Mengedit kempen sedia ada

Semua kempen yang telah disimpan atau diterbitkan boleh diakses di halaman senarai kempen. Untuk mengakses senarai kempen anda, klik pada butang “report”. Anda akan dapat melihat senarai kempen yang ada simpan atau telah terbitkan. Anda juga akan dapat melihat butang dalam 3 warna berbeza yang menandakan status kempen:

campaign
  1. Ungle: Kempen telah dijalankan dan masih aktif

  1. Hitam: Kempen telah dijalankan tetapi sedang diberhentikan seketika.

  1. Kelabu: Kempen telah disimpan di Peasy tetapi tidak pernah diterbitkan di Facebook, Instagram, mahupun Google

Untuk kempen yang telah diterbitkan, akan terdapat nombor atau metrik pada bahagian bajet dan target. Sebagai contoh, nombor-nombor pada bajet dan target kempen menunjukkan bahawa anda telah menggunakan RM 6804.35 daripada pelan berjumlah RM 8,000, dan telah mendapat 1422 jumlah lead daripada 150 lead yang disasarkan.

Untuk kempen yang belum diterbitkan, jumlah bajet yang digunakan dan target yang dicapai ialah kosong.

Ikon pada sebelah kiri setiap butang menandakan objektif kempen:
  1. Lead
  2. Engagement
  3. Reach & Impression
  4. Traffic/Reply
  5. Clicks
  6. Conversion

Untuk melihat laporan kempen, klik pada nama kempen. Anda akan dialihkan ke skrin “campaign manager”. Anda boleh menukar mana-mana parameter kempen tersebut, termasuk menukar audiens, atau memuat naik bahan kreatif baharu. Setelah anda membuat perubahan, klik pada butang “save & publish” agar perubahan tersebut dapat dikemaskini di Facebook, Instagram atau Google.

Sebagai contoh, sekiranya anda ingin menukar bahan kreatif anda setelah beberapa waktu untuk mengelakkan “ad fatigue”, anda boleh memilih untuk memadam hantaran anda, dan menghantar hantaran yang baharu. Klik pada butang “save & publish” untuk mengemaskini perubahan di Facebook, Instagram atau Google. Sekiranya akan belum bersedia untuk menerbitkan kempen tersebut, klik pada butang “save”.

Apply for the BSN SME Digitization Grant

Get RM2,000 worth of FB Ad Credits and 1 year subscription of Peasy Gold Free

[fluentform id="3"]