Kenapa saya perlu tambah nilai kredit atau Top-up kredit Peasy Sales? #
Tambah nilai kredit atau top-up kredit perlu dilakukan untuk memastikan anda dapat akses kepada fungsi platform Peasy Sales. Kebanyakan fungsi platform Peasy Sales akan tergendala jika terdapat baki kredit yang rendah.
Cara untuk tambah nilai kredit atau top-up kredit adalah seperti di bawah:
1. Pilih ikon “Profile” yang terletak dibahagian bawah skrin, sebelah kanan.

2. Tekan tab “Wallet”.

3. Anda boleh melihat data penggunaan kredit pada bahagian atas skrin.

4. Untuk melakukan tambah nilai, tekan butang “Add Top Up”.

5. Masukkan nilai yang anda ingin tambahkan ke dalam sistem Peasy Sales. Tekan kepada kotak di bawah “Top Up Amount (USD)”.
Peringatan mesra, nilai minimum bagi tambah nilai adalah RM100.

6. Setelah anda masukkan nilai, tekan butang “Continue”.

7. Lakukan pemeriksaan terakhir. Setelah selesai, tekan butang “Pay”.

8. Masukkan maklumat kad kredit anda. Tekan butang “Pay”
