Bagaimana untuk automasikan penghantaran dan pembayaran perniagaan saya?

Bagaimana untuk automasikan penghantaran di restoran saya? #

Pra-syarat untuk menetapkan servis penghantaran dalam aplikasi Peasy Sales #

  • Pastikan alamat restoran anda telah lengkap di dalam Tetapan Kedai. Rujuk di sini untuk panduan melengkapkan alamat restoran anda.
  • Pastikan baki kredit akaun Peasy mencukupi.
  • Tetapkan Perkhidmatan Penghantaran anda di dalam Tetapan Kedai. Rujuk di sini untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah Peasy akan melaksanakan penghantaran kepada pelanggan saya? #

Peasy menggunakan perkhidmatan penghantaran yang disenaraikan di bawah untuk memastikan liputan kawasan penghantaran yang maksimum.

  • Lalamove
  • GrabExpress
  • PandaGo
  • Pickupp
  • BungkusIt
  • MatDespatch
  • Tapaw
  • GoGet

Bagaimana pelanggan anda boleh membuat pesanan penghantaran makanan daripada menu dalam talian anda? #

    1. Pelanggan akan membuat pesanan di kedai dalam talian Peasy Sales anda.
    2. Apabila pelanggan ingin membuat pembayaran, Pelanggan perlu tekan “Delivery” untuk menjawab soalan “Bagaimana anda ingin mengambil pesanan anda”.
    3. Pelanggan perlu mengisi alamat penghantaran mereka. Klik “Continue”.
      Sistem akan menjana pilihan penghantaran bersama caj yang dikenakan.
    4. Pelanggan boleh memilih pilihan penghantaran bersama caj yang diinginkan. Klik “Submit Orders”.
    5. Pelanggan perlu menyemak Ringkasan Pesanan dan setelah disahkan, klik “Order”.

Bagaimana untuk automasikan pembayaran di restoran saya?​ #

Pra-syarat untuk menetapkan pembayaran automatik dalam aplikasi Peasy Sales #

1. Mempunyai baki kredit Peasy akaun yang mencukupi. Rujuk pautan ini untuk cara memeriksa baki kredit Peasy anda.

2. Integrasikan akaun bank anda dengan penyedia gerbang pembayaran kami. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

3. Selepas anda mengintegrasikan gerbang pembayaran dengan Peasy, aktifkan ciri “Minta Pembayaran sebelum mengesahkan pesanan” dalam Tetapan Kedai anda. Klik “Simpan” untuk mengemas kini Tetapan Kedai anda. 

Kini, pelanggan anda dikehendaki membuat pembayaran sebelum pesanan mereka disahkan, seperti yang ditunjukkan dalam skrin di bawah.

Did you find this article to be helpful?
Updated on April 22, 2025