Sistem Latihan Ringkas untuk Agen, Dropship, Stokis Menjual Pada Hari Pertama

Sistem latihan ringkas agen dropship stokis ini telah dicuba dan membuatkan kami menjana sales sehingga RM1 juta dalam tempoh 3 bulan.

Mempunyai pasukan jualan internal (sales agent, sales support) atau external (dropship, stokis) yang mantap merupakan idaman semua pemilik bisnes dan pengurus jualan.

Salah satu aspek yang penting dalam membina pasukan jualan adalah latihan yang kita berikan kepada mereka dari hari pertama mereka bekerja.

Table of Contents

Kenapa kita mesti mempunyai sistem latihan agen dropship yang ringkas?

Sistem latihan agen dropship yang ringkas dapat membantu:

  1. Sales agent, dropship, stokis kita menjual secepat mungkin. Tujuan mereka menyertai bisnes kita adalah untuk menambah pendapatan mereka. Jika kita dapat bantu mereka secepat mungkin, mereka akan lebih bersemangat.
  2. Jika sistem latihan kita terlalu lama dan kompleks untuk difahami oleh agen, mereka akan berasa susah untuk menjual. Banyak sangat sop, prosedur yang mereka perlu patuhi. Tambahan pula, makin lama hendak menjual, makin lambat komisyen mereka dapat. Lama kelamaan, mereka akan pergi meninggalkan kita dan mencari bisnes yang lebih mudah untuk mereka buat.
  3. Meningkatkan keyakinan untuk mengajak rakan-rakan mereka untuk menyertai mereka menambah pendapatan melalui bisnes kita kerana apabila mereka dapat menjual dengan mudah tanpa perlu lalui banyak latihan, mereka merasakan orang terdekat mereka juga mampu melakukan perkara yang sama.

Secara am nya, sistem latihan agen dropship terbahagi kepada tiga iaitu:

  1. Latihan Product Knowledge (Product knowledge training)
  2. Latihan Sistem (System training)
  3. Latihan Jualan (Sales training)

Dalam kita membentuk dan membina latihan-latihan ini, objektif yang mesti kita letakkan dalam pemikiran kita adalah bagaimana kita mahu meringkaskan latihan-latihan yang ada supaya sales agent kita tidak terbeban dengan latihan dan mereka terus dapat menjual walaupun pada hari yang pertama. Kita juga mesti berorientasikan conversion rate bukannya result semata-mata.

Mempunyai roadmap yang jelas dari hari pertama sehingga 3 bulan mereka bekerja aan dapat memastikan mereka akan terus fokus kekal bekerja dan menjual untuk anda. Untuk memahami dengan lebih lanjut cara membina pasukan jualan, anda boleh klik disini.

Jadi anda bayangkan mereka masuk pada hari pertama bekerja, pada pukul 9 pagi. Mari kita mulakan.

 

JADUAL SISTEM LATIHAN AGEN, DROPSHIP, STOKIS

MASA

 

LATIHAN

9.00 pagi

:

Latihan Product Knowledge

11.00 pagi

:

Latihan Sistem

11.30 pagi

:

Latihan Jualan

1.00 petang

:

Lunch

2.00 petang

:

Praktikal Latihan Jualan

Latihan Product Knowledge

Latihan product knowledge merupakan satu bentuk latihan untuk memberi ilmu berkenaan produk atau servis anda.

Latihan ini penting kerana jika sales agent anda tidak tahu apa yang dia jual, bagaimana dia hendak menjual?

Persoalannya, bagaimana anda hendak menguruskan dan meringkaskan sesi product knowledge anda supaya sales agent anda boleh terus menjual disamping memastikan sales agent anda 80% faham berkenaan produk dan servis anda?

Meringkaskan Latihan Product Knowledge (2 jam)

Sebelum bermula, pastikan anda mempunyai slide presentation berkenaan dengan product atau servis anda dan anda melakukan kerja rumah anda iaitu kajian berkenaan product features, advantages dan benefits (Product FAB). Jika anda nak tahu bagaimana untuk buat reserach Product FAB yang berkesan, lihat artikel Product FAB yang saya dah tulis.

Untuk 1 jam yang pertama, anda atau pengurus jualan anda mengajar dalam sesi product knowledge dan beritahu sales agent anda yang dia akan melakukan presentation selepas anda. Tekankan berkenaan dengan benefit product dan galakkan sales agent anda untuk banyak bertanya.

Untuk 1 jam yang berikutnya, anda duduk dan dengar sales agent anda present. Semasa presentation, berikan sebanyak mungkin soalan pada dia dan biarkan dia menjawab dengan sehabis baik. Kemudian berikan jawapan untuk soalan yang tidak dapat dijawab. Sekali lagi, tekankan berkenaan dengan product benefit.

Ringkas sahaja cara untuk menguruskan sesi product knowledge tetapi impak yang dapat dari sesi yang sebegini jauh lebih baik dari kita hanya mengajar semata-mata atau sales agent melihat video semata-mata.

Jika anda mempunyai banyak jenis produk atau servis, pilih yang utama sahaja untuk hari pertama. Produk dan servis yang lain, sambunglah di hari-hari berikutnya.

Latihan Sistem (30 minit)

Latihan sistem adalah satu bentuk latihan untuk memberitahu sales agent sop, prosedur, sistem jualan yang diguna pakai dan perjalanan pelanggan dari A sehingga Z.

Latihan ini untuk memastikan sales agent tahu apa yang perlu dibuat dan cara menguruskan pelanggan supaya pelanggan berpuas hati dengan servis yang diberi.

Meringkaskan Sistem Jualan

SOP, prosedur dan perjalanan pelanggan (customer journey) anda perlu fikir cara untuk menerangkan seringkasnya dalam bentuk slide powerpoint sahaja. Ianya bukan perkara mustahil dan ingat, jika anda hendak terangkan kesemuanya secara details pada hari pertama sales agent anda bekerja, ianya akan membuatkan sales agent anda rasa sukar bekerja di syarikat anda.

Pastikan anda boleh menerangkan kesemuanya dalam masa 30 minit hingga sejam sahaja. Share slide powerpoint anda kepada sales agent anda supaya dia boleh membuat rujukan kelak.

Elakkan dari menggunakan sistem jualan seperti CRM yang terlalu complicated untuk difahami oleh sales agent.

Jika ia mengambil masa yang terlampau lama untuk seorang sales agent memahami cara menggunaan sistem, bermakna anda sebagai owner atau pengurus jualan mungkin perlu fikir untuk menukar sistem sedia ada.

Jangan risau jika tidak dapat gunakan sistem yang canggih, gunakan saja Excel spreadsheet untuk track sales anda. Kami pun bermula dengan Excel Spreadsheet sahaja.

Untuk pasukan jualan Peasy, salah satu sistem yang kami gunakan adalah software Peasy Sales. Semudah ABC untuk memahami cara penggunaannya kerana secara ringkasnya Peasy Sales menggunakan WhatsApp based platform. Jadi, siapa yang tidak tahu menggunakan WhatsApp betul?

Untuk anda tahu lebih lanjut berkenaan Peasy Sales dan bagaimana ia boleh membantu pasukan jualan anda, anda boleh rujuk disini.

Latihan Jualan - (30 minit)

Apa itu latihan jualan atau kebiasaanya kita panggil sales training? Latihan jualan merupakan satu bentuk latihan untuk menajamkan soft skill agen.

Antara soft skill yang patut ada dalam seseorang sales agent termasuklah kebolehan komunikasi yang berpengaruh, kebolehan membina kepercayaan pelanggan, kebolehan negotiation, dan lain-lain.

Soft skill ini sangat penting kerana ia mempengaruhi convertion rate jualan tetapi kebolehan ini jika diajar secara teori sahaja, susah untuk seseorang sales agent itu ingat.

Bagaimana untuk meringkaskan sales training?

Bukan sahaja sales training ini dapat diringkaskan, akan tetapi kita dapat mempercepatkan prosesnya. Bagaimana? Mudah.

Jawapannya terletak kepada kekerapan sales training ini dibuat. Apabila seseorang sales agent menyertai pasukan jualan kita, berikan leads yang boleh dia call dan cuba untuk close secepat mungkin.

Kita wajib untuk bersama dengan dia semasa latihan sehingga dia berjaya untuk close 1 jualan. Kemudian biarkan dia menerusan panggilan atau mesej dengan pelanggan untuk setengah hari yang pertama.

Ini merupakan cara paling cepat untuk seseorang sales agent itu praktis sales skill. Semakin banyak sales agent itu membuat panggilan atau mesej dengan pelanggan kita, semakin pandai dan cepat dia berjaya untuk close sales.

Untuk sales training, cuba elak untuk melakukan kelas sales atau mengajar sales one to one yang lama dengan agent itu. Cukup sekadar setengah jam teori dan seterusnya terus praktikal. Kalau tidak mahu buat pun tak apa. Apabila sales agent itu berjaya untuk close sales yang pertama, dia akan mendapat keyakinan dan semakin banyak pelanggan yang dia handle, semakin baik cara closing sales agent tersebut.

Dalam tempoh 3 bulan, semak semula convertion rate sales agent tersebut setiap bulan. Jika 100 panggilan sebulan, berapa jualan yang berjaya dicapai.

Jika convertion rate nya memuaskan dan maintain atau menaik setiap bulan, maknanya anda dah tak perlu beri sales training pada dia.

Adakah kita perlu mengajar semua perkara pada hari pertama mereka dalam sistem latihan agen dropship?

Pada asasnya kita perlu pecahkan proses jualan kita kepada beberapa bahagian, dan kita hanya mengajar bahagian yang pertama saja pada hari pertama. Contohnya untuk Peasy seperti ini:

sales funnel

Kita ajar fasa demi fasa. Mulakan ajar bagaimana dari lead/prospek sehingga invoice.

Tengok berapa convertion rate. Jika dalam 1 hari ada 20 panggilan, berapa yang berjaya sehingga dapat invoice.

Target berapa yang kita mahukan agen kita capai dalam seminggu dan haruslah realistik. Mungkin kita mahu 10% conversion rate sahaja. Contoh pengiraan:

2 invoice / 20 panggilan = 10% conversion rate

Jadi perlukan 2 invoice untuk dapatkan 10% conversion rate. Berikan masa 4 atau 5 hari untuk capai, dan apabila dah capai 10% conversion rate, ajar pula fasa yang seterusnya dan berikan target yang perlu dicapai sebulan.

Kadang-kadang, tak perlu ajar pun untuk ke fasa seterusnya, sebab mesti akan ada leads yang mahu menyelesaikan customer journey mereka pula. Maksudnya leads itu mahu menyelesaikan langkah-langkah seterusnya. Jadi agen ataupun dropship anda akan bertanya pada anda, dan anda terus saja tunjuk caranya.

Setiap bisnes lain cara menguruskan pelanggan, jadi anda boleh bina sendiri dan susun fasa-fasa ini sebaik mungkin.

Apa yang bagus jika kita pecahkan proses jualan kita kepada fasa-fasa?

  • Memberikan rasa kemenangan kecil kepada agen atau dropship anda.
  • Tahu di fasa mana yang agen dan anda sendiri perlu perbaiki. Sebelum kita salahkan agen, mungkin kita perlu baiki skrip yang lebih baik, offer yang lebih baik dan lain-lain lagi. Sentiasa perhatikan dan perbaiki conversion rate setiap fasa.
  • Memberi rasa dekat dengan kemenangan (sales) pada agen.
  • Menjaga moral agen.

Bagaimana cara untuk mengurangkan risiko lead tidak dapat di-close?

Mungkin anda bimbang terhadap kos latihan mereka? Kita menggunakan periklanan berbayar seperti Facebook ads, Instagram ads dan Google ads untuk mendapatkan leads. Jadi ada sejumlah wang yang kita belanjakan. Terasa rugi jika kita tidak berjaya close betul?

Untuk latihan mereka, berikan leads atau prospek yang sudah lama. Yang dah berada lama di database kita. Sehingga mereka sudah mencapai sekurang-kurangnya conversion rate yang kita mahukan, baru berikan leads yang baru pada mereka.

Apa yang patut anda lakukan sekarang untuk tambahbaik sistem latihan agen dropship?

Membina sistem latihan untuk pasukan jualan bukannya kerja mudah tetapi berita baiknya anda hanya perlu membina ekosistemnya sekali dan hanya perlu ditambah baik jika dirasakan perlu.

Ini cara yang kami gunakan untuk menghasilkan jualan pada syarikat kami. Anda boleh ubah suai ikut keperluan anda.

Download checklist panduan membina sistem latihan ringkas dan rujuk artikel cara membina pasukan jualan.

Apply for the BSN SME Digitization Grant

Get RM2,000 worth of FB Ad Credits and 1 year subscription of Peasy Gold Free

[fluentform id="3"]