Apakah yang chatbot order saya boleh lakukan? #
Chatbot akan automasikan interaksi pekerja anda dengan pelanggan.
Chatbot dapat menunjukkan kategori item jualan anda dan menjawab soalan lazim pelanggan melalui platform Whatsapp pelanggan.
Jadi pekerja anda tidak perlu meluangkan banyak masa bersama pelanggan, untuk mengesahkan order dan melayan pelanggan.
Bagaimanakah cara mencipta chatbot order saya sendiri? #
Untuk akses kepada fitur chatbot, anda perlu log masuk pada platform web Peasy Sales (https://chat.peasy.ai/app/login)
1. Pilih simbol “Clipboard” di bahagian kiri skrin.
2. Tekan pada “+Create New Flow” di sebelah kanan skrin.
3. Masukkan nama chatbot anda pada kotak “Flow Name”.
4. Pilih chatbot bersesuaian dari senarai template yang Peasy ada. Atau anda boleh juga pilih chatbot templat seperti gambar dibawah.
5. Kemudian tekan “Create”.
6. Anda boleh tekan pada nama chatbot yang baru anda cipta untuk edit dan ubah mana-mana bahagian templat mengikut kesesuaian perniagaan.
Untuk rujukan penuh cara edit chatbot, sila tekan link: https://peasy.ai/docs/creating-and-editing-chatbots/
7. Setelah siap edit, tekan “Save” di sebelah kanan skrin.
Bagaimanakah chatbot saya boleh memberi saranan item dalam kedai? #
Interaksi Chatbot akan mengikut aliran chatbot yang anda tetapkan.
Anda boleh masukkan soalan-soalan dan responds yang relevan dalam chatbot untuk membantu pelanggan anda membuat pilihan item dalam kategori kedai online anda.
Untuk rujukan cara cipta chatbot, sila tekan link ini: https://peasy.ai/docs/creating-and-editing-chatbots/
Bagaimanakah chatbot saya menjawab pertanyaan berkenaan status order? #
Templat chatbot kami yang terkini dilengkapi dengan butang “Order Status” untuk pelanggan tekan apabila aliran Chatbot tersebut diaktifkan.
Apabila butang ditekan, pasukan khidmat pelanggan Anda boleh kongsikan maklumat order dan memberikan bantuan secara langsung jika diperlukan.