WhatsApp Business API

Bagaimana untuk membuat peti masuk WhatsApp Business API? #

PRA-SYARAT: Akaun portfolio bisnes META dan FB Page #

Sila periksa status dan informasi portfolio bisnes dengan menggunakan link ini:https://business.facebook.com/latest/settings.

Setelah link ditekan:

  • Jika anda boleh melihat paparan profil bisnes META anda seperti di bawah, ini bermaksud anda sudah mempunyai akaun portfolio bisnes META.
  • Jika tiada, ini bermaksud anda belum pernah memiliki akaun porfolio bisnes META dan perlu cipta akaun baru dengan mengikut arahan pada skrin META.

Untuk lebih rujukan, sila tekan di sini.

Cara cipta akaun Whatsapp Business API #

1. Log masuk platform web (https://chat.peasy.ai/app/login) Peasy Sales.

2. Tekan ikon “Setting” di sebelah kiri skrin. 

3. Tekan “Inboxes”

4. Tekan “Add Inbox” di sebelah kanan skrin.

5. Tekan “Whatsapp”.

6. Masukkan nama Whatsapp anda pada “Inbox Name”.

7. Masukkan nombor Whatsapp yang akan didaftarkan pada “Phone Number”.

8. Setelah selesai isi maklumat nama inbox dan nombor telefon, tekan “Create Inbox”.

9. Skrin akan mengeluarkan satu pop-up skrin yang baru. Sila log masuk akaun FB anda untuk akses langkah seterusnya. Tekan “Continue”.

Ini adalah langkah untuk menghubungkan platform Peasy dengan platform META anda.

10. Tekan “Get Started”.

11. Pilih dan pastikan maklumat portfolio bisnes, yang terpapar dalam skrin ini adalah portfolio yang akan digunakan bagi komunikasi bisnes Whatsapp pada platform Peasy. 

Setelah maklumat dikemaskini, tekan “Next”.

12. Pastikan anda memilih “Create a Whatsapp Business Account” pada baris data yang pertama. 

Seterusnya, pilih “Create a new Whatsapp Business profile” pada baris data yang kedua. 

Tekan “Next”.

13. Masukkan Nama Akaun Bisnes Whatsapp. META memerlukan nama ini serupa dengan Nama paparan Bisnes Whatsapp.

14. Tekan pada anak panah ke bawah dalam kotak “Category”. Pilih kategori bisnes yang sesuai dengan perniagaan anda.

15. Setelah semua maklumat di isi, Tekan “Next”.

16. Masukkan nombor telefon yang akan didaftarkan. Pastikan nombor telefon yang dimasukkan adalah aktif (boleh menerima panggilan atau mesej dari nombor lain). 

Pilih “Phone Call”. META akan menghantar kod verifikasi melalui medium yang dipilih dalam skrin ini. 

Tekan “Next”.

17. Anda akan menerima kod verifikasi daripada META. 

Masukkan kod rahsia ke dalam sistem. 

Tekan “Next”.

18. Tunggu beberapa saat sehingga skrin seterusnya muncul. 

Tekan “Continue”.

19. Tunggu beberapa saat sehingga skrin seterusnya muncul. 

Anda tidak perlu lagi untuk menambahkan kaedah pembayaran (Add Payment Method), pada peringkat ini. 

Tekan “Finish” untuk keluar dari pop-up META dan kembali kepada paparan skrin Peasy Sales.

20. Masukkan kod verifikasi yang sama seperti di dalam platform META sebelumnya, pada skrin platform Peasy di ruangan kotak “PIN”.

21. Setelah PIN di isi, tekan “Connect Phone Number”.

22. Skrin akan menunjukkan “Phone Number is connected”.

23. Seterusnya, anda perlu tambahkan ejen pada inbox. 

Tekan pada anak panah ke bawah di sebelah kanan kotak “Pick agents for the inbox”.

24. Tekan pada nama yang muncul untuk tambah sebagai ejen kepada inbox Whatsapp.

25. Tekan “Add agents”.

26. Tahniah, anda telah berjaya mencipta inbox Whatsapp.

Bagaimana cara untuk memasukkan kaedah pembayaran bagi akaun bisnes Whatsapp dalam platform META? #

Sila rujuk pada pautan platform META untuk maklumat dan cara menambah kad kredit pada akaun platform WhatsApp Business anda : https://ms-my.facebook.com/business/help/488291839463771

Sila rujuk pada pautan platform META untuk maklumat dan cara menambah kad kredit sedia ada pada akaun Pengurus Perniagaan anda ke akaun WhatsApp Business anda: https://ms-my.facebook.com/business/help/3146639885655187

Sila rujuk pada pautan platform META bagi maklumat pengebilan untuk akaun WhatsApp Business anda: https://ms-my.facebook.com/business/help/2225184664363779?id=2129163877102343 

Soalan Lazim #

Apakah perbezaan antara WhatsApp & WhatsApp Bisnes API ? #

WhatsApp MessengerWhatsApp BusinessWhatsApp Business API
Use kegunaan peribadiUntuk PKSUntuk perniagaan sederhana/besar
Mesej 1:1 PerkhidmatanPelanggan ad hoc pemasaran berskala kecilKempen pemesejan massa
Perkhidmatan pelanggan yang strategik
Aplikasi, PelayarAplikasi, PelayarAntara Muka Rakan Kongsi
1 pengguna, 2 peranti maksimum (1 telefon , 1 desktop)1 pengguna, 2 peranti maksimum (1 telefon, 1 desktop)Pengguna & Peranti Tanpa Had
Tiada Alat PerniagaanProfil Perniagaan Katalog produk. Menyiarkan mesej (terhad).

Mesej automatik (terhad).

Buat dan ambil bahagian dalam sembang kumpulan.

Tiada tanda hijau untuk akaun rasmi

Profil Perniagaan Katalog Produk.

Menyiarkan mesej

Mesej Automatik (Chatbots, Transaksional)

Hantar rich mesej interaktif

Buat tetapi tidak mengambil bahagian

Tanda hijau untuk akaun rasmi mungkin

Kenalan daripada telefon yang mempunyai akaun WAKenalan daripada telefon yang mempunyai akaun WAKenalan diimport daripda senarai ikut serta
Siarkan kepada 256 orang sahaja sehariSiarkan kepada 256 orang sahaja sehariSiarkan sehingga 100,000 orang sahaja sehari
Risiko tinggi akaun di banned.Risiko tinggi akaun di banned.Risiko rendah akaun di banned.
PercumaPercumaBerbayar
Did you find this article to be helpful?
Updated on Februari 13, 2025

Sign up for Peasy

Just enter your email and password to start using Peasy for free! We will re-direct you to our login page as soon as you are registered.

[fluentform id="5"]

Apply for the BSN SME Digitization Grant

Get RM2,000 worth of FB Ad Credits and 1 year subscription of Peasy Gold Free

[fluentform id="3"]