Papan Pemuka #
Anda boleh akses kepada pelbagai fungsi utama platform dengan tekan kepada butang-butang yang relevan mengikut fungsi pada bahagian atas Papan Pemuka.
Anda juga boleh gerakkan data tersebut ke kiri atau ke kanan untuk melihat pilihan data dan fungsi yang ada untuk akses yang cepat.
Setiap kotak fungsi akan berwarna hijau jika ada data baru yang dikemas kini mengikut julat tarikh yang ditetapkan pada bahagian atas Papan Pemuka.


a) Ruangan untuk menetapkan tempoh masa bagi data yang dipaparkan pada Papan Pemuka.
b) Kotak fungsi untuk akses kepada fungsi-fungsi platform secara pantas.
c) Kedudukan
d) Maklumat data bagi tugasan untuk menaikkan kedudukan Squee anda.
e) Carta kedudukan akaun anda.
Apakah itu Squee? #
Squee adalah maskot Peasy dan melambangkan kedudukan akaun anda.
Kedudukan Squee saya #
Terdapat empat kedudukan di dalam sistem permainan Peasy: Gangsa (Kedudukan bawah), Perak (Kedudukan tengah), Emas (Kedudukan kedua tinggi). Platinum (Kedudukan tertinggi).
Setiap akaun yang baru mendaftar akan mendapat kedudukan Squee Gangsa.
Anda boleh melihat kedudukan akaun anda secara keseluruhan (dibandingkan dengan pengguna Peasy yang lain) dalam carta kedudukan pada papan pemuka.
Tahap akaun saya #
Dalam setiap tahap, anda akan memiliki senarai tugasan yang spesifik untuk setiap tujuan penggunaan platform Peasy anda.
Anda boleh lihat dibawah untuk senarai tujuan penggunaan yang pernah anda pilih sewaktu mula mencipta akaun Peasy Sales.
- Start or grow my food delivery service
- Improve customer service and operation
- Orders management and inquiries on Whatsapp
- Automate appointment and reservation
Anda perlu melengkapkan senarai tugasan untuk melepasi setiap tahap. Ini adalah kunci pertama untuk menaikkan kedudukan Squee anda.
GMV (Gross merchandise volume) akaun saya #
Sistem akan mengambil kira jumlah jualan yang berjaya dan dibahagi dengan 3 bulan* untuk mencari purata GMV bagi akaun anda.
Purata GMV sepanjang tempoh 3 bulan ini adalah kunci kedua untuk menaikkan kedudukan Squee anda.
*pengiraan GMV bagi jumlah jualan dalam bulan pertama dan bulan kedua akan tetap dibahagi dengan tiga. Contohanya, jualan yang berjaya pada bulan pertama adalah RM50. Oleh itu, purata GMV adalah RM50 ÷ 3 = Rm16.67.
Faedah mengikut kedudukan akaun saya #
Setiap kedudukan Squee mempunyai faedah atau akses fungsi akaun yang berbeza.
Oleh itu, anda perlu secepatnya menaikkan kedudukan Squee anda untuk mendapatkan akses fungsi platform Peasy Sales secara keseluruhan!