Bagaimana cara untuk mencipta kategori? #
Kategori boleh dicipta melalui 2 cara.
CARA PERTAMA: Cipta terus dari penambahan item.
1. Pastikan anda berada di skrin yang betul. Anda boleh pilih ikon “Order” yang terletak dibahagian bawah skrin, di posisi kedua dari sebelah kiri.

2. Pilih “Catalog” yang berada di posisi kedua di bahagian atas skrin.

3. Pilih “Items”.

4. Tekan butang “Add Items” yang berada di sebelah kanan skrin.

5. Isikan maklumat Item dengan betul sehingga bahagian “Category”. Kemudian, pilih kotak “Select Category”

6. Jika pilihan kategori yang anda inginkan telah disenaraikan, tandakan kotak disebelah kanan pilihan kategori tersebut.
Jika pilihan kategori tidak disenaraikan,tekan butang “+ Add Category”.

7. Tekan kotak “Enter Category”. Taipkan nama kategori baru anda dalam kotak.
Setelah selesai, tekan “Save”.

8. Tekan butang “Add”. Tunggu sehingga skrin memaparkan mesej “Category added”.

9. Kemudian, tandakan kotak di sebelah kanan nama kategori yang telah dicipta sehingga keluar simbol Tick. Tekan “Save”.

CARA KEDUA: Cipta daripada skrin “Categories”.
1. Pilih“Categories”.

2. Tekan butang “+Add Category” yang berada di sebelah kanan skrin.

3. Di kotak “Category Name”, masukkan nama kategori menu anda.

4. Setelah selesai, tekan butang “Add”.

5. Tahniah! Anda telah berjaya memasukkan kategori baru dalam sistem Peasy!
