Apabila AI kami memberikan ramalan berkaitan kempen anda, ia kan disertakan bersama-sama graf-graf yang membandingkan prestasi kempen anda dengan kempen-kempen yang dijalankan oleh pengguna-pengguna Peasy lain berdasarkan 2 kriteria: 1) kos, 2) jumlah jualan, dan purata penanda aras untuk industri anda.
Sebagai contoh, lihat pada perbandingan kos untuk setiap pemerolehan “Cost-per-Acquisition (CPA) Comparison” (Graf 1) dan perbandingan jumlah jualan “Sale Volume Comparison” (Graf 2) di atas. Dalam Graf 1, bar berwarna hijau mewakili kos untuk setiap pemerolehan kempen anda yang terkini, manakala bar berwarna hitam mewakili purata kos untuk setiap pemerolehan kempen-kempen oleh pengguna-pengguna lain daripada industri yang sama.
Graf 1 menunjukkan bahawa secara purata, pengguna-pengguna lain daripada industri yang sama membayar secara purata RM 4.71 untuk setiap klik, dan berdasarkan Graf 2, mereka memperoleh secara purata 366 klik, dalam tempoh yang sama seperti kempen anda. Sebagai perbandingan, kempen anda (diwakili bar berwarna hijau) diramalkan untuk mendapat 773 klik, hampir 2 kali ganda lebih daripada purata penanda aras (366 klik), pada kadar RM 0.74 untuk setiap klik, iaitu 6 kali ganda lebih rendah berbanding purata penanda aras (RM 4.71).
Berdasarkan graf-graf yang diberikan, anda boleh menilai secara wajar bahawa kempen anda akan menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding kempen-kempen lain, jadi anda boleh terus menerbitkan kempen anda.
Mengedit kempen sedia ada
Semua kempen yang telah disimpan atau diterbitkan boleh diakses di...
Read MoreBagaimana untuk mengedit audiens yang disyorkan
Pertama, kami amat tidak menggalakkan anda untuk mengedit cadangan AI...
Read MoreBagaimana untuk mendapatkan cadangan terbaik
Bagaimana jika anda ingin mengoptimumkan lagi cadangan AI kami? Bolehkah...
Read More