Bagaimana untuk mengedit audiens yang disyorkan

Pertama, kami amat tidak menggalakkan anda untuk mengedit cadangan AI kami. Hal ini kerana AI kami memberi cadangan berdasarkan data yang dilindungi daripada sebarang kesilapan dan isu. Sekiranya anda secara manual mengedit bidaan atau hasil yang diramalkan oleh AI kami, hasil yang diramal pada awalnya sudah tidak dapat dilindungi. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang anda boleh edit secara manual:
Menggunakan contoh-contoh di atas, anda boleh mensasarkan golongan yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda (menyertakan audiens) dan tergolong dalam kategori pendapatan isi rumah 25% dan 50% teratas di sesetengah kawasan di AS (mengecilkan audiens), dan tidak mempunyai Ijazah Kedoktoran (mengeluarkan audiens).

Apabila Peasy mengesyorkan segmen-segmen audiens serta pembahagian bajet, ianya dibuat berdasarkan pemahaman dan pengiraan teliti saiz penduduk, serta jumlah maksimum yang boleh digunakan untuk setiap segmen ketika tempoh kempen.

Sila ambil maklum bahawa sekiranya anda menambah segmen audiens baru dan mengubah pembahagian bajet untuk segmen-segmen audiens, ramalan daripada AI kami akan turut berubah. Walaubagaimanapun, Peasy tidak lagi bertanggungjawab atas keputusan yang akan diperoleh. Perubahan pada nombor-nombor ialah berdasarkan pengiraan mudah matematik dan tidak semestinya realistik.

Mengedit audiens

Anda boleh secara manual mengedit audiens anda tetapi Peasy tidak menggalakkan anda untuk mengedit segmen audiens kerana nombor-nombor yang digunakan mungkin tidak realistik dan mungkin memberi kesan kepada prestasi kempen anda.

Anda boleh mengubah pembahagian bajet antara dua saluran media, contohnya Facebook dan Instagram.Sekiranya AI kami mengesyorkan 70% daripada bajet anda digunakan untuk Facebook dan 30% untuk Instagram, anda boleh mengubah pembahagian bajet, contohnya, 30% untuk Facebook dan 70% untuk Instagram. Klik pada butang “update” setelah membuat perubahan.

Memadam audiens

Anda juga boleh memadam mana-mana segmen audiens yang disyorkan. Tandakan pada segmen audiens yang anda ingin padamkan, dan klik pada butang “delete”.

Mengembalikan segmen audiens

Sekiranya anda ingin mengembalikan cadangan daripada AI kami, klik pada butang “recommend audience”. AI kami akan mengembalikan cadangannya ke tetapan asal.

Apply for the BSN SME Digitization Grant

Get RM2,000 worth of FB Ad Credits and 1 year subscription of Peasy Gold Free

[fluentform id="3"]