Terma & Syarat Peraduan
"Kumpul Order & Menang"

1. Pengenalan

  1. Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan ini akan mentadbir Peraduan yang dianjurkan oleh Penganjur sepertimana yang dinamakan dalam Terma-terma Asas. Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan ini akan menjadi tambahan kepada terma-terma yang dinyatakan di dalam Terma-terma Asas (Terma-terma Asas dan Terma-terma dan Syarat-syarat Lazim Peraduan akan dirujuk secara kolektifnya sebagai “Terma-terma dan Syarat-syarat”). Jika tidak didapati Terma-terma Asas untuk sesuatu Peraduan, sebarang terma atau syarat yang dinyatakan dalan Terma-terma dan Syarat- syarat sebagai seperti dinyatakan dalam Terma-terma Asas sebaliknya akan seperti dinyatakan oleh stesen radio yang diurus oleh Penganjur.

  2. Peraduan ini akan diadakan semasa Tempoh Peraduan sepertimana yang dinyatakan dalam Terma- terma Asas. Pihak Penganjur mempunyai hak tunggal untuk mengubah, menangguh atau menukar tarikh Peraduan atau melanjutkan Tempoh Peraduan.

  3. Mekanisma ringkas Peraduan ini adalah seperti dinyatakan dalam Terma-terma Asas. Para Peserta mesti mematuhi mekanisma Peraduan ini sepertimana yang diterangkan dan diberitahu kepada para Peserta oleh Penganjur dari masa ke semasa dalam Tempoh Peraduan.

  4. Peraduan ini akan dianjurkan oleh Penganjur dalam Bahasa Peraduan yang dinyatakan dalam Terma- terma Asas.

  5. Prosedur Penyertaan Peraduan ini adalah seperti yang dinyatakan dalam Terma-terma Asas.

  6. Pihak Penganjur mempunyai hak tunggal untuk menukar, mengubah, membatal atau menambah Terma-terma dan Syarat-syarat dan mana-mana peraturan dan undang-undang termasuk mekanisma Peraduan ini.

  7. Pihak Penganjur mempunyai hak tunggal untuk membatalkan atau menangguhkan Peraduan ini pada bila-bila masa, di mana pihak Penganjur boleh memilih untuk tidak memberikan sebarang hadiah. Pembatalan atau penangguhan tersebut tidak akan memberi hak kepada mana-mana Peserta untuk membuat sebarang tuntutan. Jika Peraduan ini disambung semula oleh Penganjur, Peserta akan mematuhi keputusan Penganjur mengenai penyambungan semula Peraduan ini serta pemberian hadiah.

2. Penyertaan Peraduan

  1. Penyertaan Peraduan mesti lengkap, tepat dan dihantar kepada Penganjur melalui Cara Penghantaran ke Alamat beserta dengan mana-mana dokumen lain yang diperlukan menurut Terma-terma Asas. Penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum Tarikh Tutup Penyertaan sepertimana yang dinyatakan dalam Terma-terma Asas.

  2. Jika Cara Penghantaran penyertaan adalah melalui perkhidmatan pesanan ringkas (“SMS”) atau perkhidmatan pesanan multimedia (“MMS”), setiap Penyertaan Peraduan yang dihantar oleh Peserta akan tertakluk kepada Caj premium yang dinyatakan dalam Terma-terma Asas. Caj-caj ini adalah tambahan kepada bayaran biasa yang dikenakan oleh pembekal khidmat telekomunikasi Peserta yang berkenaan.

  3. Dengan penghantaran Penyertaan Peraduan, Peserta akan dianggap sebagai telah membaca, memahami, menerima dan bersetuju dengan Terma-terma dan Syarat- syarat Peraduan.

  4. Penyerahan Penyertaan Peraduan tidak menjamin peluang Peserta untuk menyertai Peraduan ini.Penganjur berhak untuk menolak atau tidak menerima penyertaan oleh Peserta untuk sebarang sebab, termasuk (tanpa had) di mana Penyertaan Peraduan adalah tidak lengkap, tidak boleh dibaca atau mana-mana terma dalam Terma-terma dan Syaratsyarat tidak dipenuhi atau dipatuhi oleh Peserta

  5. Penyertaan Peraduan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum Tarikh Tutup Penyertaan sepertimana dinyatakan dalam Terma-terma Asal. Penyertaan Peraduan yang diterima selepas masa yang dinyatakan akan dibatalkan dan tidak layak untuk memenangi Hadiah.

3. Kriteria Kelayakan

  1. Kriteria Kelayakan Peserta adalah sepertimana yang dinyatakan dalam Terma-terma Asal.

  2. Peraduan ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang memenuhi Umur Kelayakan sepertimana yang dinyatakan dalam Terma-terma Asal.

  3. Di mana Umur Kelayakan dalam Terma-terma Asal membenarkan penyertaan Peserta-peserta di bawah umur lapan belas (18) tahun, Peserta mesti mendapatkan keizinan ibu bapa dan/atau penjaga terlebih dahulu sebelum menyertai Peraduan dan untuk layak menerima Hadiah. Penganjur menganggap bahawa ibu bapa dan/atau penjaga adalah bertanggungjawab untuk mengawasi penyertaan anak-anak mereka yang ingin memasuki Peraduan ini.

  4. Hanya rakyat Malaysia yang boleh menjadi Peserta Peraduan ini dan mesti mempunyai Kad Pengenalan Malaysia atau Sijil Surat Beranak yang sah.

  5. Peserta mungkin dikehendaki untuk menyerahkan bukti tambahan kelayakan dalam tempoh masa yang dinyatakan oleh Penganjur dan jika Peserta gagal untuk berbuat demikian, Penganjur berhak unutk membatalkan penyertaan Peserta.

4. Ketidaklayakan

  1. Orang-orang berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:-
    1. mana-mana halangan atau sebab ketidaklayakan yang lain sepertimana dinyatakan dalam terma-terma Asal (jika ada);
    2. jika orang tersebut telah melanggar mana-mana Terma-terma dan Syaratsyarat atau mana- mana peraturan Peraduan ini atau pernah disabitkan dengan apa-apa jenayah sebelum Peraduan ini;
    3. jika Penganjur mempercayai bahawa orang tersebut cuba menipu di dalam Peraduan ini;
    4. pekerja-pekerja Peasy (Chroo Ads Sdn. Bhd.), anak syarikat dan syarikat bersekutunya, penaja-penaja, ejen-ejen, peniaga, pedagang atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengan Peraduan dan suami atau isteri, anak-anak, ibu-bapa dan adik beradik mereka;
    5. jika orang itu merupakan ahli keluarga; suami atau isteri, anak-anak, ibu-bapa atau adik-beradik kepada pemenang peraduan yang sama.

5. Pembatalan

  1. Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan Peserta dan/atau mengambil balik Hadiah (pada mana-mana peringkat Peraduan) jika:-
    1. Peserta tersebut tidak memenuhi mana-mana Kriteria Kelayakan;
    2. Peserta tersebut melanggar mana-mana Terma-terma dan Syarat-syarat atau mana-mana peraturan atau undang-undang Peraduan ini atau mana-mana undang-undang atau peraturan yang berkaitan; atau
    3. pada pendapat Penganjur, ia percaya bahawa Peserta telah cuba untuk melemahkan operasi Peraduan melalui penipuan, fraud atau keperdayaan.

  1. Jika berlaku pembatalan selepas Hadiah telah diberikan, Penganjur berhak untuk menuntut pengembalian Hadiah itu atau bayaran sama nilai dengan Hadiah itu dari Peserta yang hilang kelayakan atau dibatalkan penyertaan.

6. Waranti-waranti

  1. Peserta membuat representasi dan waranti kepada Penganjur bahawa:-
    1. Peserta mempunyai hak dan kuasa untuk menyertai Peraduan ini menurut Termaterma dan Syarat-syarat dan akan memberi apa-apa bukti yang diperlukan oleh Penganjur;
    2. Peserta bukan seorang yang muflis atau muflis yang belum dilepaskan;
    3. Peserta tidak disabitkan dengan apa-apa jenayah sebelum Peraduan ini; dan
    4. semua butiran peribadi yang dihantar dan semua kenyataan yang dibuat oleh Peserta kepada Penganjur adalah benar, tepat dan lengkap.

  1. Sebagai balasan kepada tawaran Penganjur memberi peluang untuk mengambil bahagian dalam Peraduan ini, Peserta tanpa syarat dan tidak boleh batal:-
    1. bersetuju bahawa jika diperlukan oleh Penganjur, Peserta akan bersedia untuk melapangkan diri (tanpa bayaran) untuk penerbitan, rakaman dan publisiti Peraduan ini pada bila-bila masa dan jadual penerbitan yang akan diberitahu oleh Penganjur termasuk untuk tujuan:
      1. temubual-temubual (yang mungkin akan dirakamkan); dan/atau
      2. pengambilan gambar, rakaman audio dan/atau visual unutk tujuan promosi dan publisiti (secara kolektif “Rakaman”);
    2. bersetuju dan memberi kebenaran bahawa Penganjur mempunyai hak dan kuasa mutlak untuk menyiarkan Rakaman dan/atau menggunakan slogan, nama atau nama timangan dalammana-mana rancangan/saluran mereka secara penuh atau tidak dalam hak tunggal Penganjur. Semua hakcipta yang wujud dalam Rakaman akan menjadi milik penuh Penganjur;
    3. bersetuju bahawa di mana Peserta dikehendaki menghantar apa-apa gambar, lukisan, slogan, bahan atau hasilkerja kreatif yang lain, termasuk rakaman suara atau video (secara kolektif “Harta Intelektual”) bersama dengan Penyertaan Peraduan, Peserta memberi waranti bahawa semua hak Harta Intelektual dalam penyertaan tersebut tidak melanggar mana-mana hak harta intelektual pihak ketiga;
    4. bersetuju bahawa Penganjur mempunyai hak secara tunggal dan mutlak, untuk mengunakan dan mengeksploitasikan Harta Intelektual melalui apa-apa cara atau media dan dalam apa-apa cara yang dianggap sesuai tanpa mendapat kebenaran Peserta dahulu atau membuat apa-apa bayaran kepada Peserta dan/atau Pemenang Peraduan dan/atau wakilnya;
    5. mengesahkan bahawa Peserta telah membaca dan memahami Terma-terma dan Syarat- syarat dan Peserta bersetuju untuk bekerjasama dan mematuhi semua arahan yang diberi kepada Peserta oleh Penganjur dari masa ke semasa;
    6. bersetuju bahawa semua Hadiah yang akan diberikan dalam Peraduan ini adalah bergantung kepada ketepatan maklumat yang diberikan dan pendedahan yang dibuat oleh Peserta dan perlaksanaan penuh dan lengkap semua waranti-waranti, akujanji-akujanji dan obligasi-obligasi yang dinyatakan di sini oleh Peserta;
    7. bersetuju bahawa Peserta tidak akan melakukan sebarang perbuatan atau peninggalan, secara langsung atau tidak langsung, yang akan mencemarkan nama baik Penganjur dan/atau penaja-penaja;
    8. bersetuju bahawa Peserta tidak akan tanpa kebenaran bertulis terdahulu dari Penganjur menerbitkan atau mendedahkan apa-apa maklumat yang berkaitan dengan Peraduan atau Hadiah (termasuk tanpa had, kepada apa-apa wakil mana-mana pihak media dalam apa jua bentuk sekalipun);
    9. bersetuju bahawa Peserta tidak akan memberi sebarang pengindorsan produk, temuramah atau mengambil bahagian di dalam apa-apa artikel atau laporan yang berkenaan dengan Peraduan atau Hadiah dengan mana-mana pihak ketiga;
    10. bersetuju bahawa penyertaan Peserta dalam Peraduan dan/atau Rancangan ini tidak memberi hak kepada Peserta untuk menerima upah, gaji atau apa-apa bayaran lain;
    11. bersetuju dengan rakaman panggilan telefon oleh pengumum radio atau Penganjur dan bersetuju bahawa rakaman ini boleh digunakan dalam sebarang prosiding atau tribunal.

7. Hadiah

  1. Hadiah untuk Peraduan ini adalah seperti yang dinyatakan dalam Terma-terma Asal.
  2. Nama-nama pemenang Peraduan akan diberitahu atau diumumkan oleh Penganjur melalui cara yang telah dinyatakan dalam Terma-terma Asal.
  3. Semua Hadiah mesti diambil dalam Tempoh Pengambilan Hadiah dan di Tempat Pengambilan Hadiah sepertimana yang dinyatakan dalam Terma-terma Asal. Kegagalan untuk menuntut Hadiah akan menyebabkan Penganjur melucutkan hak Peserta terhadap Hadiah tersebut dan Penganjur, ejen-ejen, penaja-penaja dan wakil- wakil Penganjur tidak akan bertanggungjawab kepada pemenang Peraduan dalam apa jua cara pun.
  4. Apabila Hadiah yang ditawarkan adalah bukan wang tunai, Peserta tidak berhak untuk menukar Hadiah tersebut untuk wang tunai atau alternatif lain.
  5. Penganjur tidak menjamin bahawa Hadiah-hadiah akan tersedia ada dan Penganjur berhak untuk menggantikan Hadiah-hadiah dengan mana-mana hadiah-hadiah lain yang mempunyai nilai yang serupa sepertimana yang ditetapkan oleh Penganjur, ejen-ejen atau penaja-penaja dalam hak tunggal mereka.
  6. Semua hadiah tidak boleh sama sekali dipindahmilik, diserahhak, ditukar atau dituntut oleh Peserta dalam bentuk atau cara yang lain selain daripada yang dinyatakan oleh Penganjur. Semua terma-terma dan syarat-syarat spesifik atau khas yang berkaitan dengan Hadiah (sama ada oleh Penganjur atau ejen-ejen atau penajapenaja Penganjur) mesti dipatuhi oleh Peserta
  7. Hadiah-hadiah mesti dituntut secara sendiri kecuali jika Penganjur menyatakan cara pengambilan yang lain. Apabila Penganjur memilih untuk penghantar Hadiah melalui pos kepada pemenang Peraduan, Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk penghantaran pos Hadiah tersebut dengan cara yang selamat dan efektif.
  8. Dalam situasi khas, dan tertakluk kepada hak tunggal Penganjur, pemenang Hadiah boleh melantik seorang wakil untuk mengambil hadiah. Wakil tersebut akan dikehendaki untuk memberi surat kuasa dari pemenang Peraduan dan dokumen pengenalan diri.
  9. Peserta bersetuju bahawa jika Peraduan melibatkan kemenangan sebuah kumpulan dan kumpulan Peserta ini menjadi pemenang, Peserta bersetuju bahawa Penganjur diberi kuasa untuk menghadiahkan Hadiah tersebut kepada ketua kumpulan tersebut yang terpilih. Pada masa ini, Peserta harus berurusan secara terus dengan ketua kumpulannya untuk bahagian Hadiah Peserta tersebut dan tidak boleh membuat sebarang tuntutan terhadap Penganjur untuk Hadiah-hadiah atau manamana bahagian Hadiah tersebut.
  10. Peserta bertanggungjawab untuk apa-apa dan semua cukai yang dikenakan atas sebab Hadiah itu dihadiahkan atau diterima (mana yang berkaitan).
  11. Di mana Peserta memilih untuk tidak menerima Hadiah, hak Peserta terhadap Hadiah tersebut akan dilucutkan dan Hadiah tersebut akan dikendalikan menurut hak tunggal Penganjur.
  12. Semua Hadiah diterima atas risiko penuh Peserta dan dihadiahkan oleh Penganjur dan/atau penaja tanpa sebarang waranti nyata atau tidak nyata. Peserta akan menandatangani surat perlepasan dan indemniti dalam bentuk yang dinyatakan oleh Penganjur, jika diperlukan, supaya boleh menerima Hadiah.

8. Kegagalan Panggilan & Peserta yang Tidak Boleh Dihubungi

    1. Pemberian Hadiah Melalui Faks Dan Pos: Pihak Penganjur adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang penyertaan melalui pos dan/atau faksimili yang hilang, rosak, tersalah hantar dan/atau lewat dalam penghantarserahan kepada Pihak Penganjur, dan Pihak Penganjur juga adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan dan/atau permasalahan dan/atau kegagalan fungsi ke atas peralatan komputer, peralatan mesin faksimili dan/atau talian telefon mesin faksimili.

 

    1. Pemberian Hadiah Melalui SMS: Pihak Penganjur adalah tidak bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan terhadap sebarang masalah, kerugian dan/atau kerosakan hasil daripada sebarang sebab yang dialami oleh mana-mana pihak di atas kelewatan dan/atau kegagalan dalam penerimaaan dan/atau penghantaran sesuatu SMS hasil daripada ralat sebarang jaringan („network‟), komunikasi atau sistem, gangguan dan/atau kegagalan yang dialami oleh operator telefon mudah alih/telefon bimbit yang mengambil bahagian dan/atau oleh Penganjur dan/atau hasil daripada penyertaan dan/atau hasil daripada pemuatturunan sebarang bahan di dalam Pemberian Hadiah. Di dalam situasi ralat, gangguan dan/atau kegagalan, pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab dan/atau bertanggungan untuk sebarang kegagalan Peserta untuk menyertai Pemberian Hadiah terbabit pada bila-bila masa sekalipun. Pihak Penganjur adalah tidak bertangungjawab dan/atau bertanggungan terhadap sebarang ralat, kegagalan untuk melaksanakan sesuatu, pencelahan/gangguan, pemadaman („deletion‟), kecacatan (“defect‟), kelewatan dalam operasi dan/atau transmisi, kegagalan talian komunikasi, kecurian, kemusnahan, perubahan/alterasi terhadap, dan/atau kemasukan penyertaan tanpa kebenaran, dan/atau kehilangan penyertaan atau kelewatan penyertaan sama ada timbul semasa operasi atau transmisi hasil fungsi-fungsi server, virus-virus, pepijat-pepijat dan/atau sebab-sebab lain ayang mana adalah di luar kawalan Penganjur. 

 

  1. Pemberian Hadiah Melalui Telefon: Tiada liabiliti diletakkan ke atas Pihak Penganjur terhadap sebarang permasalahan komunikasi telefon dan/atau masalah-masalah teknikal yang dialami oleh para pemanggil talian telefon seperti kerosakan, tersalah transkrip, tersalah arah dan/atau kesilapan mendail semasa panggilan telefon tersebut. Sekiranya dalam perlaksanaan sesuatu Pemberian Hadiah: –
    • talian telefon terputus dan/atu terganggu; dan/atau
    • terdapat perbalahan/keraguan yang timbul hasil daripada penggunaan talin-talian telefon di dalam sesuatu Pemberian Hadiah (termasuk di dalam situasi di mana talian telefon berganda digunakan); dan/atau
    • dua (2) talian telefon terlintang di antara satu sama lain („crossline‟) semasa Pemberian Hadiah melalui panggilan telefon;

Pihak Penganjur berhak, di bawah budibicara mutlaknya, membatalkan penyertaan pemanggil dan/atu pemanggil-pemanggil, dan Penganjur tidak mempunyai tanggungjawab untuk memberi Hadiah kepada pemanggil dan/atau pemanggilpemanggil tersebut, dan boleh memberi Hadiah yang berkenaan kepada individu lain menurut budibicara mutlak Pihak Penganjur.

Dalam keadaan di mana lebih daripada satu (1) suara pemanggil kedengaran melalui talian telefon, Peserta atau Pemenang yang paling berhak akan menjadi individu pertama bercakap dan ini adalah tertakluk kepada keputusan muktamad hakim-hakim Pihak Penganjur. Sekiranya hakim-hakim tidak berupaya untuk memastikan pemanggil pertama, undian secara rawak akan dilakukan untuk mengenalpasti Pemenang.

Sebarang penyertaan yang didapati menggunakan pertukaran telefon (“telephone switching‟) atau peralatan aturcara (“programming equipment‟) adalah terbatal dengan sendirinya.

9. Keputusan Hakim/Penganjur

  1. Kriteria untuk pemilihan pemenang-pemenang adalah seperti dinyatakan dalam Terma-terma Asas.
  2. Pemberitahuan pemenang-pemenang akan dibuat melalui cara yang dinyatakan dalam Terma-terma Asas
  3. Keputusan Hakim/Penganjur dalam semua perkara yang berkaitan dengan Peraduan (termasuk tanpa had, pemilihan Peserta, cara permainan Peraduan dan/atau apaapa resolusi yang dibuat) adalah muktamad dan mengikat Peserta. Apa-apa perbincangan, surat-menyurat, pertanyaan, rayuan atau cabaran terhadap keputusan Penganjur yang dibuat tidak akan dilayan.
  4. Peserta tidak boleh mempertikai atau membuat apa-apa aduan lisan atau bertulis, pengumuman umum atau kenyataan mengenai keputusan Hakim/Penganjur sama ada semasa atau selepas Tempoh Peraduan.

10. Aktiviti-aktiviti Promosi

  1. Penganjur dan/atau syarikat bersekutunya mempunyai hak tunggal untuk menghantar pesanan SMS atau pemberitahuan emel kepada nombor telefon bimbit Peserta atau alamat emel yang mengandungi maklumat dan promosi aktiviti mengenai promosi-promosi Chroo Ads Sdn.Bhd. yang lain.
  2. Jika Peserta tidak ingin menerima pesanan SMS atau emel sedemikian, Peserta dikehendaki menelefon dan memberitahu Penganjur seperti yang dinyatakan.

11. Undang-undang

  1. Terma-terma dan syarat-syarat Peraduan ini akan dibaca dan ditafsir mengikut undang-undang Malaysia.

12. Maklumat Sulit

  1. Peserta bersetuju untuk menganggap semua Terma-terma dan Syarat-syarat dan peraturan dan undang-undang Peraduan dan semua maklumat dan pengetahuan yang diperoleh oleh Peserta berkenaan dan/atau berkaitan dengan Peraduan ini dan/atau Rancangan ini dan/atau dperolehi oleh sebab penyertaan Peserta di dalam Peraduan/Rancangan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada perniagaan dan butir-butir operasi Penganjur, mekanik Peraduan, penghakiman/kriteria pemilihan untuk Peraduan (secara kolektif dirujuk sebagai “Maklumat Sulit”), sebagai sulit dan Peserta bersetuju semasa dan selepas Tempoh Peraduan ini untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak mendedahkan sebarang Maklumat Sulit kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan atas apa sebab sekalipun dan berakujanji untuk memulangkan semula kepada Penganjur semua material yang nyata yang mengandungi Maklumat Sulit termasuk sebarang dokumentasi, rekod-rekod, senarai-senarai, nota-nota, lakaran-lakaran, lukisan-lukisan, memorandum-memorandum, model-model akaun, bahan- bahan rujukan, contoh-contoh dan media dan peralatan yang boleh dibaca mesin yang berkaitan dengan Maklumat Sulit termasuk semua pendua dan salinan.

13. Indemniti

  1. Peserta selamanya mengenepikan dan melepaskan Penganjur, ejen-ejen, penaja- penaja dan wakil-wakil Penganjur dari dan terhadap sebarang dan semua liabiliti, kos, kerugian, kehilangan atau perbelanjaan yang dituntut oleh Peserta atau mana-mana pihak yang menuntut bagi pihak Peserta yang mungkin timbul akibat daripada penerimaan mana-mana Hadiah atau penyertaan dalam Peraduan ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada) kecederaan diri dan kerosakan kepada harta sama ada atau tidak secara terus, berbangkit atau boleh ramal.
  2. Peserta akan menggantirugi Penganjur, syarikat bersekutunya ejen-ejen dan penajapenaja Penganjur dari dan terhadap semua liabiliti, kos, kerugian atau perbelanjaan yang ditanggung disebabkan oleh pelanggaran waranti dan akujanji Peserta dan pelanggaran Terma-terma dan Syarat-syarat dan/atau peraturan dan undang-undang Peraduan.

14. Kos

  1. Semua kos yang ditanggung oleh Peserta berkaitan dengan Peraduan termasuk tanpa had caj pos atau pembekal khidmat Internet (“ISP”) (jika berkaitan), semua kos pengangkutan, caj perhubungan, tempat tinggal, makan dan kos lain yang berkaitan yang ditanggung oleh Peserta akibat daripada dan/atau disebabkan oleh penyertaan Peserta dalam Peraduan akan ditanggung secara sendiri oleh Peserta. Penganjur tidak mempunyai apa-apa obligasi untuk membayar balik Peserta untuk mana-mana kos dan perbelanjaan yang ditanggung sedemikian.

15. Had Liabiliti

  1. Peserta mengaku bahawa penyertaan beliau di dalam Peraduan ini adalah di atas risikonya tersendiri.
  2. Penganjur, ejen-ejen, penaja-penaja, wakil-wakil, syarikat bersekutu Penganjur dan pengarah, pegawai dan pekerja, ejen dan pemegang serahhak mereka tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana Peserta berkenaan dengan kegagalan untuk memenangi sebarang Hadiah dalam Peraduan ini, Hadiah rosak atau penyalahgunaan Hadiah atau apa-apa kehilangan, kerugian, kos, perbelanjaan, tuntutan, liability, kematian atau kemalangan yang dialami oleh Peserta semasa Peraduan atau akibat daripada atau berkaitan dengan Peraduan, penyertaan Peserta dalam Peraduan dan/atau Hadiah yang dihadiahkan
  3. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap:-
    • sebarang masalah, kerugian atau kerosakan atas sebarang sebab yang dihadapi oleh Peserta atau mana-mana pihak yang disebabkan oleh kelewatan dan/atau kegagalan di dalam penerimaan atau penyerahan Penyertaan Peraduan yang disebabkan oleh kegagalan rangkaian, komunikasi, ISP atau kesilapan sistem, gangguan dan/atau kegagalan yang dialami oleh Penganjur atau pembekal khidmat telekomunikasi Peserta dan/atau disebabkan oleh penyertaan atau muat turun mana-mana bahan di dalam Peraduan ini. Jika berlaku sebarang kesilapan, gangguan dan/atau kegagalan, Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk apa- apa kegagalan yang dihadapi oleh Peserta untuk menyertai Peraduan ini atau apa-apa kegagalan yang dihadapi oleh Penganjur dalam memenuhi obligasi Penganjur di bawah ini;
    • sebarang kesilapan (termasuk kesilapan dalam pemberitahuan kepada pemenang Peraduan), peninggalan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan dalam pengendalian atau penghantaran, kegagalan talian komunikasi atau pengangkutan, kecurian, pemusnahan, akses yang tidak dibenarkan, atau penyertaan yang hilang atau lewat sama ada atau tidak timbul semasa operasi atau transmisi disebabkan oleh sebab-sebab yang di luar kawalannya; dan
    • sebarang perubahan yang dibuat oleh Penganjur, ejen-ejen, penaja-penaja atau wakil-wakil Penganjur termasuk tetapi tidak terhad kepada perubahan Hadiah atau masa atau tarikh Peraduan ini.

16. Syarat-syarat Am

  1. Penganjur, ejen-ejen, penaja-penaja dan wakil-wakil Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk melaksanakan mana-mana obligasi mereka terhadap Peraduan ini dan Terma-terma dan Syarat-syarat, peraturan dan undang-undang berkaitan dengan Peraduan ini di mana mereka tidak dapat berbuat demikian atas sebab kejadian yang diluar kawalan dan tidak akan bertanggungjawab untuk memberi pampasan kepada Peserta dalam apa jua keadaan.
  2. Peserta tidak boleh menyerahhak mana-mana hak atau subkontrak mana-mana obligasi di dalam ini.Penganjur mempunyai hak untuk menyerahhak atau sublesen kesemua atau sebahagian daripada hak- haknya di bawah ini kepada mana-mana pihak ketiga sepertimana yang ditentukan oleh Penganjur.
  3. Semua hak-hak dan keistimewaan yang diberikan di sini kepada Penganjur adalah tidak boleh batal dan tidak tertakluk kepada pembatalan, halangan atau injunksi di bawah apa jua keadaan. Di dalam apa jua keadaan pun Peserta tidak berhak kepada relif injunksi atau untuk menghalang atau mengganggu penganjuran Peraduan, penerbitan, pengeluaran, pameran dan/atau eksploitasi Peraduan dan/atau Rancangan dan/atau apa-apa produk yang dihasilkan dan/atau berkaitan dengan Peraduan dan/atau Rancangan
  4. Ketidaklayakan, pengharaman atau ketidak boleh dikuatkuasakan mana-mana terma di bawah ini tidak akan memberi kesan atau mengganggu penguatkuasaan Terma-term dan Syarat-syarat Peraduan yang lain.
  5. Bahasa utama Terma-terma dan Syarat-syarat adalah Bahasa Inggeris. Apa-apa terjemahan kepada bahasa lain adalah untuk tujuan kemudahan sahaja. Sekiranya terdapat sebarang perkara yang bercanggah dengan versi Bahasa Inggeris, versi Bahasa Inggeris akan diberi keutamaan.

Isi form di bawah untuk join peraduan sekarang!

*Bagi pengguna Peasy sedia ada, sila isi form berdasarkan maklumat akaun Peasy anda.

Satu klik untuk muat turun Peasy dan lancarkan urusan sales anda.
Nak easy, guna Peasy!

Sign up for Peasy

Just enter your email and password to start using Peasy for free! We will re-direct you to our login page as soon as you are registered.

[fluentform id="5"]

Apply for the BSN SME Digitization Grant

Get RM2,000 worth of FB Ad Credits and 1 year subscription of Peasy Gold Free

[fluentform id="3"]