WhatsApp Business API

Bagaimanakah cara untuk mencipta peti masuk Whatsapp Business API #

Untuk Penggunaan Web #

Ini adalah arahan untuk mencipta peti masuk Whatsapp Business API pada aplikasi web Peasy Sales.

PRA-SYARAT: Akaun META Business Portfolio dan FB Page #

Sila periksa status dan informasi berkenaan business portfolio anda menggunakan pautan: https://business.facebook.com/latest/settings.

Selepas anda tekan pautan:

  • Jika anda dapat melihat paparan profil perniagaan META anda seperti yang ditunjukkan di bawah, ini bermakna anda sudah mempunyai akaun portfolio perniagaan META.
  • Jika tidak, ini bermakna anda belum pernah mempunyai akaun portfolio perniagaan META dan perlu mencipta akaun baru dengan mengikuti arahan pada skrin META.

Untuk rujukan lanjut, sila tekan di sini.

Bagaimana untuk mencipta peti masuk Whatsapp: #

1. Log masuk ke platform web Peasy Sales ( https://chat.peasy.ai/app/login ).

2. Klik ikon “Tetapan” di sebelah kiri skrin.

3. Klik “Peti Masuk”

4. Klik “Tambah Peti Masuk” di penjuru kanan sebelah atas skrin.

5. Klik “Whatsapp”.

6. Masukkan nama Whatsapp anda yang dimaksudkan di dalam kotak untuk “Nama Peti Masuk”.

7. Masukkan nombor Whatsapp anda yang dimaksudkan untuk persediaan ini di dalam kotak untuk “Nombor Telefon”

8. Selepas mengisi nama peti masuk dan nombor telefon, klik “Cipta Peti Masuk.”

9. Skrin pop-up akan muncul. Sila log masuk ke akaun Facebook anda untuk meneruskan ke langkah seterusnya. Klik “Teruskan.”

Ini adalah langkah untuk menyambungkan platform Peasy dengan platform META anda.

10. Klik “Bermula”.

11. Pilih dan pastikan maklumat portfolio perniagaan yang dipaparkan pada skrin ini adalah portfolio yang akan digunakan untuk komunikasi perniagaan WhatsApp di platform Peasy.

Setelah maklumat dikemas kini, klik “Seterusnya.”

12. Pastikan anda memilih “Cipta Akaun Perniagaan WhatsApp” pada baris data pertama.

Seterusnya, pilih “Create a new Whatsapp Business profile” pada baris data kedua.

Klik “Seterusnya.”

13. Masukkan Nama Akaun WhatsApp Bisnes sedia ada anda. META memerlukan nama ini sama dengan nama paparan WhatsApp Bisnes.

14. Klik anak panah ke bawah dalam kotak “Kategori”. Pilih kategori perniagaan yang paling sesuai dengan perniagaan anda.

15. Setelah semua maklumat diisi, klik “Seterusnya.”

16. Masukkan nombor telefon untuk didaftarkan. Pastikan nombor telefon yang dimasukkan adalah aktif (boleh menerima panggilan atau mesej daripada nombor lain).

Pilih “Panggilan Telefon.” META akan menghantar kod pengesahan melalui medium yang dipilih pada skrin ini.

Klik “Seterusnya.”

17. Anda akan menerima kod pengesahan daripada META.

Masukkan kod rahsia ke dalam sistem.

Klik “Seterusnya.”

18. Tunggu beberapa saat sehingga skrin seterusnya muncul.

Klik “Teruskan.”

19. Tunggu beberapa saat sehingga skrin seterusnya muncul.

Anda tidak perlu menambah kaedah pembayaran anda pada peringkat ini.

Klik “Selesai” untuk keluar dari pop timbul META dan kembali ke paparan skrin Peasy Sales.

20. Masukkan kod pengesahan, sama seperti yang terdapat dalam platform META sebelumnya, dalam kotak “PIN” pada skrin platform Peasy.

21. Setelah PIN dimasukkan, klik “Sambungkan Nombor Telefon.”

22. Skrin akan memaparkan “Nombor Telefon disambungkan.”

23. Seterusnya, anda perlu menambah ejen ke peti masuk.

Klik anak panah ke bawah di sebelah kanan kotak “Pilih ejen untuk peti masuk”.

24. Klik pada nama yang muncul pada senarai, untuk menambah orang itu sebagai ejen ke peti masuk WhatsApp.

25. Klik “Tambah ejen”.

26. Tahniah! Anda telah berjaya mencipta peti masuk WhatsApp Business API.

Bagaimanakah cara untuk menambah kaedah pembayaran bagi akaun perniagaan WhatsApp di platform META? #

Sila rujuk kepada pautan platform META untuk informasi dan cara untuk menambah kad kredit bagi akaun Whatsapp Business https://ms-my.facebook.com/business/help/488291839463771

Sila rujuk pada pautan platform META untuk maklumat dan cara untuk menambah kad kredit anda daripada akaun Business Manager kepada akaun Whatsapp Business anda: https://ms-my.facebook.com/business/help/3146639885655187

Sila rujuk pautan platform META untuk maklumat pengebilan untuk akaun Whatsapp Business anda: https://ms-my.facebook.com/business/help/2225184664363779?id=2129163877102343

Untuk Penggunaan Aplikasi #

Fungsi ini belum tersedia pada aplikasi telefon buat masa ini, sila cipta Whatsapp Business API menggunakan aplikasi web anda.

Soalan Lazim #

Apakah perbezaan di antara WhatsApp & WhatsApp Business API? #

WhatsApp MessengerWhatsApp BusinessWhatsApp Business API
Untuk kegunaan peribadiUntuk SMEUntuk perniagaan sederhana/besar
1:1 mesejkhidmat pelanggan segera
Pemasaran berskala kecil
Kempen mesej yang banyak
Khidmat pelanggan yang strategik
App, browserApp, browserPartner interface
1 user, 2 devices max (1 phone, 1 desktop)1 user, 2 devices max (1 phone, 1 desktop)Unlimited users & devices
Tiada business toolsBusiness profile
Katalog Produk
Broadcast messages (limited)
Automated messages (limited)
Cipta dan sertai kumpulan chat
Tiada green tick untuk akaun rasmi
Business profile
Katalog produk
Broadcast messages
Automated messages (chatbots, transactional)
Send Rich interactive messages
Cipta tetapi tidak sertai in kumpulan chat
Green tick untuk akaun rasmi
Nombor dari telefon yang memiliki akaun WANombor dari telefon yang mempunyai akaun WANombor telefon yang sudah di import dari senarai
Broadcast hanya kepada 256 pelanggan untuk satu hariBroadcast hanya kepada 256 pelanggan untuk satu hariBroadcast kepada sehingga 100,000 pelanggan untuk satu hari
Berisiko untuk akaun di-banBerisiko untuk akaun di-banRisiko rendah untuk akaun di-ban
PercumaPercumaBerbayar
Did you find this article to be helpful?
Updated on Mei 28, 2025