Untuk Penggunaan Web #
Ini adalah arahan untuk tetapan payment gateway pada aplikasi web Peasy Sales.
Bagaimana saya ingin mencipta payment gateway? #
1. Pilih simbol “Setting” di sebelah kiri skrin web.

2. Tekan “Applications”.

3. Tekan butang “Configure” di sebelah kanan “Tekkis Payment”. Pada masa akan datang, Peasy akan menambah lebih banyak pilihan payment gateway untuk pengguna kami.

4. Tekan “Here” untuk mula mendaftar payment gateway platform Tekkis.

5. Setelah mendaftar, ikut arahan yang diberikan oleh penyedia payment gateway.
Jika anda mempunyai sebarang soalan atau masalah berkaitan payment gateway, sila e-mel kepada penyedia servis payment gateway yang anda pilih. Jika anda memilih gerbang pembayaran Tekkis, anda boleh menghantar soalan atau aduan masalah kepada whatsapp +601130429019 atau email: [email protected] dan [email protected]
Proses selepas penciptaan payment gateway #
Pra-syarat: #
- Pastikan anda telah melengkapkan pendaftaran akaun gerbang pembayaran di atas.
- Terima e-mel daripada penyedia perkhidmatan payment gateway untuk pengaktifan akaun.
- Sebagai contoh, untuk pendaftaran akaun payment gateway Tekkis yang berjaya, anda akan menerima e-mel bertajuk “t-Pay Service Activated”.
- Pastikan e-mel anda mengandungi maklumat Merchant Key dan Merchant Secret untuk menyambungkan akaun payment gateway pada Platform Peasy.
Menyambungkan Akaun Payment Gateway pada Platform Peasy Sales: #
- Ikuti langkah #1 sehingga langkah #3 dari langkah mencipta payment gateway.
- Tekan pada “Connect” untuk payment gateway pilihan anda.
- Masukkan maklumat Merchant Key dan Merchant Secret.
- Tekan pada “Create”.
- Butang “Connect” akan berubah menjadi “Disconnect” dan paparan skrin anda akan menjadi “Enabled” pada payment gateway yang dipilih.
Tahniah! Sekarang, anda sudah berjaya untuk mencipta payment gateway anda pada Peasy.
Cara mengaktifkan payment gateway anda untuk pesanan pelanggan: #

Merujuk kepada gambar di atas, pada platform web Peasy Sales:
- Tekan “Orders” pada tab sebelah kiri.
- Tekan pada “Settings”
- Tekan pada togel “Request payment before confirming order” sehingga berwarna ungu, seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.
Sistem Peasy tidak akan merekod status pesanan sebagai “Pending” sehingga pelanggan berjaya menyelesaikan pembayaran dalam talian.
Setelah pelanggan selesai membuat pembayaran, status pesanan pelanggan akan direkodkan sebagai “Paid”.
Untuk Penggunaan App #
Fungsi ini belum tersedia di aplikasi mudah alih, sila tetapkan gerbang pembayaran melalui aplikasi web anda.