Kenapa Custom Audience (CA) dan Lookalike Audience (LAL) yang dicipta melalui Peasy berbeza?

Apa yang membuatkan Peasy berbeza dari Facebook?

Peasy dan Facebook mempunyai fungsi dan tujuan yang sama apabila mencipta Custom Audience dan Lookalike Audience. Tapi apa yang membuatkan Peasy berbeza dengan Facebook adalah:

  1. Lebih mudah mencipta Custom Audience dan Lookalike Audience melalui Peasy.
  2. Lebih mudah mengekalkan dan mengemaskini Custom Audience dan Lookalike Audience pada bila-bila masa.
  3. Lebih mudah mengelakkan berlakunya Overlap Audience pada Custom Audience dan Lookalike Audience.

Lebih mudah mencipta Custom Audience dan Lookalike Audience melalui Peasy!

Bagaimana untuk mencipta segmented Custom Audience (CA) dan Lookalike Audience (LAL) secara manual di Facebook?

Di dalam artikel yang lepas,

kami telah memaklumkan yang bukan semua pelanggan adalah sama. Dan inilah sebabnya ia menjadi sangat penting  untuk menggunakan Custom Audience dan Lookalike Audience untuk mengenalpasti dan memisahkan kumpulan pelanggan yang lebih berminat terhadap produk dan bisnes anda. Berdasarkan ini, anda akan berpeluang untuk mendapat pelanggan yang lebih berinteraksi dengan produk dan bisnes anda. Ada pelanggan yang mempunyai kecendurangan yang lebih untuk membeli berbanding yang lain dan anda akan mendapat conversion rate yang lebih tinggi sekirannya anda berjaya menyasarkan pada kumpulan pelanggan yang betul.

Sekarang anda dah tahu akan kepentingan CA dan LAL dan kini tiba masanya untuk anda membuat tindakan.

Apabila anda mencipta CA dan LAL secara manual di Facebook (FB), anda bukan sahaja mencipta 1 kumpulan CA dan LAL dari keseluruhan contact list anda, Anda perlu mencipta beberapa CA dan LAL yang disegment-kan berdasarkan keberangkalian pelanggan membeli (conversion). Banyak kerja yang perlu dilakukan dan ini sangat menyusahkan serta meletihkan.

Mari kita ikuti langkah dibawah untuk memuatnaik CA yang mempunyai lead yang telah melawat site anda.

  1. Pergi ke Facebook Business Manager https://business.facebook.com/
  2. Klik pada “Audience”.
  3. Pergi ke “Create Audience”.
  4. Cari dan klik pada Custom Audience.
  5. Klik pada “Customer list”, untuk muatnaik contact list anda.
  6. Sediakan contact list berdasarkan FB guidelines.

  7. Semak samada ada kolum Customer Value (CV) dalam contact list anda.

  8. Muatnaik contact list anda berdasarkan format yang betul (CSV atau TXT). Pilih kolum Customer Value dan namakan audience anda.

  9. Pastikan anda mapping data dengan betul.
  10. Muatnaik dan cipta borang.
  11. Sekarang ulang keseluruhan proses sekali lagi untuk mengecualikan borang untuk sesiapa yang melawat website anda.
  12. Ulang langkah 1 hingga 11 untuk membuat CA dan LAL yang lain untuk golongan yang engaged dengan anda, initiated checkout, lead yang Won, Negotiation, Qualified, Reachable dan lead baru.

Dibawah adalah gambarajah keberangkalian conversion rate berdasarkan segment kualiti pelanggan.

Jenis CA dan LAL

Keberkalian Conversion

Remarketing kepada orang yang iniatie checkout tapi tidak membeli lagi

1

LAL pelanggan Won

2

LAL lead yang di peringkat negotiation

3

LAL lead yang qualified

4

LAL lead yang reachable

5

LAL lead baru

6

Bagaimana untuk mencipta Custom Audience (CA) dan Lookalike Audience (LAL) secara mudah dengan menggunakan Peasy?

Sekarang anda sudah tahu secara manual bagaimana untuk mencipta CA dan LAL di Facebook, sekarang mari kita bandingkan proses mencipta CA dan LAL di Peasy. Dengan menggunakan Peasy, apa yang anda perlu lakukan hanyalah muatnaik 1 contact list. Sesudah anda memuatnaik contact list di Peasy, Peasy secara automatic akan membuat beberapa CA dan LAL yang telah disegment-kan berdasarkan keberangkalian conversion. 

Mari kita ikuti langkah-langkahnya.

  1. Muatnaik contact list di Peasy.
  2. Import file anda di sini.  (Contoh file excel disediakan).

  3. Dan siap! Peasy automatik mencipta beberapa CA dan LAL untuk anda. Anda boleh melihatnya apabila anda mencipta kempen!

Berdasarkan gambarajah conversion di atas, apabila anda mencipta kempen dengan kumpulan sasaran yang rendah, Peasy akan secara automatik mencadangkan dan menggunakan CA dan LAL yang mempunyai keberangkalian conversion yang terbaik. Pada masa yang sama, jika anda mencipta kempen menggunakan kumpulan sasaran yang tinggi, Peasy akan secara automatic mencadangkan dan menggunakan CA dan LAL untuk capaian reach yang lebih tepat dan terjamin keberangkalian conversion.

Jika anda ingin mencipta CA dan LAL secara manual berdasarkan keperluan yang specifi, anda juga boleh lakukan menggunakan Peasy.

Mudah Mengekalkan dan Mengemaskini Custom Audience (CA) dan Lookalike Audience (LAL)!

Bagaimana untuk mengemaskini Custom Audience (CA) dan Lookalike Audience (LAL) secara manual di Facebook?

Dalam artikel kami yang lepas, kami telah memberitahu mengemaskini CA adalah sangat penting. Untuk memastikan anda mencapai kumpulan sasaran yang betul, adalah sangat penting anda sentiasa mengemaskini Custom Audience dan Lookalike Audience seiring dengan kemajuan iklan anda.

Mengekalkan dan mengemaskini CA dan LAL sangat melelahkan dan memerlukan kerja yang banyak. Ini kerana apabila status lead berubah, contohnya dari “Reach” kepada “Disqualified”, anda perlu secara manual mengemaskini audience anda:

  1. Buang pelanggan dari CA “Reach”.
  2. Tambah pelanggan ke CA “Disqualified”.
  3. Ulang semula langkah untuk lead-lead yang lain.

Ada banyak perkara berulang yang berlaku dan cuba anda bayangkan jika jumlah lead yang anda terima adalah banyak? Anda perlu lakukan kesemua ini secara manual dan itu akan mengambil masa dan tenaga.

Bagaimana mengemaskini Custom Audience (CA) dan Lookalike Audience (LAL) secara mudah menggunakan Peasy?

Dengan Peasy, kesemua ini akan menjadi sangat mduah. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mengubah status lead.

Tidak seperti Facebook, jika ada perubahan pada status lead anda terpaksa secara manual mengubahnya. Dengan menggunakan Peasy, apa yang anda perlu lakukan hanyalah tekan contact dan tukar status. Ini sahaja yang perlu anda lakukan kerana CA dan LAL akan di ubah secara automatik oleh Peasy.

Mari kita lihat bagaiaman melakukannya dengan menggunakan Peasy dengan hanya 1 langkah.

  1. Tukar status kualifikasi di Peasy.
  2. Dan siap! Peasy akan secara automaik mengemaskini kesemua segment CA dan LAL untuk keseluruhan kempen. Perubahan ini akan dapat dilihat di senarai CA dan LAL di Peasy dan Facebook.

Lebih mudah mengelakkan berlakunya Overlap Audience pada Custom Audience (CA) dan Lookalike Audience (LAL)!

Bagaimana untuk memeriksa secara manual adakah berlakunya Overlap Custom Audience (CA) dan Lookalike Audience (LAL) dan menghalangnya di FB?

Di dalam artikel kami yang lepas, kami telah memberitahu bagaimana dan kenapa audience overlap boleh menjejaskan prestasi kempen anda. Mempunyai overlap audience boleh menyebabkan AI bot di Facebook tidak berfungsi dengan baik. Untuk memeriksa sama ada berlakunya perkara ini sangat meletihkan dan memerlukan kerja yang terperinci dan banyak. Selain menghabiskan masa untuk mengubah dan mengemaskini senarai CA dan LAL anda secara manual, anda juga akan menghabiskan masa untuk memeriksa tidak ada sebarang overlap audience yang berlaku.

Setiap kali anda menambah pelanggan dalam senarai “include”, anda juga mesti memastikan tiada overlap berlaku antara senarai “include” dan “exclude”. Anda boleh lihat disini untuk memeriksa overlap audience.

  1. Pergi ke Facebook Audience Manager.
  2. Pilih qualified dan disqualified audience.
  3. Klik ‘Show Audience Overlap’.
  4. Semak peratus overlap dan catatkan ia.
  5. Sepatutnya jika kita ingin menambah pelanggan baru ke dalam senarai qualified dan disqualified, peratus overlap tidak boleh bertambah.
    1. Mari kita cuba tambah pelanggan bar uke dalam senarai qualified dan disqualified.
    2. Lihat semula peratus overlap. Jika bertambah ia bermaksud kita tidak sepatutnya menambah pelanggan baru tadi ke dalam CA.

Ini sangat merumitkan, dan cuba anda bayangkan anda terpaksa melakukan ini untuk setiap satu lead anda setiap kali status lead berubah.

Bagaimana dengan mudahnya mengelakkan berlakunya Overlap Custom Audience (CA) dan Lookalike Audience (LAL) di Peasy?

Jika anda menggunakan Peasy, overlap akan secara automatik dikesan oleh Peasy.

Anda boleh relaks kerana dengan Peasy, tidak akan berlaku overlap antara “include” dan “exclude” di setiap kategori. Dengan Facebook, anda terpaksa mengesan dan mengubahnya secara manual dan akan ada peluang untuk anda melakukan kesalahan dan menyebabkan overlap berlaku.

Jika anda lakukan dengan cara yang salah, overlap audience akan berlaku. Ini tidak bagus dan akan menyebabkan AI tidak dapat membaca CA dan LAL anda secara tepat.

Tetapi dengan Peasy, apabila anda melakukan perubahan, Peasy akan secara automatik mengemaskini audience anda seperti yang kami tunjuk di langkah-langkah di atas.

Seperti yang kami katakan, dengan Peasy anda tidak perlu risau mengemaskini audience anda kerana ia boleh dilakukan dengan semudah menekan 1 butang. Setiap kali ejen jualan anda mengubah status lead, Peasy akan mengemaskini audience anda secara automatik.

Berminat untuk mencuba? Hubungi pasukan jualan kami dan dapatkan demo percuma atau sesi konsultasi!

Terokai Demo B2B secara langsung

Dapatkan Konsultansi secara PERCUMA

Testimoni

Dengar apa pengguna B2B katakan kepada kami

Secure Your Slot Now!

Sign up today for a free demo session

Apply for the BSN SME Digitization Grant

Get RM2,000 worth of FB Ad Credits and 1 year subscription of Peasy Gold Free

[fluentform id="3"]