Bagaimana kami mendapat 2 kali ganda jualan tahunan menggunakan Facebook kempen dalam tempoh 3 bulan sahaja

Untuk mendapatkan RM1,007,645 Jualan, adakah anda sanggup membelanjakan RM24,254 untuk iklan?

  • Jualan kami meningkat sebanyak 4.8x dari penggal Q2 ke Q3. Dan yang paling best adalah gabungan jualan dari Q1 dan Q2 masih
    tidak boleh mengalahkan jualan untuk Q3. Kami telah mengandakan jualan kami
    hanya dalam 1 penggal sahaja

  • ·       Boleh dikatakan hampir 100% jualan kami disebabkan oleh kempen periklanan kami. Kami telah menaikkan belanja untuk iklan sebanyak 6.6X dari Q2 ke Q3. Dengan bermodalkan RM24,254.74 untuk Facebook Ads dari bulan Julai hingga September 2021, kempen kami telah berjaya membawa jualan RM1,007,645. Kami mendapat 4,154% Return On Advertising Spent (ROAS)!

  • ·       Bisnes kami adalah software subscription dan target market utama kami adalah PKS. Disebabkan software subscription merupakan kategori yang baru di dalam pasaran, untuk mendapatkan jualan online sepenuhnya adalah mustahil. Kami kena menjual dari online ke offline. Kami mendapatkan leads dari kempen FB & IG. Pasukan jualan kami akan menukar leads kepada pelanggan melalui WhatsApp, panggilan telefon dan Google Meet.

  • ·       Semasa penggal 3 (Q3), kempen kami telah berjaya mendapatkan 3,301 leads; 78.9% telah dikategorikan sebagai Marketing Qualified Leads (MQL). Chatbot dan pasukan jualan kami telah mengkategorikan baki 21.05% leads sebagai tidak berlayakan (disqualified).

Latar belakang: Apa itu Peasy?

  • Kamu menggunakan Peasy Marketing untuk menjalankan kempen Facebook dan Instagram dan Peasy Sales untuk menentukan tahap kelayakan leads, mengesan leads datang dari kempen apa, dan berkomunikasi dengan leads. Dalam kata lain, kami menggunakan Peasy untuk membangunkan Peasy.
  • Apa itu Peasy? Bayangkan AdEspresso yang ringkas + ManyChat + Leadsbridge + CRM yang ringkas.
  • Kami membina Peasy untuk PKS macam kami. PKS yang mahukan cara yang mudah dan berpatutan untuk mencapai jualan melalui online-to-offline (O2O).
  • Walaupun PKS mencari leads melalui pelanggan online, kami percaya perjalanan pelanggan sebenarnya akan ke offline juga. Dari restoren, bengke kereta dan klinik yang mahu menggunakan kempen online untuk mendapatkan pelanggan ke kedai mereka sehinggalah ke insurance, direct-marketing yang mahukan leads untuk diberikan kepada pasukan jualan mereka. Kesemuanya menuntut untuk kita mendapatkan jualan dari online ke offline.
  • Objektif kami adalah untuk mencipta cara yang menggunakan paling sedikit usaha dengan kos yang kompetitif (cost-competitive) untuk PKS mendapatkan jualan melalui O2O. Pada masa sekarang, jualan melalui O2O memerlukan kesinambungan pemasaran dan jualan yang hampir sempurna. Apa yang perlu dilihat dan dipantau? Ada kos tambahan dan kompleks sebenarnya untuk re-engineering proses jualan, mengadakan latihan semula pasukan, pasukan jualan tidak tumpu kepada aktiviti jualan utama, melabur dalam software untuk mengupah data analyst dan co-ordinator. Kami mahu menjadikan Peasy, pilihan yang paling kurang perubahan, paling kurang usaha dan paling kurang mahal untuk PKS mendapatkan jualan O2O.

Persediaan Kami: Bagaimana kami menghasilkan leads dan mendapatkan jualan

  • Kami merupakan startup yang baru, jadi pasukan kami tidaklah besar. Pasukan jualan kami terdiri daripada 2 agen jualan, 1 sales support, 1 designer, 1 marketer dan saya sendiri (membuat kerja dimana yang perlu).
  • Peasy marketing membuat dan menguruskan kempen leads FB & IG kami. Leads dikategorikan kepada beberapa status untuk menentukan tahap kemajuan jualan. Kami juga menggunakan status untuk menguruskan dan meramalkan paip jualan kami juga.
  • Leads yang baru dapat, dikategorikan sebagai “New”. Untuk mengelakkan leads dari tidak aktif, chatbot kami akan terus menghantar mesej dan berkomunikasi dengan leads selepas sahaja leads mendaftar. Jika leads membalas mesej chatbot, leads tersebut akan dikategorikan sebagai “Reach”. Jika sebaliknya, ia akan dikategorikan sebagai “Disqualified”.
  • Setiap leads yang sampai ke kategori “Reach”, akan ditanya soalan kelayakan oleh Peasy chatbot. Leads yang gagal dalam soalan kelayakan akan dikategorikan sebagai “Disqualified” dan tidak akan diberikan kepada agen jualan kami. Kempen kami mampu menjana 30+ leads yang berkelayakan (Qualified leads) setiap hari, dan pasukan jualan kami tidak akan berkomunikasi dengan leads yang telah dikategorikan dalam status “Disqualified” atau “Reach”. Peasy chatbot ini menyelamatkan pasukan jualan kami dari melakukan aktiviti semak kelayakan yang sama berulang kali, dan memastikan kesemua leads mempunyai piawaian kualiti yang sama.
  • Kami menggunakan Peasy Sales untuk berkomunikasi dengan leads di WhatsApp. Peasy Sales membolehkan pasukan kami berkongsi akaun WhatsApp yang sama. Setiap pengguna Peasy Sales hanya boleh berkomunikasi dengan leads yang telah ditugaskan untuk mereka. Selepas pengguna Peasy Sales yang pertama habis berkomunikasi, leads akan ditugaskan pula kepada pengguna Peasy Sales yang kedua untuk proses selanjutnya. Pengguna Peasy Sales yang kedua, boleh melihat perbualan diantara pengguna peasy sales pertama dengan leads di WhatsApp disebabkan chatlog masih disimpan. Sebagai admin, saya boleh melihat kesemua perbualan pengguna peasy sales dengan leads untuk mencipta skrip jualan yang lebih baik, memantau paip jualan saya, dan menguruskan usaha di antara pasukan saya. Dari perspektif pelanggan, mereka hanya berbual dan menelefon nombor telefon yang sama.

  • Kami telah mereka bentuk chatbot kami berdasarkan tahap niat jualan (purchase intent). Pelanggan yang tahu mengenai Peasy dan mahu membuat membeli serta merta akan terus dihalakan kepada portal jualan kami. Kebanyakan PKS mahukan bayaran melalui bank transfer, dan memerlukan penjejakan dokumen. Dari portal kami, pelanggan boleh memuatnaik PO, invoice yang telah ditandatangan, dan bank transfer script. Portal kami berintegrasi dengan sistem perakaunan kami, kakitangan sokongan jualan kami akan melakukan follow-up untuk sebarang pembayaran dan akan melakukan semakan yang terakhir terhadap semua dokumen yang dimuat naik.
  • Prospek yang memerlukan maklumat yang lebih boleh membuat temujanji dengan agen jualan kami melalui chatbot. Agen jualan kami mempunyai senarai tahap keutamaan panggilan yang telah dicatatkan di Peasy Sales. Apabila temujanji telah dibuat, pasukan jualan kami akan menjawab sebarang soalan, melakukan demo untuk memastikan prospek berjaya “di-close”.
  • Untuk menolong follow-up, kami menggunakan Peasy untuk menghantar mesej WhatsApp secara automatik yang dicetuskan melalui tingkah laku prospek (apabila mereka memuat turun content, melawat laman pakej harga kami, peringatan temujanji). Bila-bila masa prospek menunjukkan kemajuan dalam minat mereka terhadap Peasy, Peasy akan memberitahu pasukan jualan kami untuk follow up.
  • Objektif kami adalah untuk mengelakkan penggunaan spreadsheet Excel dan merekod data yang tidak perlu. Apabila status prospek berubah, Peasy secara automatik akan mengemaskini custom audience di Facebook, untuk membuatkan targeting kami lebih tepat supaya kami mendapat leads yang lebih berkualiti. Dengan cara ini agen jualan kami tidak perlu merekodkan sebarang data, dan agen pemasaran kami tidak perlu menunggu laporan status lead. Kami dapat merekodkan laporan-masa-sebenar; setiap mesej WhatsApp yang diterima, panggilan telefon, status lead, dan property yang berubah. Kesemuanya dapat direkodkan dan digunakan dalam key insight kami.
  • Kami masih melakukan analisis data secara berkala, tetapi ia biasanya bertujuan untuk analisis kualitatif dan naratif – seperti apabila kami perlu refresh semula kreatif iklan kami, atau memperkemaskan perjalanan pelanggan(customer journey) kami.

Want more content such as this?

Get your own FREE Peasy account, and join our Facebook Group for regular content update and digital marketing classes.

Get Peasy FREEJoin our Facebook Group

Apply for the BSN SME Digitization Grant

Get RM2,000 worth of FB Ad Credits and 1 year subscription of Peasy Gold Free

[fluentform id="3"]