Bagaimana urus pelanggan tanpa ramai pekerja?

Apakah itu chatbot Peasy? #

Chatbot Peasy berbeza dengan kebanyakan chatbot di pasaran kerana chatbot kami menggunakan soalan-soalan panduan untuk anda cipta chatbot yang mempunyai aliran interaksi dengan pelanggan, yang dikehendaki.

Chatbot kami amat mudah dicipta dengan menggunakan aplikasi Peasy Sales. Untuk info penuh, sila rujuk di sini.

Pra-syarat untuk mencipta chatbot: #

  • Pastikan anda telah menghubungkan kalendar Google anda dengan platform Peasy. Untuk info penuh mengenai cara untuk menghubungkan kalendar Goolge, sila rujuk di sini.
  • Pastikan anda melakukan persiapan sistem yang sebelumnya, mengikut jadual tugasan kami dalam aplikasi Peasy Sales. Gambar di bawah adalah gambar skrin yang menunjukkan paparan skrin tugasan dalam aplikasi Peasy.

Saya mempunyai banyak pautan temu janji untuk setiap pekerja dan servis yang berbeza, bagaimana saya boleh membantu pelanggan saya pilih pautan temu janji yang relevan secara automatik? #

Anda boleh menggunakan aliran chatbot untuk bertanya keperluan pelanggan dan jenis temu janji yang mereka inginkan.

Untuk info penuh tentang cara untuk cipta aliran chatbot, sila rujuk di sini.

Setelah anda cipta aliran chatbot menggunakan platform Peasy, anda dapat memberi pilihan pautan temujanji kepada pelanggan melalui whatsapp, seperti dalam gambar di bawah:

Bagaimana jika pelanggan saya ingin batalkan atau menjadual semula temu janji saya? #

Pelanggan boleh memberi respons “No” kepada jemputan kalendar Google yang mereka dapati setelah mereka memilih slot temu janji melalui pautan temu janji pekerja anda.

Pelanggan juga boleh menghantar Whatsapp kepada anda dengan menggunakan kod unik akaun anda untuk menjadual semula slot temujanji. Rujuk gambar di bawah sebagai contoh interaksi pelanggan dengan chatbot untuk menjadual semula.

Bagaimana cara untuk mencipta temu janji bagi pertemuan atas talian? #

Anda boleh memilih “Google Meet” sewaktu mencipta pautan temu janji. Setelah pelanggan memilih slot temu janji, slot ini akan direkod ke dalam google calendar pelanggan sebagai event.

Oleh itu, pelanggan akan menerima jemputan event tersebut melalui emel, dan perlu memberi respons “Yes” atau “No”.

Untuk info lanjut mencipta chatbot, sila rujuk di sini.

Bagaimana cara untuk mencipta temu janji untuk pertemuan bersemuka? #

Anda boleh memilih “Custom” sewaktu mencipta pautan temu janji.

Kemudian, anda perlu memasukkan lokasi pertemuan untuk temu janji tersebut.

Sistem mencipta chatbot kami juga boleh membantu anda untuk memasukkan link “Google Maps” kepada lokasi terkini anda untuk memudahkan anda dan pelanggan.

Untuk info lanjut mencipta chatbot, sila rujuk di sini.

Did you find this article to be helpful?
Updated on Februari 17, 2025