Bagaimana cara menyusun menu saya? #
Setelah anda menambah kategori dan item dalam platform Peasy Sales, sistem akan menyusun menu anda secara automatik.
Item menu akan disusun secara automatik, dan dimasukkan ke dalam kategori yang telah anda tetapkan. Dalam paparan kedai online, item menu dapat dipilih dan dicari mengikut kategori menu.
Kategori yang mula-mula dicipta akan berada di bahagian paling kiri dalam paparan kedai online. Manakala, kategori yang terakhir dicipta akan berada di bahagian paling kanan.
Pelanggan boleh tekan setiap kategori dan lihat kepada item yang mereka ingin pesan dan beli.
Bagaimana aliran kerja untuk penghantaran dan makan di restoran? #
Aliran kerja penghantaran
1. Pelanggan perlu membuat pesanan dalam kedai online peasy anda.
2. Sebelum “Submit Order” pelanggan perlu meletakkan nama, nombor telefon dan alamat lokasi penghantaran mereka.
3. Setelah pelanggan “Submit Order”, anda akan dapat memeriksa maklumat pelanggan (nombor telefon dan alamat lokasi penghantaran) dengan hanya menekan pada nombor ID pesanan di paparan senarai pesanan dalam aplikasi Peasy.
Senarai pesanan baru boleh didapati dibahagian senarai “Pending”.
4. Setelah makanan siap dimasak dan disediakan untuk penghantaran, anda boleh menghubungi pelanggan untuk pengurusan penghantaran.
Aliran kerja makan di restoran
1. Pelanggan perlu membuat pesanan dalam kedai online peasy anda.
2. Sebelum “Submit Order” pelanggan perlu meletakkan nama dan nombor telefon mereka.
3. Setelah pelanggan “Submit Order”, anda akan dapat memeriksa maklumat pelanggan (nama dan nombor telefon) dengan menekan pada nombor ID pesanan di paparan senarai pesanan dalam aplikasi Peasy.
Senarai pesanan baru boleh didapati dibahagian senarai “Pending”.
4. Setelah makanan siap dimasak dan disediakan, anda boleh mengubah status pesanan di dalam aplikasi kepada “Ready”.
Sistem akan menghantar notifikasi untuk memberitahu pelanggan supaya mengambil pesanan menu mereka di kaunter.
5. Setelah pelanggan selesai makan dan membuat pembayaran, anda boleh mengubah status pesanan kepada “Completed”.
Bagaimana cara untuk permudahkan pengurusan order di antara pelayan, dan staf dapur? #
Aplikasi Peasy memudahkan pengurusan order untuk semua staff di restoran anda.
Setiap kali pelanggan melakukan pesanan makanan daripada platform kedai online Peasy anda, sistem Peasy akan menghantar notifikasi pesanan melalui aplikasi Peasy.
Anda tidak perlu lagi risau tentang risiko kesalahan mengambil pesanan, atau kehilangan pesanan pelanggan. Aplikasi Peasy dapat merekod sebarang pesanan yang masuk beserta dengan maklumat pelanggan.
Aplikasi ini juga boleh menjadi rujukan utama untuk semua staff restoran bagi pengurusan order. Jadi semua staff akan lebih peka terhadap status order untuk memastikan servis penyediaan makanan berjalan lancar.
Bagaimana cara untuk melihat perkembangan order? #
Anda boleh melihat perkembangan order pada paparan skrin “Order” dalam aplikasi.
Order yang baru akan masuk pada halaman skrin “Pending”. Anda boleh tekan pada setiap status yang ada pada halaman skrin “Order” untuk mengetahui perkembangan setiap order.
Bagaimana cara pelanggan saya boleh periksa jumlah order menunggu sebelum mereka memesan order? #
Pelanggan boleh periksa jumlah order menunggu pada “Current Queue Number” dalam paparan skrin kedai online anda.
Bagaimana pelanggan saya boleh periksa status order mereka sendiri tanpa bantuan? #
Sistem kedai online Peasy akan menghantar mesej automatik pada setiap kali order status berubah kepada “Ready”.
Mesej automatik tersebut tidak perlu diaktifkan dan terus sedia digunakan tanpa sebarang ketetapan lanjut.
Paparan mesej adalah seperti di bawah.
Bolehkah pelanggan saya boleh membuat perubahan kepada order mereka selepas konfirmasi order? #
Pelanggan perlu menghubungi anda untuk membuat perubahan kepada order mereka selepas konfirmasi order.
Kemudian, anda boleh membuat perubahan kepada order melalui aplikasi Peasy. Sila ikut cara di bawah:
1. Tekan “Edit” pada senarai order yang ingin diubah.
2. Buat perubahan kepada order.
a) Tekan simbol “+” atau “-” untuk mengubah jumlah item yang sudah dipesan oleh pelanggan.
b) Tekan “Add Item” untuk tambah item menu baru yang belum ada dalam senarai pesanan pelanggan sebelumnya.
c) Tekan kotak sebelah kiri perkataan MYR untuk masukkan jumlah pembayaran yang dibuat oleh pelanggan.
3. Setelah selesai membuat perubahan, tekan “Save”.
Bagaimana cara untuk mengelakkan penipuan pesanan? #
Anda boleh mengaktifkan fungsi “geolocation” untuk mengelakkan penipuan pesanan pelanggan.
- Butang yang berwarna kelabu menunjukkan fungsi tersebut tidak aktif.
- Butang yang berwarna ungu menunjukkan fungsi tersebut telah diaktifkan.
1. Untuk pengaktifan, tekan pada butang sebelah kiri “Restrict order by geolocation”.
2. Masukkan lokasi restoran anda dan tekan “Add location”.
3. Tekan “Save” di sebelah kanan pada bahagian atas skrin.
Fungsi “geolocation” ini akan memastikan hanya pelanggan yang berada dalam radius 20m daripada alamat restoran fizikal anda sahaja boleh menerima status order “Pending”.
Bagi status pesanan baru yang diluar 20m radius, status akan menjadi “Fresh”. Dalam situasi ini, peniaga tidak akan dapat melihat order pelanggan yang berada di luar radius 20m ini di dalam aplikasi. Peniaga hanya boleh periksa order ini pada web Peasy Sales (https://chat.peasy.ai/app/login).
Status pesanan “Fresh” akan berubah menjadi “Pending” apabila pelanggan bergerak dan berada dalam radius 20m restoran anda. Sistem juga akan mengarahkan pelanggan yang membuat pesanan untuk bergerak dan berada di restoran seperti dalam gambar:
Bagaimana jika saya perlu membuat perubahan atau batalkan pesanan? #
Jika anda sebagai peniaga ingin batalkan pesanan pelanggan, anda perlu tekan “Cancel” pada pesanan pelanggan tersebut melalui aplikasi Peasy.
Bagaimana jika saya mahu pelanggan membayar sebelum mereka boleh order? #
Anda perlu mengaktifkan fungsi Payment gateway dahulu untuk membolehkan pelanggan membayar dalam platform kedai online Anda.
Payment gateway perlu dicipta daripada platform web Peasy Sales (https://chat.peasy.ai/app/login), bukan pada aplikasi mudah alih kami. Ikuti langkah di bawah untuk setup Payment gateway:
1. Pilih simbol “Setting” pada sebelah kiri skrin.
2. Pilih “Applications”
3. Tekan “Configure” pada sebelah kanan “Tekkis Payment”. Peasy akan menambah banyak lagi pilihan payment gateway di masa akan datang.
4. Tekan “Here”, untuk mula mendaftar platform payment gateway.
5. Setelah mendaftar, ikut arahan dalam komunikasi pihak payment gateway.
Jika ada sebarang soalan, anda boleh email kepada pihak payment gateway yang dipilih, sekiranya anda memilih Tekkis payment gateway, emel soalan anda ke [email protected]
Setelah fungsi “Request payment before confirming order” ini diaktifkan, pelanggan perlu membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum boleh menghantar order ke dalam sistem Peasy.
Selagi mana pelanggan tidak membuat pembayaran, maka sistem Peasy tidak akan merekod transaksi tersebut pada platform web atau aplikasi.
Bagaimana jika saya mahu pelanggan membayar selepas mereka mendapat makanan? #
Anda boleh merekod pembayaran dari pelanggan selepas mereka mendapat makanan.
Anda boleh kemaskini maklumat pesanan mereka pada senarai pesanan dalam aplikasi.
Sila ikut cara di bawah:
1. Kenal pasti nombor ID pesanan yang ingin dikemaskini untuk data pembayaran.
2. Tekan “Edit” pada pesanan tersebut.
3. Tekan pada kotak sebelah kiri perkataan “MYR”. Masukkan jumlah pembayaran daripada pelanggan.
4. Tekan “Save”.