Syarat untuk mencipta sesi Temujanji. #
1. Anda sudah menyambungkan Kalendar Google pada platform Peasy.
2. Anda sudah mencipta peti masuk pada platform Peasy.
- Bagi pengguna aplikasi Peasy untuk plan percubaan, anda telah memiliki peti masuk Whatsapp Komunal secara automatik.
Bagaimana cara untuk mencipta sesi Temujanji menggunakan aplikasi Peasy? #
1. Log masuk aplikasi Peasy anda.
2. Tekan “Profile”.

3. Tekan “Kalendar”

4. Tekan pada simbol “+” pada bahagian atas skrin sebelah kanan.

5. Tekan pada ruangan kotak kosong dan isikan maklumat berikut:
a) Tajuk Temujanji dan deskripsi
b) Masukkan nama slot temujanji
c) Masukkan berapa lama (dalam kiraan minit) jarak antara setiap sesi temujanji.

6. Tekan pada ruangan kotak kosong dan isikan maklumat berikut:
a) Masukkan ayat yang pelanggan akan terima sebagai pengesahan untuk sesi temujanji yang dipilih.
b) Masukkan ayat yang pelanggan akan terima sebagai peringatan untuk sesi temujanji

7. Lakukan seperti yang dibawah untuk setiap bahagian:
a) Pilih peti masuk sedia ada. Tekan anak panah ke bawah dan tekan peti masuk sedia ada.
b) Masukkan waktu perniagaan mengikut kesesuaian. Tekan butang “Add Hours”

8. Tekan “Save”.

9. Anda telah berjaya berjaya mencipta sesi temujanji apabila anda sudah dapat melihat nama sesi temujanji di bawah bahagian kalendar seperti di bawah:

Bagaimana cara untuk kongsikan link sesi temujanji dengan pelanggan? #
1. Pastikan anda berada dalam halaman kalendar pada aplikasi Peasy.
2. Tekan ikon tiga titik yang berada di sudut kanan seperti di dalam gambar.

3. Pilih platform pelanggan anda dan tekan “Send”.

Bagaimana cara untuk ambil link sesi temujanji? #
Anda boleh menyalin link sesi temujanji dengan tekan pada ikon segi empat sama, di sudut kanan seperti di dalam gambar:
