Atribut Kontak Kenalan

Untuk Penggunaan Web #

Ini adalah arahan untuk menambah atribut kenalan pada aplikasi web Peasy Sales.

Tetapkan atribut melalui panel sisi kenalan

Selepas mencipta atribut kustom kenalan, anda akan dapat menambah atribut ini kepada kenalan melalui bahagian sisi perbualan/kenalan.

Ia akan membuka pemilih dropdown atribut, kemudian pilih atribut yang anda ingin tambahkan.


Masukkan nilai yang sah, tekan butang Create. Jika permintaan berjaya, mesej “Atribut berjaya ditambah” akan dipaparkan.


Anda juga boleh melihat tindakan seperti sunting/padam/salin dengan meletakkan kursor pada atribut tersebut.

Untuk Penggunaan Aplikasi #

Ini adalah arahan untuk menambah atribut kenalan pada aplikasi telefon Peasy Sales.

Tetapkan atribut pada butiran kenalan

Selepas mencipta atribut kustom kenalan, anda akan dapat menambah atribut ini kepada kenalan pada butiran kenalan.

  1. Pada Papan Pemuka Peasy Sales anda, pergi ke “Kenalan”.
  2. Tekan pada butiran kenalan pilihan anda untuk menambah atribut tersebut.
  3. Tekan “Select Attributes”.
  4. Pilih atribut yang anda ingin masukkan untuk kenalan yang dipilih. Tekan “Next”.
  5. Masukkan nilai atribut anda dengan sewajarnya. Tekan “Save”.
  6. Anda telah berjaya apabila anda melihat notis “Attribute Updated”.
  7. Anda juga boleh melihat ikon untuk mengubah suai data atribut atau memadam atribut, seperti yang ditunjukkan di bawah:
    1. Untuk mengubah suai data attribut
    2. Untuk memadam data attribut
Did you find this article to be helpful?
Updated on Mei 28, 2025