Bagaimana nak tarik jualan berulang?

Apakah "broadcasting" atau siar raya? #

Whatsapp siar raya atau lebih dikenali sebagai “broadcasting” adalah hantaran mesej secara pukal kepada semua pelanggan anda melalui mesej Whatsapp.

Dengan cara ini, anda dapat menghantar promosi kepada pelanggan-pelanggan anda secara serentak dengan lebih teratur. Dengan menggunakan Peasy, anda bukan sahaja boleh menghantar promosi, tetapi juga boleh menetapkan kumpulan pelanggan bagi setiap hantaran promosi tersebut.

Jadi, promosi anda akan lebih sistematik dan tepat mengikut kumpulan pelanggan anda. Pastinya ini akan meningkatkan lagi peluang anda untuk menarik jualan berulang daripada pelanggan-pelanggan anda sedia ada.

Pra-syarat untuk mencipta siar raya: #

  • Pastikan anda mempunyai satu peti masuk yang aktif pada platform Peasy Sales anda. Sila rujuk di sini untuk info lanjut mengenai peti masuk.
  • Pastikan anda mempunyai kredit akaun Peasy Sales yang mencukupi. Sila rujuk di sini berkenaan baki kredit Peasy Sales.
  • Pastikan anda mempunyai mesej templat yang sudah diluluskan oleh META. Sila rujuk di sini untuk info mencipta templat.
  • Pastikan anda sudah import senarai pelanggan untuk siar raya. Untuk info cara import nombor ke dalam platform, sila rujuk di sini.

Bolehkah saya menjadualkan siar raya dalam platform Peasy? #

Anda boleh menjadualkan siar raya pada platform Peasy sekurang-kurangnya 3 hari sebelum penghantaran.

Bagaimana cara saya ingin melakukan siar raya terhad kepada satu kumpulan pelanggan saya sahaja? #

Anda boleh menetapkan atribut yang spesifik sewaktu import nombor pelanggan-pelanggan  anda ke dalam platform Peasy. Sila rujuk di sini untuk info lanjut.

Setelah anda mempunyai atribut pada nombor setiap pelanggan, maka anda boleh menggunakan atribut spesifik ini dalam penyediaan sistem siar raya anda. Sila rujuk di sini untuk info lanjut.

Terdapat mesej ralat “Anda tidak mempunyai baki yang mecukupi untuk melakukan kempen” yang muncul apabila saya cuba untuk mencipta kempen. #

Sila tambah nilai kredit Peasy Sales anda.

Sila rujuk di sini berkenaan baki kredit Peasy Sales.

Did you find this article to be helpful?
Updated on Februari 17, 2025