Pengurusan pesanan baru

Untuk Pesanan Penghantaran #

Bagaimanakah pelanggan boleh membuat pesanan untuk perkhidmatan penghantaran kedai dalam talian saya? #

Arahan ini boleh digunakan untuk kedua-dua aplikasi web dan aplikasi telefon Peasy Sales.

Pra-syarat:

  • Aktifkan fungsi “Benarkan Penghantaran” dalam Tetapan Kedai.
  • Tetapkan maklumat sistem bagi servis penghantaran anda mengikut keperluan perniagaan anda.

Rujuk di sini untuk tetapan pesanan penghantaran yang lebih lanjut. Setelah anda mempunyai tetapan yang betul, pelanggan akan dapat melihat seperti di bawah:

1. Pelanggan akan membuat pesanan dari menu dalam talian Peasy anda. Pelanggan tekan “Continue”.

2. Skrin seterusnya akan meminta pelanggan memilih antara Delivery atau Self-pickup.

Untuk servis Penghantaran, pelanggan perlu tekan Delivery dan isi maklumat mereka seperti yang ditunjukkan di bawah. Setelah selesai, tekan butang “Continue”.
3. Sistem akan secara automatik mencadangkan perkhidmatan kurier yang tersedia bersama senarai harga penghantaran. Di sini, pelanggan boleh memilih perkhidmatan kurier mereka bersama kos penghantaran dengan mudah.

Pelanggan perlu tekan dan pilih perkhidmatan kurier dan kos yang bersesuaian sehingga butang bertukar ungu dan klik “Hantar Pesanan”.
4. Skrin seterusnya akan meminta pelanggan menyemak semula butiran keseluruhan pesanan dan jumlah kos.

Setelah disahkan, pelanggan klik butang “Pesan”.

5. Pesanan telah berjaya dihantar apabila skrin pelanggan berubah, seperti di bawah.

Pelanggan harus melihat (a)ID Pesanan mereka, (b)bilangan pesanan yang berada di hadapan mereka, (c)status pesanan, (d)butang “Cancel Order”.

Bagaimana untuk menguruskan pesanan penghantaran yang baru? #

Untuk Penggunaan Web #

Ini adalah arahan untuk menguruskan pesanan penghantaran yang baru pada aplikasi web Peasy Sales.

Merujuk kepada gambar di atas:

  1. Log masuk ke Peasy Sales web anda di sini dan pergi ke “Orders” di bahagian sisi kiri skrin.
  2. Tekan “Orders”
  3. Tekan Order ID untuk menyemak butiran pesanan dengan lebih lanjut. Rujuk gambar di bawah untuk paparan skrin Butiran Pesanan:

    1. Tekan ikon ungu di sebelah kanan nama pelanggan untuk memulakan perbualan dengan pelanggan.
    2. Tekan butang “Tambah Item” untuk menambah sebarang item ke dalam pesanan sedia ada, berdasarkan permintaan pelanggan.
    3. Klik pada kotak dan masukkan jumlah pembayaran yang dibuat oleh pelanggan. Sekiranya pelanggan membayar secara dalam talian menggunakan platform pembayaran dalam talian yang disambungkan pada Peasy, Status Pesanan akan berubah dari PENDING kepada PAID secara automatik dan anda tidak perlu mengemas kini jumlah pembayaran. Baca lebih lanjut tentang cara menyediakan platform pembayaran dalam talian di sini.
    4. Tekan dan masukkan sebarang kupon promosi yang anda ingin gunakan untuk pelanggan. Kemudian tekan “Check”.
    5. Tekan butang “Update” setelah semua butiran pesanan betul dan dikemas kini.
  4. Tekan status pesanan tertunda dan pilih status pesanan untuk menukar status pesanan mengikut aliran penyediaan pesanan anda.
    1. Setiap pesanan baru yang masuk akan mempunyai status PENDING.
    2. Walau bagaimanapun, pesanan baru yang masuk di luar jarak penghantaran maksimum akan mempunyai status FRESH.
    3. Tukar status kepada PACKED apabila anda telah selesai menyediakan pesanan dan bersedia untuk diambil oleh kurier.
  5. Skrin pop-up akan muncul dan meminta anda menjadualkan pengambilan seperti yang ditunjukkan di bawah:

    1. Tekan pada setiap kotak Tarikh dan Masa untuk menjadualkan tarikh pengambilan tertentu mengikut keperluan perniagaan anda.
    2. Tekan untuk meminta kurier mengambil item pesanan sekarang.
  6. Skrin web akan membuka tab baru untuk anda mencetak nota consignment dan letak/tampal pada item pesanan.
  7. Setelah kurier mengambil pesanan, sistem akan secara automatik menukar status pesanan sehingga COMPLETED.
    1. Oleh itu, tiada tindakan lanjut diperlukan daripada anda melainkan pelanggan meminta bantuan lanjut.
    2. Pelanggan akan secara automatik menerima semua kemas kini status pesanan dari sistem.

Untuk Penggunaan App #

Ini adalah arahan untuk menguruskan pesanan penghantaran yang baru pada aplikasi telefon Peasy Sales.

  1. Dari Papan Pemuka Aplikasi Peasy Sales anda, pergi ke “Order”.
  2. Anda akan dapat melihat skrin pesanan seperti di bawah:

    1. Order ID. Anda boleh tekan pada Order ID untuk maklumat penuh pelanggan (nombor telefon dan alamat rumah).
    2. Ringkasan Pesanan
    3. Butang Cancel untuk pembatalan pesanan
    4. Edit Button untuk ubah sebarang maklumat pada pesanan yang sedia ada.
    5. Conversation Button, akan membawa anda kepada skrin untuk perbualan bersama pelanggan. Semua perbualan yang dihantar dari platform Peasy, akan dihantar sebagai mesej Whatsapp kepada pelanggan.
    6. Paid button adalah untuk pengurusan status pesanan. Anda perlu tekan butang ini untuk memastikan pesanan bergerak mengikut status yang betul.
  3. Tekan butang “Paid” setelah pelanggan memuat pembayaran.
    1. Pop-up baru akan muncul. Tekan “Confirm” setelah anda mengesahkan pembayaran yang dibuat.
    2. Pesanan akan secara automatik beralih ke status seterusnya.
  4. Tekan butang “Ready” setelah pesanan telah disediakan untuk penghantaran.

    1. Sama seperti paparan skrin web untuk status pesanan = packed, pop-up baru untuk menjadualkan pengambilan akan muncul.
    2. Anda perlu memilih jadual pickup yang bersesuaian dengan anda dan tekan “Book Pickup”.
    3. Pesanan akan secara automatik beralih ke status seterusnya.
  5. Pada paparan skrin status pesanan Ready, anda boleh tekan Edit atau Order ID untuk melihat butiran perkhidmatan penghantaran.
    1. Skrin akan menunjukkan pilihan untuk menjejaki penghantaran dan mencetak consignment penghantaran.
  6. Sama seperti proses pesanan penghantaran web selepas anda menjadualkan pickup, anda tidak perlu mengemas kini apa-apa lagi, kecuali pelanggan meminta bantuan lanjut.
    1. Sistem kurier akan secara automatik menukar status pesanan sehingga COMPLETED.

Untuk makan di kedai atau ambil sendiri #

Bagaimanakah pelanggan boleh membuat pesanan pada menu atas talian saya, untuk perkhidmatan ambil sendiri atau makan di kedai? #

1. Pelanggan membuat pesanan dari menu dalam talian Peasy anda.

2. Sebelum pelanggan tekan ‘Submit Order”, mereka perlu meletakkan maklumat mereka (nama dan nombor telefon).

3. Setelah pelanggan tekan “Submit Order”, skrin pop-up baru akan muncul di mana mereka dikehendaki mengesahkan butiran pesanan dan jumlah kos mereka, seperti yang ditunjukkan di bawah.

4. Pelanggan perlu tekan “Order” untuk menghantar pesanan ke pihak anda.

Pesanan telah berjaya dihantar apabila skrin pelanggan berubah, seperti di bawah.

Pelanggan harus melihat (a)Order ID mereka, (b)bilangan pesanan yang berada di hadapan mereka, (c)peringatan untuk mengambil pesanan mereka dalam had masa yang diberikan, (d)butang “Cancel Order”.

Bagaimana untuk menguruskan pesanan yang baru untuk ambil sendiri/makan di kedai? #

Untuk Penggunaan Web #

Ini adalah arahan untuk menguruskan pesanan yang baru untuk ambil sendiri/makan di kedai pada aplikasi web Peasy Sales.

Langkah-langkah bagi menguruskan pesanan yang baru untuk ambil sendiri/makan di kedai, adalah sama dengan langkah-langkah yang ditunjukkan untuk menguruskan pesanan baru bagi penghantaran.

Perbezaannya adalah:

  • Anda tidak akan mendapat pop-up untuk menjadualkan pengambilan kurier.
  • Anda perlu menukar status pesanan secara manual mengikut aliran penyediaan pesanan anda sehingga selesai.

Untuk Penggunaan App #

Ini adalah arahan untuk menguruskan pesanan baru untuk ambil sendiri/makan di kedai pada aplikasi telefon Peasy Sales.

Langkah-langkah bagi menguruskan pesanan yang baru untuk ambil sendiri/makan di kedai, adalah sama dengan langkah-langkah yang ditunjukkan untuk menguruskan pesanan baru bagi penghantaran.

Perbezaannya adalah:

  • Anda tidak akan mendapat pop-up untuk menjadualkan pengambilan kurier.
  • Anda perlu menukar status pesanan secara manual mengikut aliran penyediaan pesanan anda sehingga selesai.

 

Bagaimana untuk membatalkan pesanan pelanggan? #

Untuk Penggunaan Web #

Ini adalah arahan untuk membatalkan pesanan pelanggan pada aplikasi web Peasy Sales.

Merujuk kepada gambar di atas, ikut langkah berikut:

  1. Log masuk ke Peasy Sales web anda di sini dan pergi ke “Orders” di bahagian sisi kiri.
  2. Tekan “Orders”
  3. Tekan status pesanan pending dan pilih status pesanan kepada “Cancelled”.

Untuk Penggunaan App #

Ini adalah arahan untuk membatalkan pesanan pelanggan pada aplikasi telefon Peasy Sales.

  1. Dari Papan Pemuka Aplikasi Peasy Sales anda, pergi ke “Order”.
  2. Tekan pada “Batal” pada pesanan pelanggan melalui aplikasi Peasy.

Bagaimana untuk mengemas kini pembayaran pelanggan? #

Untuk Penggunaan Web #

Ini adalah arahan untuk mengemas kini pembayaran pelanggan pada aplikasi web Peasy Sales.

Merujuk kepada gambar di atas, ikut langkah berikut:

  1. Log masuk ke Peasy Sales web anda di sini dan pergi ke “Orders” di bahagian sisi kiri.
  2. Tekan “Orders”
  3. Tekan pada Order ID.
  4. Pada skrin butiran pesanan seperti yang ditunjukkan di bawah:
    1. Masukkan jumlah pembayaran daripada pelanggan
    2. Tekan “Update”.

Untuk Penggunaan App #

Ini adalah arahan untuk mengemas kini pembayaran pelanggan pada aplikasi telefon Peasy Sales.

Pembayaran pelanggan hanya boleh dikemas kini sebelum pesanan selesai (Status Pesanan = Completed). Ikut langkah berikut:

  1. Dari Papan Pemuka Aplikasi Peasy Sales anda, pergi ke “Pesanan”.
  2. Tekan status pesanan pelanggan.
  3. Tekan butang Edit pada pesanan pelanggan.

    1. Masukkan jumlah pembayaran daripada pelanggan
    2. Tekan “Save”

Sebagai alternatif, jika pelanggan anda membayar nilai tepat mengikut nilai pesanan mereka, anda boleh:

  1. Tekan butang “Paid” apabila status pesanan pelanggan adalah Pending
  2. Tekan “Sahkan” pada skrin pop-up Pengesahan Pembayaran, untuk secara automatik memasukkan nilai penuh pembayaran mereka.
Did you find this article to be helpful?
Updated on Mei 30, 2025