Pemindahan WhatsApp Bisnes API

Bagaimana untuk memindahkan Whatsapp Bisnes API sedia ada melalui embedded signup Peasy? #

Pra-syarat: #

  • Akaun Perniagaan Meta mereka mesti mempunyai status verified. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai platform META.
  • WABA sedia ada mereka mesti mempunyai status approved .
  • WABA sedia ada mereka mesti mempunyai kaedah pembayaran yang sah dilampirkan (dalam Payment Settings ).
  • Nombor telefon perniagaan mereka mesti disable tetapan two-step verification. Pelanggan yang memiliki WABA mereka boleh menggunakan WhatsApp Manager untuk disable two-step verification pada nombor mereka.

Untuk sebarang pertanyaan tentang tetapan pra-syarat ini, sila hubungi META untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Menyambung ke Pendaftaran Terbenam Peasy #

1. Log masuk ke platform web Peasy Sales ( https://chat.peasy.ai/app/login ).

2. Klik ikon “Tetapan” di sebelah kiri skrin.

3. Klik “Peti Masuk”

4. Klik “Tambah Peti Masuk” di penjuru kanan sebelah atas skrin.

5. Klik “Whatsapp”.

6. Masukkan nama Whatsapp anda yang dimaksudkan di dalam kotak untuk “Nama Peti Masuk”.

7. Masukkan nombor Whatsapp anda yang dimaksudkan untuk persediaan ini di dalam kotak untuk “Nombor Telefon”

8. Selepas mengisi nama peti masuk dan nombor telefon, klik “Cipta Peti Masuk.”

9. Skrin pop timbul akan muncul. Sila log masuk ke akaun Facebook anda untuk mengakses langkah seterusnya. Klik “Teruskan.”

Ini adalah langkah untuk menyambungkan platform Peasy dengan platform META anda.

10. Klik “Bermula”.

11. Pilih dan pastikan maklumat portfolio perniagaan yang dipaparkan pada skrin ini adalah portfolio yang akan digunakan untuk komunikasi perniagaan WhatsApp di platform Peasy.

Setelah maklumat dikemas kini, klik “Seterusnya.”

12. Pastikan anda memilih nama profil Whatsapp Bisnes API sedia ada anda untuk kotak pilihan “Pilih Akaun Perniagaan Whatsapp”.

Seterusnya, pilih “Create a new Whatsapp Business profile” pada baris data kedua.

Klik “Seterusnya.”

13. Masukkan Nama Akaun WhatsApp Bisnes sedia ada anda. META memerlukan nama ini sama dengan nama paparan WhatsApp Bisnes.

14. Klik anak panah ke bawah dalam kotak “Kategori”. Pilih kategori perniagaan yang paling sesuai dengan perniagaan anda.

15. Setelah semua maklumat diisi, klik “Seterusnya.”

16. Masukkan nombor telefon untuk didaftarkan. Pastikan nombor telefon yang dimasukkan adalah aktif (boleh menerima panggilan atau mesej daripada nombor lain).

Pilih “Panggilan Telefon.” META akan menghantar kod pengesahan melalui medium yang dipilih pada skrin ini.

Klik “Seterusnya.”

17. Anda akan menerima kod pengesahan daripada META.

Masukkan kod rahsia ke dalam sistem.

Klik “Seterusnya.”

18. Tunggu beberapa saat sehingga skrin seterusnya muncul.

Klik “Teruskan.”

19. Tunggu beberapa saat sehingga skrin seterusnya muncul.

Anda tidak perlu menambah kaedah pembayaran anda pada peringkat ini.

Klik “Selesai” untuk keluar dari pop timbul META dan kembali ke paparan skrin Peasy Sales.

20. Masukkan kod pengesahan, sama seperti yang terdapat dalam platform META sebelumnya, dalam kotak “PIN” pada skrin platform Peasy.

21. Setelah PIN dimasukkan, klik “Sambungkan Nombor Telefon.”

22. Skrin akan memaparkan “Nombor Telefon disambungkan.”

23. Seterusnya, anda perlu menambah ejen ke peti masuk.

Klik anak panah ke bawah di sebelah kanan kotak “Pilih ejen untuk peti masuk”.

24. Klik pada nama yang muncul pada senarai, untuk menambah orang itu sebagai ejen ke peti masuk WhatsApp.

25. Klik “Tambah ejen”.

26. Tahniah! anda telah berjaya memindahkan API Perniagaan Whatsapp sedia ada anda ke platform Peasy.

Did you find this article to be helpful?
Updated on Mei 15, 2025