Bagaimana cara mendaftar

Pra-syarat #

Langkah #1: Pautan yang betul untuk akses kepada platform Peasy Sales. #

  • Jika anda menggunakan desktop, tekan di sini
  • Jika anda menggunakan iOS (iPhone/iPad), tekan di sini
  • Jika anda menggunakan Android, tekan di sini

Langkah #2: Paparan Skrin Pendaftaran pada Aplikasi #

Jika anda menggunakan aplikasi Peasy Sales, skrin akan kelihatan seperti contoh di bawah. Klik “Signup” apabila anda melancarkan aplikasi buat pertama kali.

Arahan untuk Sign up #

Langkah #1: Borang Pendaftaran Dalam Talian #

Anda sepatutnya dapat melihat halaman pendaftaran yang serupa dengan gambar yang ditunjukkan di bawah.

Rujuk panduan di bawah untuk melengkapkan halaman pendaftaran.

Nama penuh

Taipkan nama penuh.

Contoh: Bob Marli

Nama Syarikat

Taipkan nama syarikat

Sebagai contoh: Reggae Hats Sdn Bhd

Emel

Taipkan alamat emel yang valid

Sebagai contoh: bob.marli@reggae.my

Nombor telefon

Pastikan anda masukkan nombor tanpa “0” di hadapan. Sebagai contoh, jika nombor anda ialah 0199495392, maka nombor yang perlu anda taip ialah 199495392.

Nombor ini adalah untuk menerima kod OTP bagi mengesahkan akaun Peasy anda. Nombor tersebut mesti ada akaun WhatsApp.

Ruangan ini BUKAN untuk memasukkan nombor WhatsApp yang akan anda gunakan untuk penghantaran mesej secara pukal melalui platform Peasy.

NegaraThe system will set “Malaysia” by default. Sistem akan menetapkan “Malaysia” secara automatik
Nombor Pengenalan CukaiTaipkan nombor pengenalan cukai anda. Informasi ini adalah tidak wajib.
Mata Wang AutomatikPilih “MYR”

Selepas melengkapkan borang pendaftaran, tekan “Next”. Skrin akan bertukar kepada skrin tetapan kata laluan seperti yang ditunjukkan dalam langkah seterusnya.

Langkah #2: Menetapkan kata laluan #

Skrin akan membawa anda ke skrin tetapan kata laluan, seperti yang ditunjukkan di bawah.

Pastikan anda merekodkan kata laluan ini supaya anda tidak terlupa. Pastikan juga bahawa:

  • Kata laluan anda memenuhi kriteria yang disenaraikan.

  • Kata laluan anda adalah sama dalam kedua-dua ruangan “Kata laluan” dan “Sahkan Kata Laluan”

Setelah anda mengesahkan kata laluan anda, tekan “Daftar”.

Langkah #3: Pengesahan OTP #

Sistem kami akan menghantar kod OTP ke WhatsApp anda untuk pengesahan akaun.

Anda perlu memasukkan kod pengesahan OTP Peasy ini dalam aplikasi Peasy. Mesej OTP akan muncul seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

Masukkan kod pengesahan OTP dalam aplikasi Peasy seperti yang ditunjukkan di bawah. Kemudian, tekan butang “Verify”.

Langkah #4: Memilih Pelan Langganan #

Skrin aplikasi akan menunjukkan pilihan untuk memilih pelan langganan, seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

Anda perlu memilih jenis pelan langganan yang paling sesuai dengan perniagaan anda. Pilih pelan yang anda pilih dan tunggu skrin dimuatkan.

Untuk senarai penuh pelan langganan, sila baca di sini.

Jika anda adalah pengguna baharu yang ingin mencuba Peasy Sales, sila pilih “Prepaid.”Anda boleh menaik taraf pelan langganan selepas penggunaan Peasy Sales

Langkah #4: Memilih Satu Matlamat untuk Peasy Sales anda #

Setelah skrin dimuatkan, skrin baru akan muncul yang meminta anda untuk memilih tujuan penggunaan Peasy Sales. Skrin tersebut akan kelihatan seperti contoh di bawah.

Anda mesti memilih hanya satu tujuan berdasarkan keperluan sektor perniagaan anda.

Senarai TujuanSektor
Mulakan atau kembangkan servis penghantaran makanan sayaPerniagaan Makanan dan Minuman (FnB)
Tambah baik servis khidmat pelanggan dan kecekapan operasiPerniagaaan Makanan dan Minuman (FnB)
Pengurusan pesanan dan pertanyaan dalam WhatsappPerniagaan Runcit
Automasikan temu janji dan tempahanPerniagaan Perkhidmatan Professional

Selepas memilih tujuan anda, klik “Next.” Anda TIDAK akan dapat mengubah tujuan penggunaan Peasy Sales setelah langkah ini selesai.

Langkah #5: Purata nilai pesanan pelanggan #

Skrin akan meminta anda untuk memasukkan purata nilai pesanan yang anda terima dalam sebulan.

Ini merujuk kepada purata atau anggaran jumlah nilai pesanan pelanggan yang anda terima dalam sebulan. Kemudian, tekan butang “Save”.

TAHNIAH!! Anda telah berjaya mendaftar akaun Peasy Sales anda. #

Setelah skrin dimuatkan, paparan akan muncul seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.

Apakah langkah seterusnya selepas pendaftaran? #

Mahu mengubah bahasa bagi platform Peasy app/web? Rujuk di sini.

Mari teruskan dengan tetapan sistem anda mengikut industri anda:

  • Jika anda dalam sektor perniagaan makanan dan minuman, rujuk di sini.

  • Jika anda dalam sektor perniagaaan runcit, rujuk di sini.

  • Jika anda dalam sektor perniagaan perkhidmatan profesional, rujuk di sini.

Soalan-soalan lazim #

Bolehkan saya mengubah tujuan penggunaan Peasy? #

Anda tidak boleh mengubah tujuan (matlamat) penggunaan Peasy selepas melengkapkan pendaftaran akaun anda.

Adakah saya perlu membayar terlebih dahulu, jika saya memilih pelan langganan Prabayar? #

  • Anda tidak perlu membayar untuk penggunaan awal pelan langganan Prabayar. Anda hanya perlu membayar setelah menggunakan kredit percubaan dalam akaun anda.
  • Untuk penjelasan lanjut, setiap akaun datang dengan kredit percubaan sebanyak USD 2.00.

Kesilapan lazim #

Mengapa saya tidak menerima OTP? #

1. 1. Pastikan anda memasukkan nombor telefon yang betul semasa pendaftaran. Pastikan nombor tersebut memenuhi kriteria berikut:

  • Nombor yang mempunyai akaun Whatsapp.
  • Nombor yang aktif dengan data Internet yang sudah dipasang
  • Nombor anda sendiri

2. Dalam situasi anda masih tidak menerima kod OTP melalui nombor Whatsapp Peasy, tekan “Resend Code” setelah pemasa sudah tamat.

Mengapakah sistem tidak menerima kata laluan saya? #

Pastikan kata laluan anda memenuhi kriteria yang diperlukan dan bahawa kata laluan yang dimasukkan di ruangan atas (Kata Laluan) sepadan dengan yang di ruangan bawah (Sahkan Kata Laluan)

Mengapa sistem tidak membenarkan saya untuk meneruskan ke langkah seterusnya? #

  • Pastikan anda telah melengkapkan semua ruangan dan pilihan yang diperlukan oleh sistem.
  • Pastikan anda menekan butang di bahagian bawah skrin untuk meneruskan ke langkah seterusnya.

Mengapa sistem tidak menerima input OTP saya? #

  • Kod OTP telah tamat tempoh. Oleh itu, anda perlu mendapatkan OTP baru untuk melengkapkan pendaftaran akaun.
  • Tekan “Resend Code” pada skrin setelah pemasa tamat.
  • Peasy akan menghantar semula kod OTP baru ke nombor WhatsApp yang didaftarkan.
Did you find this article to be helpful?
Updated on Mei 15, 2025