Bagaimana notifikasi mesej order secara automatik membantu perniagaan?

Apakah maksud notifikasi mesej order? #

Notifikasi mesej order adalah mesej Whatsapp automatik yang dihantar dari sistem Peasy Sales kepada pelanggan yang membeli di restoran dalam talian Peasy Sales.

Mesej Whatsapp ini akan dihantar sebaik sahaja Peniaga (Anda) membuat sebarang perubahan status pesanan pada platform Peasy Sales.

Oleh itu, anda tidak perlu risau tentang mengemas kini pelanggan anda atau melayan pelanggan anda secara langsung. Anda hanya perlu fokus pada tugas yang akan menghasilkan lebih banyak jualan dan capaian pelanggan yang lebih besar!

Setiap mesej Whatsapp yang dihantar akan dikenakan bayaran. Oleh itu, anda perlu berhati-hati dengan baki kredit yang dipaparkan pada ciri “Wallet” dalam aplikasi Peasy Sales, untuk memastikan perkhidmatan mesej pemberitahuan pesanan boleh digunakan.

Untuk rujukan penuh mengenai cara mengaktifkan mesej pemberitahuan pesanan, klik di sini.

Untuk rujukan penuh bagi memeriksa baki kredit yang tersedia dalam Aplikasi Peasy Sales, klik di sini.

Did you find this article to be helpful?
Updated on Februari 14, 2025