Bagaimana cara untuk mencipta kedai online?

Bagaimana cara untuk mencipta kedai online? #

Cara-cara tambah item ke dalam kedai online #

1. Pilih ikon “Order” yang terletak dibahagian bawah skrin, di posisi kedua dari sebelah kiri.

2. Pilih “Catalog” yang berada di posisi kedua di  bahagian atas skrin.

3. Pilih “Items”.

4. Tekan butang “Add Items” yang berada di sebelah kanan skrin bagi menambah menu baru didalam aplikasi Peasy anda.

5. Tekan simbol “+” bagi memuat naik gambar. Anda boleh memuat naik gambar menu daripada fail telefon atau mengambil gambar menggunakan kamera telefon.

a) Jika anda memilih untuk muat naik gambar dari fail telefon, sila tekan “Upload File” dan pilih fail gambar dari telefon.

b) Jika anda memilih untuk menangkap gambar, sila tekan “Camera”. Pastikan anda memberi kebenaran kepada aplikasi Peasy untuk akses dan buka kamera telefon anda.

6. Setelah selesai memuat naik gambar menu, tekan pada kotak “Item Name” untuk memasukkan nama menu anda.

7. Tekan pada kotak “Description” untuk memasukkan penerangan menu anda.

8. Tekan pada kotak “Enter Price” untuk masukkan nilai harga menu anda.

 

9. Anda boleh meletakkan “Variants” untuk mewujudkan beberapa pilihan variasi kepada menu utama sebagai pilihan untuk pelanggan.

Contohnya: Item Utama adalah Key Chain berharga RM20.00. Contoh “Variant” item adalah:

a) Tekan kotak “Enter name” dan masukkan nama “Variant” menu, contohnya: Key Chain x 2

b) Tekan kotak “MYR” dan masukkan harga “Variant” contohnya: 9.00

c) Tekan kotak “Inventory” dan masukkan jumlah inventori mengikut stok anda, contohnya: 100 unit.

10. Untuk tambahkan “Variants” lebih dari satu, tekan butang “Add Variants”.

11. Tekan “Enter Inventory” untuk masukkan jumlah unit menu utama anda.

12. Tekan “Select Category” untuk pilih Kategori menu anda.

a) Tekan pada kotak kecil yang berada di sebelah kanan nama kategori.

b) Tekan “Save”. 

13. Setelah semua ruangan maklumat item di isi, Tekan “Save” untuk cipta item dalam kedai online anda.

Bagaimana cara untuk susun katalog bagi item menu yang mempunyai banyak jenis? #

Item menu yang memiliki pelbagai jenis boleh disusun dengan fungsi “Variant”. Item menu akan disusun secara automatik dalam sistem kedai online Peasy.

Anda hanya perlu menambah maklumat pada halaman “Variant” di bahagian “Add Item”. 

Dalam kedai online, “Variant” akan ditunjukkan bersama dengan produk utama sewaktu penciptaan item. Gambar seperti di bawah:

Bagaimana cara sistem penjejak inventori berfungsi? #

Sistem penjejak inventori akan menolak jumlah keseluruhan inventori mengikut kuantiti yang dibeli oleh pelanggan, secara automatik. 

Sistem ini berfungsi sebaik sahaja jumlah stok inventori diletakkan dalam sistem sewaktu mencipta item dalam menu.

Anda tidak perlu lakukan sebarang ketetapan lain. Hanya perlu masukkan jumlah ke dalam nilai inventori sewaktu menambah atau edit item anda.

Bagaimana cara untuk menyahaktifkan item yang sudah kehabisan stok? #

Sistem kami akan menyahaktifkan item yang kehabisan stok secara automatik.

Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya terlebih mengambil tempahan item dari pelanggan kerana sudah kehabisan stok.

Apabila sesuatu item kehabisan stok, maka sistem akan menyahaktifkan item jualan tersebut sehingga anda menambahkan jumlah inventori pada bahagian “Edit” item jualan.

Bagaimana cara untuk menyahaktifkan item menu supaya pelanggan tidak nampak pada kedai online, sementara waktu? #

Setiap item boleh dinyahaktifkan supaya pelanggan tidak dapat membeli item jualan tersebut, untuk sementara waktu.

Bagi pengguna aplikasi telefon Peasy, fungsi ini mudah untuk diaktifkan dan dinyah-aktifkan mengikut keperluan perniagaan kedai online anda.

Untuk nyahaktifkan item jualan, sila ikut cara di bawah:

  1. Pilih item menu yang anda ingin anda nyahaktifkan.
  2. Tekan ikon mata di sebelah kiri butang “Edit”.
Did you find this article to be helpful?
Updated on Disember 20, 2024

Sign up for Peasy

Just enter your email and password to start using Peasy for free! We will re-direct you to our login page as soon as you are registered.

[fluentform id="5"]

Apply for the BSN SME Digitization Grant

Get RM2,000 worth of FB Ad Credits and 1 year subscription of Peasy Gold Free

[fluentform id="3"]