Bagaimana ingin menambah Google Calendar pekerja saya pada platform Peasy? #
Langkah pertama untuk meningkatkan efisyensi syarikat adalah dengan mempunyai jadual kalendar yang teratur dan boleh diakses oleh platform Peasy.
Dengan akses ini, anda boleh mencipta automasi tempahan slot pada kalendar Google tanpa sebarang interaksi manual.
Untuk cara-cara menghubungkan kalendar pada platform Peasy, sila rujuk di sini.
Bagaimana untuk mencipta slot temujanji yang tersedia menggunakan Peasy? #
Sistem Peasy memudahkan interaksi anda dengan pelanggan dengan mewujudkan sistem automasi untuk pelanggan menempah slot temujanji pada kalendar Google anda.
Dengan sistem automasi ini, pelanggan bukan sahaja boleh menempah slot, mereka juga boleh mengubah penjadualan slot mengikut kelapangan masing-masing tanpa perlu interaksi manual dengan anda.
Langkah pertama untuk akses kemudahan-kemudahan automasi ini adalah mencipta jadual slot temujanji untuk pelanggan pilih. Sila rujuk di sini cara untuk cipta jadual temujanji pelanggan.
Setelah anda mencipta slot temujanji, anda boleh berkongsi pautan slot ini kepada pelanggan. Pelanggan akan dapat melihat paparan skrin di bawah, untuk memilih slot yang mereka boleh hadir.

Bagaimana jika setiap pekerja saya ada berbeza jadual kerja? #
Sistem kami sangat fleksibel dan memiliki ketetapan yang berbeza setiap pekerja. Oleh itu, setiap pekerja boleh menjanakan pautan temu janji mereka sendiri berdasarkan jadual kerja masing masing.
Syarat utama adalah untuk memiliki nama link yang sama jika setiap pekerja mencipta pautan temu janji untuk tujuan perniagaan yang sama. Hal ini akan memudahkan anda untuk mengerjakan automasi atau fungsi chatbot yang menggunakan pautan ini.
Bagaimana jika tempoh atau slot masa setiap servis berbeza? (contoh, pagi 2 jam kelas yoga dan petang 1 jam kelas pilates) #
Cadangan kami, satu pautan temu janji, adalah untuk satu jenis servis.
Oleh itu, ketetapan setiap pautan temu janji bagi setiap servis dapat dicipta secara berasingan. Ini adalah termasuk ketetapan masa bagi setiap servis berbeza.
Contoh 2 pautan bagi servis yang berbeza adalah seperti di dalam gambar.

Bagaimana saya boleh rekod dan lihat senarai temu janji saya? #
Anda boleh akses ke bahagian “Calendar” dalam ketetapan Peasy Sales anda
Bagaimana jika pelanggan saya ingin batalkan atau menjadual semula temu janji saya? #
Pelanggan boleh memberi respons “No” kepada jemputan kalendar Google yang mereka dapati setelah mereka memilih slot temu janji melalui pautan temu janji pekerja anda.
Pelanggan juga boleh menghantar Whatsapp kepada anda dengan menggunakan kod unik akaun anda untuk menjadual semula slot temujanji. Rujuk gambar di bawah sebagai contoh interaksi pelanggan dengan chatbot untuk menjadual semula.

Bagaimana jika pelanggan saya ingin batalkan atau menjadual semula temu janji saya? #
Pelanggan boleh memberi respons “No” kepada jemputan kalendar Google yang mereka dapati setelah mereka memilih slot temu janji melalui pautan temu janji pekerja anda.
Pelanggan juga boleh menghantar Whatsapp kepada anda dengan menggunakan kod unik akaun anda untuk menjadual semula slot temujanji. Rujuk gambar di bawah sebagai contoh interaksi pelanggan dengan chatbot untuk menjadual semula.