Apakah maksud notifikasi mesej order? #
Notifikasi mesej order adalah mesej yang akan diterima oleh pelanggan yang membeli daripada kedai online Peasy.
Mesej ini akan dihantar sebagai satu mesej Whatsapp kepada pelanggan setiap kali Peniaga membuat perubahan kepada status Order dalam platform kedai online Peasy.
Setiap mesej yang dihantar akan dikenakan cas. Oleh itu, anda perlu sentiasa peka dengan baki kredit yang ditunjukkan pada bahagian “Billing Usage” bagi memastikan servis mesej notifikasi order ini dapat digunakan.
Maklumat “Billing Usage” hanya boleh diakses melalui web Peasy Sales. Sila ikut cara di bawah untuk akses ke “BIlling Usage”.
1. Log masuk web Peasy Sales menggunakan link: https://chat.peasy.ai/app/login.
2. Pilih simbol “Setting” yang berada di sebelah kiri skrin.
3. Pilih “Billing Usage”.
Bagaimana cara untuk mengaktifkan Notifikasi Mesej Whatsapp? #
1. Pastikan anda berada pada paparan skrin “Order Setting”.
2. Skrol skrin sehingga ada nampak bahagian skrin “Order Notification Messages”.
3. Anda boleh mengaktifkan notifikasi mesej dengan menekan pada butang di sebelah kanan butang “Edit”.
a) Butang yang berwarna kelabu menunjukkan mesej notifikasi pesanan yang tidak aktif.
b) Butang yang berwarna ungu menunjukkan mesej notifikasi pesanan yang aktif.
4. Tekan butang “Save” di bahagian atas skrin sebelah kanan perkataan “Order Setting”.