Bagaimana untuk mencipta kategori?

Apakah kategori yang perlu saya masukkan dalam kedai online saya? #

Sebagai seorang peniaga runcit, anda disarankan untuk memasukkan kategori jualan item yang paling laris terjual dalam kedai anda.

Hal ini kerana, fungsi kategori ini sebenarnya adalah untuk memudahkan pelanggan anda memilih item yang ingin dibeli, sama seperti konsep di pasaraya yang mempunyai lorong istimewa bagi setiap item yang dijual.

Dengan fungsi kategori, pelanggan akan lebih mudah untuk membeli dan menjadikan anda sebagai salah satu peniaga pilihan mereka.

Bagaimana cara untuk mencipta kategori? #

Kategori boleh dicipta melalui 2 cara.

CARA PERTAMA: Cipta terus dari penambahan item.

1. Pastikan anda berada di skrin yang betul. Anda boleh pilih ikon “Order” yang terletak dibahagian bawah skrin, di posisi kedua dari sebelah kiri.

2. Pilih  “Catalog” yang berada di posisi kedua di bahagian atas skrin.

3. Pilih “Items”.

4. Tekan butang “Add Items” yang berada di sebelah kanan skrin.

5. Isikan maklumat Item dengan betul sehingga bahagian “Category”. Kemudian, pilih kotak “Select Category”

6. Jika pilihan kategori yang anda inginkan telah disenaraikan, tandakan kotak disebelah kanan pilihan kategori tersebut.

Jika pilihan kategori tidak disenaraikan,tekan butang “+ Add Category”.

7. Tekan kotak “Enter Category”. Taipkan nama kategori baru anda dalam kotak.

Setelah selesai, tekan “Save”.

8. Tekan butang “Add”. Tunggu sehingga skrin  memaparkan mesej “Category added”.

9. Kemudian, tandakan kotak di sebelah kanan nama kategori yang telah dicipta sehingga keluar simbol Tick.  Tekan “Save”.

CARA KEDUA: Cipta daripada skrin “Categories”.

1. Pilih“Categories”.

2. Tekan butang “+Add Category” yang berada di sebelah kanan skrin.

3. Di kotak “Category Name”, masukkan nama kategori item jualan anda.

4. Setelah selesai, tekan butang “Add”.

5. Tahniah! Anda telah berjaya memasukkan kategori baru dalam sistem Peasy! 

Did you find this article to be helpful?
Updated on Disember 20, 2024

Sign up for Peasy

Just enter your email and password to start using Peasy for free! We will re-direct you to our login page as soon as you are registered.

[fluentform id="5"]

Apply for the BSN SME Digitization Grant

Get RM2,000 worth of FB Ad Credits and 1 year subscription of Peasy Gold Free

[fluentform id="3"]