Kenapa jualan tak ada walaupun sudah banyak prospek diberi pada Pasukan Jualan?

Hairan dibuatnya. Lead sehari sampai 100, tapi tak dapat-dapat juga capai target jualan.  Sebagai seorang majikan atau pengurus jualan, anda pasti dalam dilema ini sekarang bukan? Bila suruh cari sendiri prospek, pasukan jualan cakap susah.

Dah bagi prospek, tak dapat jualan pula. Macam-macam alasan yang diberikan dan tentunya alasan-alasan ini bermula dengan “saya rasa..”.

Berikut merupakan antara sebab mengapa pasukan jualan anda masih tidak dapat mencapai target jualan walaupun setelah diberi banyak lead.

 

Kualiti lead rendah

Berapa bagus kualiti lead yang anda berikan kepada pasukan jualan?

Bagi menjawab soalan ini, anda perlu tentukan sendiri apakah maksudnya kualiti lead yang bagus. Contohnya jika saya di dalam bidang jualan kereta, definisi lead yang berkualiti mungkin prospek yang lepas syarat asas pinjaman kereta seperti gaji RM2,000 ke atas, telah bekerja lebih setahun dan lain-lain.

Berikan definisi kepada lead anda berdasarkan kriteria yang anda nak dalam satu-satu prospek.

Sesetengah pengurus jualan suka untuk membeli database dan terus memberikan database itu kepada pasukan jualan anda. Ini sangat membazir kerana usaha dan masa diberikan kepada prospek yang memang tak akan membeli pun. Buat apa, betul?

 

Jabatan Jualan dan Pemasaran tidak berganding bahu

Untuk mendapatkan prospek yang berkualiti, jualan dan pemasaran mestilah bekerjasama lebih-lebih lagi dalam aspek pembinaan brand dan iklan.

Jabatan Pemasaran memerlukan informasi dan data yang mencukupi untuk mendapatkan lead yang berkualiti seperti mana kehendak

Jabatan Jualan. Jabatan Jualan pula selalu menyalahkan Jabatan Pemasaran asbab lead yang tidak berkualiti diberikan. 

Sepatutnya kedua-dua jabatan ini perlu berhubung dan mencari solusi bersama-sama kerana Jabatan Jualan paling dekat dengan pelanggan dan Jabatan Pemasaran yang mengkaji perihal pelanggan.

 

Tidak menggunakan automasi dalam bisnes

Adakah ini bisnes anda? 

 

  1. Di hari pertama, Jabatan Pemasaran membuat iklan.
  2. Di pagi hari kedua, Jabatan Pemasaran meletakkan kesemua prospek yang telah dapat di dalam file excel.
  3. File excel itu diberikan kepada Jabatan Jualan.
  4. Jabatan Jualan mula menelefon atau mesej prospek satu per satu.
  5. Ulang semula.

 

Jika proses jualan anda sebegini, masa dan usaha banyak terbuang.

Banyak automasi yang anda boleh lakukan untuk membantu kedua-dua jabatan jualan dan pemasaran anda untuk menghasilkan jualan.

Apabila ada automasi masa dapat dijimatkan. Jualan sangat berkait rapat dengan masa.

Jika anda lewat untuk menghubungi prospek, selalunya prospek tidak lagi berminat dan jangan lupa juga, anda ada pesaing-pesaing lain yang berebut prospek dengan anda.

Selain itu, dengan automasi, proses jualan anda akan menjadi lebih efisien dari lead generation sehingga ke jualan.

 

Apa yang anda patut lakukan sekarang?

Kita telah berbincang mengenai kualiti lead, kerjasama antara Jabatan Pemasaran dan Jualan, serta automasi dalam pemasaran dan jualan. Setiap satu dari point perbincangan kita ini mempunyai penyelesaian dan anda pasti boleh lakukannya. 

 

Download Ebook Automasi Lead sehingga Jualan di button di bawah.

Sign up for Peasy

Just enter your email and password to start using Peasy for free! We will re-direct you to our login page as soon as you are registered.

[fluentform id="5"]

Apply for the BSN SME Digitization Grant

Get RM2,000 worth of FB Ad Credits and 1 year subscription of Peasy Gold Free

[fluentform id="3"]