Bagaimana pengurusan order dan pembayaran dari pelanggan berfungsi pada platform Peasy?

Bagaimana aliran kerja untuk penghantaran dan makan di restoran? #

Aliran kerja penghantaran

1. Pelanggan perlu membuat pesanan dalam kedai online peasy anda.

2. Sebelum “Submit Order” pelanggan perlu meletakkan nama, nombor telefon dan alamat lokasi penghantaran mereka.

3. Setelah pelanggan “Submit Order”, anda akan dapat memeriksa maklumat pelanggan (nombor telefon dan alamat lokasi penghantaran) dengan hanya menekan pada nombor ID pesanan di paparan senarai pesanan dalam aplikasi Peasy.

Senarai pesanan baru boleh didapati dibahagian senarai “Pending”.

4. Setelah makanan siap dimasak dan disediakan untuk penghantaran, anda boleh menghubungi pelanggan untuk pengurusan penghantaran.

Aliran kerja makan di restoran

1. Pelanggan perlu membuat pesanan dalam kedai online peasy anda.

2. Sebelum “Submit Order” pelanggan perlu meletakkan nama dan nombor telefon mereka.

3. Setelah pelanggan “Submit Order”, anda akan dapat memeriksa maklumat pelanggan (nama dan nombor telefon) dengan menekan pada nombor ID pesanan di paparan senarai pesanan dalam aplikasi Peasy.

Senarai pesanan baru boleh didapati dibahagian senarai “Pending”.

4. Setelah makanan siap dimasak dan disediakan, anda boleh mengubah status pesanan di dalam aplikasi kepada “Ready”.

Sistem akan menghantar notifikasi untuk memberitahu pelanggan supaya mengambil pesanan menu mereka di kaunter.

5. Setelah pelanggan selesai makan dan membuat pembayaran, anda boleh mengubah status pesanan kepada “Completed”

Bolehkah pelanggan saya boleh membuat perubahan kepada order mereka selepas konfirmasi order? #

Pelanggan perlu menghubungi anda untuk membuat perubahan kepada order mereka selepas konfirmasi order.

Kemudian, anda boleh membuat perubahan kepada order melalui aplikasi Peasy. Sila ikut cara di bawah:

1. Tekan “Edit” pada senarai order yang ingin diubah.

2. Buat perubahan kepada order.

a) Tekan simbol “+” atau “-” untuk mengubah jumlah item yang sudah dipesan oleh pelanggan.

b) Tekan “Add Item” untuk tambah item menu baru yang belum ada dalam senarai pesanan pelanggan sebelumnya.

c) Tekan kotak sebelah kiri perkataan MYR untuk masukkan jumlah pembayaran yang dibuat oleh pelanggan.

3. Setelah selesai membuat perubahan, tekan “Save”.

Bagaimana cara untuk megaktifkan fungsi "geolocation"? #

Anda boleh mengaktifkan fungsi “geolocation” untuk mengelakkan penipuan pesanan pelanggan.

  • Butang yang berwarna kelabu menunjukkan fungsi tersebut tidak aktif.
  • Butang yang berwarna ungu menunjukkan fungsi tersebut telah diaktifkan.

1. Untuk pengaktifan, tekan pada butang sebelah kiri “Restrict order by geolocation”.

2. Masukkan lokasi restoran anda dan tekan “Add location”.

3. Tekan “Save” di sebelah kanan pada bahagian atas skrin.

Fungsi “geolocation” ini akan memastikan hanya pelanggan yang berada dalam radius 20m daripada alamat restoran fizikal anda sahaja boleh menerima status order “Pending”

Bagi status pesanan baru yang diluar 20m radius, status akan menjadi “Fresh”. Dalam situasi ini, peniaga tidak akan dapat melihat order pelanggan yang berada di luar radius 20m ini di dalam aplikasi. Peniaga hanya boleh periksa order ini pada web Peasy Sales (https://chat.peasy.ai/app/login).

Status pesanan “Fresh” akan berubah menjadi “Pending” apabila pelanggan bergerak dan berada dalam radius 20m restoran anda. Sistem juga akan mengarahkan pelanggan yang membuat pesanan untuk bergerak dan berada di restoran seperti dalam gambar:

Bagaimana jika saya perlu membuat perubahan atau batalkan pesanan? #

Jika anda sebagai peniaga ingin batalkan pesanan pelanggan, anda perlu tekan “Cancel” pada pesanan pelanggan tersebut melalui aplikasi Peasy.

Bagaimana saya ingin mencipta payment gateway? #

Payment gateway perlu dicipta daripada platform web Peasy Sales, bukan pada aplikasi mudah alih kami. Ikuti langkah di bawah untuk setup Payment gateway:

1. Pilih simbol “Setting” pada sebelah kiri skrin.

2. Pilih “Applications”

3. Tekan “Configure” pada sebelah kanan “Tekkis Payment”. Peasy akan menambah banyak lagi pilihan payment gateway di masa akan datang.

4. Tekan “Here”, untuk mula mendaftar platform payment gateway.

5. Setelah mendaftar, ikut arahan dalam komunikasi pihak payment gateway

Jika ada sebarang soalan, anda boleh email kepada pihak  payment gateway yang dipilih, sekiranya anda memilih Tekkis payment gateway, emel soalan anda ke support@tekkis.com.my

Berpandukan gambar di atas, setelah fungsi “Minta pembayaran sebelum mengkonfirmasi pesanan” ini diaktifkan, pelanggan perlu membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum boleh menghantar order ke dalam sistem Peasy.

Selagi mana pelanggan tidak membuat pembayaran, maka sistem Peasy tidak akan merekod transaksi tersebut pada platform web atau aplikasi.

Bagaimana untuk kemas kini maklumat pembayaran pelanggan? #

Anda boleh merekod pembayaran dari pelanggan selepas mereka mendapat makanan. Anda boleh kemaskini maklumat pesanan mereka pada senarai pesanan dalam aplikasi.

Sila ikut cara di bawah:

1. Kenal pasti nombor ID pesanan yang ingin dikemaskini untuk data pembayaran.

2. Tekan “Edit” pada pesanan tersebut.

3. Tekan pada kotak sebelah kiri perkataan “MYR”. Masukkan jumlah pembayaran daripada pelanggan.

4. Tekan “Save”

Did you find this article to be helpful?
Updated on Mac 6, 2025