marketing akan secara automatik diselarikan dengan status audiens di Peasy Sales dan begitu juga sebaliknya.
Setelah anda mengemaskini status audiens anda, AI kami akan secara automatik mengemaskini “custom audience” atau “lookalike audience” anda dan mengubah sasaran kempen dengan sewajarnya.
Tambahan lagi, sekiranya anda menggunakan “chatbot” kami di WhatsApp Peasy Sales, “chatbot” kami akan secara automatik menanyakan beberapa soalan kelayakan setelah audiens mendaftar pada “lead form”. AI kami akan secara automatik mengemaskini status audiens berdasarkan proses kelayakan tersebut. Sekiranya anda tidak menggunakan Peasy Sales, and boleh mengemaskini status audiens di Peasy Marketing. AI kami kami mengemaskini “custom audience” dan “lookalike audience” anda dan mengubah sasaran kempen anda dengan sewajarnya.
Sebagai contoh, sekiranya kami mendapatkan 100 audiens, dan setelah bahagian jualan anda menelefon kesemua audiens, mereka telah mendapati 50 audiens tersebut adalah audiens baik, manakala selebihnya adalah audiens tidak baik. Berdasarkan maklumat ini, Peasy akan menganalisa ciri-ciri sama audiens baik tersebut, dan mengubah sasaran kempen untuk mencara audiens yang serupa. Peasy juga akan menganalisa audiens tidak baik dan mengeluarkan mereka daripada segmen pelanggan. Berikut merupakan cara-cara Peasy menguruskan audiens anda berdasarkan status mereka:
New – Audiens yang baru diperoleh yang masih belum melalui proses kelayakan
Melalui Peasy Sales, “chatbot” kami akan secara automatik menghantar mesej WhatsApp kepada setiap audiens yang medaftar pada “lead form” anda. Dengan cara ini, “chatbot” kami dapat berinteraksi dengan audiens anda sebelum bahagian jualan anda menelefon mereka.
Reach – Audiens yang telah respon tetapi belum melalui proses kelayakan
Sekiranya nombor telefon yang dimasukkan audiens sah (ditandakan oleh “double ticks” di WhatsaApp, Peasy akan secara automatik menukar status audiens tersebut kepada “reach”. Peasy juga akan secara automatik mengeluarkan audiens yang memberikan nombor tidak sah atau palsu.
Qualified – Audiens yang telah memenuhi soalan-soalan kelayakan BANT (“Budget, Authority, Need, Timing”) atau BAN. Audiens yang boleh ditukarkan kepada pelanggan bergantung kepada masa dan usaha.
Sekiranya anda menggunakan “chatbot” kami, “chatbot” kami akan menanyakan beberapa soalan kepada setiap audiens. Sekiranya audiens memenuhi soalan-soalan kelayakan BANT (Budget, Authority, Need, Timing), Peasy Akan secara automatik menukar status audiens tersebut kepada “qualified”, dan mengemaskini “custom audience” atau “lookalike audience” anda untuk mencari lebih ramai audiens yang mempunyai ciri-ciri yang sama.
Disqualified – Audiens yang tidak memenuhi soalan-soalan kelayakan BANT atau BAN. Kita tidak mahu sasarkan audiens jenis ini.
Sekiranya audiens tidak memenuhi soalan-soalan kelayakan BANT, Peasy akan menukarkan status audiens tersebut kepada “disqualified”, dan mengemaskini “custom audience” dan “lookalike audience” anda untuk mengeluarkan audiens tersebut daripada segmen audiens anda.
Won – Audiens yang telah berjaya ditukarkan kepada pelanggan
Sekiranya audiens berjaya ditukarkan kepada pelanggan, AI kami akan menukar status audiens tersebut kepada “won”.
Lost – Audiens yang telah memilih untuk tidak membeli produk buat masa ini. Jenis audiens ini boleh disasarkan semula melalui pemasaran semula (“remarketing”) dan “lookalike audience”.
Sekiranya audiens yang dilayakkan tidak berjaya ditukarkan kepada pelanggan, AI kami akan menukar status audiens tersebut kepada “lost”.
Nota: Audiens “disqualified” merupakan audiens yang anda percaya tidak akan membeli produk anda, manakala audiens “lost” dipercayai layak atau “qualified” tetapi mereka sama ada telah membeli daripada pesaing anda atau masih belum bersedia untuk membeli produk anda. Untuk audiens “lost”, terdapat potensi untuk audiens tersebut membeli produk anda pada masa hadapan, maka anda mungkin mahu mensasar semula audiens tersebut melalui pemasaran semula and terus menayangkan iklan-iklan anda kepada audiens tersebut.
Cara yang lebih cepat untuk melatih AI kami
Seandainya senarai audiens anda kosong, bagaimanakah cara untuk AI kami belajar dengan lebih cepat?
Anda boleh “import” kepada Peasy data pelanggan sedia ada anda, agar Peasy dapat mempelajari ciri-ciri sama pelanggan-pelanggan yang baik dan pelanggan-pelanggan yang tidak baik.
Setelah anda melengkapkan senarai tersebut, klik pada “browse” untuk memuat naik senarai anda ke Peasy dalam fail CSV. Setelah anda klik “import”, senarai anda akan dimuat naik ke Peasy. Sila beri sedikit masa kepada Peasy untuk menganalisa data yang diberikan. Sekiranya data tersebut mencukupi, Peasy akan melakukan 2 perkara untuk anda:
Mencipta “custom audience” atau “lookalike audience” dalam akaun Facebook anda
Menukar sasaran audiens untuk kempen mendapatkan audiens atau “lead generation” yang masih aktif