Apakah yang chatbot menu saya boleh lakukan? #
Chatbot akan automasikan interaksi pelayan kedai anda dengan pelanggan.
Chatbot dapat menunjukkan kategori menu anda dan menjawab soalan lazim pelanggan melalui platform Whatsapp pelanggan.
Jadi pelayan tidak perlu meluangkan banyak masa bersama pelanggan, untuk mengambil order dan melayan pelanggan.
Bagaimana cara mencipta chatbot menu saya sendiri? #
Untuk akses kepada fitur chatbot, anda perlu log masuk pada platform web Peasy Sales (https://chat.peasy.ai/app/login)
1. Pilih simbol “Clipboard” di bahagian kiri skrin.
2. Tekan pada “+Create New Flow” di sebelah kanan skrin.
3. Masukkan nama chatbot anda pada kotak “Flow Name”.
4. Pilih chatbot bersesuaian dari senarai template yang Peasy ada. Atau anda boleh juga pilih chatbot templat seperti gambar dibawah.
5. Kemudian tekan “Create”.
6. Anda boleh tekan pada nama chatbot yang baru anda cipta untuk edit dan ubah mana-mana bahagian templat mengikut kesesuaian perniagaan.
Untuk rujukan penuh cara edit chatbot, sila tekan link: https://peasy.ai/docs/creating-and-editing-chatbots/
7. Setelah siap edit, tekan “Save” di sebelah kanan skrin.
Bagaimana chatbot saya boleh memberi saranan item dalam menu? #
Interaksi Chatbot akan mengikut aliran chatbot yang anda tetapkan.
Anda boleh masukkan soalan-soalan dan responds yang relevan dalam chatbot untuk membantu pelanggan anda membuat pilihan item dalam kategori menu kedai online anda.
Untuk rujukan cara cipta chatbot, sila tekan link ini: https://peasy.ai/docs/creating-and-editing-chatbots/
Bagaimana chatbot saya boleh respond kepada pelanggan? #
Chatbot akan respond mengikut ketetapan automasi anda.
Untuk memiliki interaksi chatbot yang effektif, sila tetapkan automasi anda supaya boleh mengaktifkan chatbot untuk setiap mesej yang masuk.
Untuk rujukan mengenai automasi, sila tekan link ini: https://peasy.ai/docs/automation-actions/
Untuk rujukan mencipta automasi, sila tekan link ini: https://peasy.ai/docs/creating-and-deleting-automations/