Bagaimana cara mendaftar

Pra-Syarat #

Langkah #1: Pautan Platform Peasy Sales yang betul. #

  • Jika menggunakan komputer atau laptop, tekan di sini
  • Jika menggunakan iOS (iPhone/iPad), tekan di sini.
  • Jika menggunakan Android, tekan di sini.

Langkah #2: Paparan Skrin Pendaftaran (Signup) pada aplikasi #

Jika anda menggunakan aplikasi Peasy pada telefon, anda akan dapat seperti paparan skrin seperti di bawah.

Tekan “Signup” setelah anda muat turun aplikasi dalam telefon.

Arahan Mendaftar #

Langkah #1: Borang Pendaftaran atas talian #

Anda sepatutnya akan dapat melihat paparan skrin halaman pendaftaran seperti di bawah.

Rujuk panduan di bawah untuk melengkapkan halaman pendaftaran:

Nama Penuh

Masukkan nama penuh anda.

Contohnya: Bob Marli

Nama Syarikat

Masukkan nama syarikat anda.

Contohnya: Reggae Hats Sdn Bhd

Emel

Masukkan alamat e-mel kerja yang sah.

Contohnya: bob.marli@reggae.my

Nombor Telefon

Pastikan anda masukkan nombor selepas “0”. Contohnya, jika nombor anda 0199495392, maka nombor yang perlu ditaip adalah 199495392.

Nombor ini adalah untuk penerimaan kod OTP bagi pengesahan akaun Peasy. Nombor ini mesti mempunyai akaun Whatsapp.

Ruangan ini BUKAN untuk mengisi nombor whatsapp yang akan anda gunakan bagi blasting mesej melalui platform Peasy.

NegaraSecara automatik, aplikasi akan meletakkan “Malaysia”
Nombor Pengenalan CukaiMaklumat ini tidak wajib untuk diisi.
Mata Wang LalaiSecara automatik, aplikasi akan meletakkan “MYR”

Setelah siap mengisi borang pendaftaran, Tekan “Next”. Skrin akan berubah menjadi paparan skrin untuk menetapkan kata lalaun seperti langkah seterusnya.

Langkah #2: Penetapan kata laluan #

Skrin akan menunjukkan paparan seperti di bawah.

Pastikan anda rekod kata laluan ini supaya tidak terlupa. Pastikan juga:

    • kata laluan anda menepati kriteria yang disenaraikan.
    • kata laluan anda adalah sama pada ruangan “Password” dan “Confirm Password”.

Setelah anda meletakkan kata laluan, tekan “Sign up”.

Langkah #3: Pengesahan OTP #

Sistem kami akan menghantar kod OTP kepada Whatsapp anda untuk tujuan pengesahan akaun.

Anda perlu masukkan kod verifikasi OTP Peasy  ini dalam aplikasi Peasy. Mesej kod OTP adalah seperti gambar di bawah.

Masukkan kod verifkasi OTP pada ruangan aplikasi Peasy seperti dibawah. Tekan butang “Verify”. Skrin akan menunjukkan paparan pelan langganan seperti langkah seterusnya.

Langkah #4: Penetapan Pelan Langganan #

Skrin telefon akan membawa anda kepada paparan aplikasi untuk pemilihan pelan langganan. Gambar seperti di bawah.

Anda perlu pilih jenis pelan langganan yang bersesuaian dengan perniagaan anda. Tekan kepada pilihan pelan langganan dan tunggu sehingga skrin dimuatkan.

Untuk senarai lengkap pelan langganan sila baca di sini.

Jika anda adalah pengguna baru yang ingin mencuba Peasy Sales, sila pilih “Prepaid”. Anda boleh menaik taraf pelan langganan selepas penggunaan Peasy Sales.

Langkah #5: Penetapan Tujuan Penggunaan Peasy Sales #

Apabila skrin dimuatkan, paparan skrin baru akan muncul untuk meminta anda memilih satu tujuan bagi penggunaan Peasy Sales. Gambar seperti di bawah.

Anda perlu memilih satu tujuan sahaja mengikut keperluan sektor perniagaan anda.

Goal List (Senarai Tujuan)Sektor
Start or grow my food delivery servicesPerniagaan Makanan dan Minuman (FnB)
Improve customer service and operation efficiencyPerniagaan Makanan dan Minuman (FnB)
Orders management and inquiries on WhatsappPerniagaan Runcit
Automate appointment and reservationPerkhidmatan professional

 

Setelah anda memilih tujuan, tekan “Next”. Anda TIDAK BOLEH menukar tujuan penggunaan Peasy Sales ini, setelah anda selesai melakukan langkah ini.

Langkah #6: Purata nilai pesanan pelanggan #

Paparan skrin akan meminta anda masukkan nilai purata pesanan yang anda peroleh dalam sebulan.

Ini merujuk kepada purata/anggaran jumlah pesanan daripada pelanggan yang anda terima  dalam sebulan. Kemudian, tekan butang “Save”.

TAHNIAH!! Anda telah berjaya mendaftar akaun Peasy Sales #

Setelah anda menunggu skrin dimuatkan, paparan skrin akan menunjukkan seperti gambar di bawah.

Apakah langkah seterusnya selepas pendaftaran? #

  • Mahu menukar bahasa aplikasi/platform Peasy? Baca di sini.
  • Lanjutkan ketetapan sistem anda mengikut industri:
    • Jika anda meniaga sektor makanan dan minuman (FnB) , baca di sini.
    • Jika anda meniaga sektor perniagaan runcit, baca di sini.
    • Jika anda meniaga sektor perkhidmatan professional, baca di sini.

Soalan Lazim #

Bolehkah saya mengubah tujuan (goal) penggunaan Peasy? #

Anda tidak boleh mengubah tujuan (goal) penggunaan Peasy setelah langkah pendaftaran akaun anda selesai.

Adakah saya perlu membayar jika saya memilih pelan langganan Prepaid? #

  • Anda tidak perlu membayar bagi penggunaan awal pelan langganan Prepaid. Anda hanya perlu membayar jika anda telah menghabiskan kredit percubaan dalam akaun.
  • Untuk maklumat, setiap akaun mempunyai kredit percubaan sebanyak USD 2.00.

Jenis-Jenis Ralat #

Kenapa saya tidak menerima OTP? #

Pastikan anda memasukkan nombor telefon yang betul sewaktu pendaftaran. Pastikan nombor telefon memenuhi kriteria di bawah:

  • Nombor yang mempunyai akaun Whatsapp
  • Nombor yang aktif dan mempunyai rangkaian internet.
  • Nombor anda sendiri.

Kenapa sistem tidak menerima kata laluan saya? #

Pastikan anda memenuhi kriteria kata laluan dan kata laluan anda adalah betul bagi ruangan atas (Password) dan ruangan bawah (Confirm Password).

Ralat #3:

  • Pastikan anda telah melengkapkan segala ruangan dan pilihan yang diminta oleh sistem.
  • Pastikan anda menekan butang pada bahagian bawah skrin untuk dapatkan paparan skrin bagi tindakan selanjutnya.

Kenapa sistem tidak membenarkan saya bergerak ke paparan langkah seterusnya? #

  • Pastikan anda telah melengkapkan segala ruangan dan pilihan yang diminta oleh sistem.
  • Pastikan anda menekan butang pada bahagian bawah skrin untuk dapatkan paparan skrin bagi tindakan selanjutnya.
Did you find this article to be helpful?
Updated on April 14, 2025