Apa yang harus dilakukan jika butang Pengesahan tiada dalam Facebook Business Manager saya?

Bagi Permohonan WhatsApp API, akaun Facebook Manager anda perlu disahkan. 

Jika butang Pengesahan pada Facebook Business Manager tidak muncul atau tidak boleh tekan antara langkah yang perlu dilakukan adalah seperti di bawah. Teruskan membaca artikel di bawah jika 2 masalah ini terjadi.

NO 1: BUTANG VERIFIKASI FACEBOOK BUSSINESS MANAGER TIDAK BOLEH DITEKAN (GRAYED OUT)

NO 2: BUTANG VERIFIKASI FACEBOOK BUSINESSS MANAGER TIADA


 

LANGKAH – LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL:

1. Pergi ke https://developers.facebook.com/. Jika masih belum mempunyai akaun. Sila daftar terlebih dahulu. Klik “Get Started”

2. Anda kemudiannya akan diminta untuk memasukkan alamat e-mel perniagaan rasmi anda dan juga ‘bersetuju’ dengan terma dan syarat Facebook. Pastikan alamat e-mel yang anda masukkan adalah sama seperti yang digunakan untuk mendaftar dan mengesahkan Akaun Facebook Business anda.

3. Seterusnya, anda mesti memilih peranan anda semasa daftar Facebook Meta Developer, seperti yang anda mendaftar sebagai? Sebagai Contohnya, kita akan pilih “Marketer”. Setelah membuat keputusan pilih “Complete Registration”. 

4. Kini anda akan dialihkan ke skrin di mana anda boleh membuat aplikasi. Klik pada ‘Create Apps ‘ untuk mencipta apl baharu. Anda tidak akan membuat app sebenar, tetapi untuk tujuan mendayakan pengesahan, anda perlu membuat ujian apps.

5. Sebaik sahaja anda mengklik pada ‘Create App’, anda perlu memilih jenis aplikasi anda; memandangkan kami hanya mencipta aplikasi untuk tujuan membolehkan pengesahan akaun Facebook Business Manager, pilih ‘Business’ daripada senarai dan klik ‘Next’.

6. Taipkan sebarang nama untuk app perniagaan anda, diikuti dengan alamat e-mel yang digunakan untuk mendaftar untuk akaun Facebook Business Manager anda, kemudian pilih menu lungsur Facebook Business Manager anda yang disambungkan daripada senarai. Kemudian, klik pada ‘Create App’.

7. Letakkan Password untuk mengesahkan identiti seperti yang diisikan.

8. Kembali ke ‘Business Settings’ (https://business.facebook.com/settings/pages)  anda dan klik pada ‘App’, anda sepatutnya melihat app perniagaan bersambung yang baru anda buat pada akaun Facebook Business Manager anda.

 


9. Klik pada butang “Open in App Dashboard”. Anda akan directed ke Meta Developer seperti skrin di bawah: