Cara Mendaftar ke Peasy Marketing

Prasyarat #

  1. Anda perlukan akses pentadbir ke Akaun Perniagaan Facebook untuk mencipta aset Facebook lanjutan. Ikut arahan di sini untuk menyemak sama ada anda ada akses pentadbir ke Akaun Perniagaan Facebook. Jika anda tiada Akaun Perniagaan, sila ikut arahan di sini bagi mencipta Akaun Perniagaan Facebook baharu.
  2. Anda akan memerlukan Halaman Facebook berserta kebenaran “Urus Halaman” untuk menjalankan iklan Facebook. Ikut arahan di sini bagi menyemak sama ada anda ada kebenaran “Urus Halaman” untuk Halaman Facebook.
  3. Sila ikut arahan di bawah menggunakan desktop/komputer riba dan bukannya telefon pintar anda.

Arahan #

Arahan di bawah di guna pakai:

  • Jika anda belum pernah mendaftar ke Peasy sebelum ini
  • Anda telah bermula namun tidak melengkapkan proses pendaftaran

Jika anda telah mendaftar untuk Peasy, sila log masukke akaun Peasy anda dantetapkanprofil Perniagaan anda.

Hanya 3 langkah mudah di perlukan bagi mencipta Akaun Peasy Marketing anda sendiri.

  • Pergi ke https://app.peasy.ai pada pelayar desktop anda. Klik pada butang "Daftar dengan Facebook" di bahagian atas sebelah kanan (diserlahkan dengan bulatan merah)

  • Login kepada Akaun Facebook anda untuk memberi Peasy akses supaya ia boleh mengurus ads anda Tetapkan username dan passwoord Facebook anda dan klik "Continue"

  • Peasy akan meminta kebenaran untuk mengakses dan mengurus Iklan Facebook anda. Klik "Continue as ..." untuk meluluskan permintaan Peasy.

  • Lengkapkan borang pendaftaran. Sila gunakan alamat e-mel dan nombor telefon yang aktif. Peasy akan menghantar pemberitahuan sistem, pengesyoran AI dan kemas kini ke e-mel anda. Jika anda telah memperoleh Peasy melalui geran kerajaan, sila gunakan alamat e-mel yang sama dalam geran anda. Jika anda pengguna Malaysia, sila pilih MYR jika tidak gunakan USD sebagai mata wang lalai anda. Klik "Next".

  • Tahniah! Anda baru saja memperoleh Akaun Peasy Marketing sendiri. Klik pada butang "Log Masuk" untuk log masuk dengan segera. Seterusnya, cuma jawab beberapa soalan pantas dan ringkas untuk mencipta Profil Perniagaan anda. Jika anda perlukan bantuan, ikuti arahan di https://peasy.ai/docs/how-to-setup-my-business-profile.

Soalam Lazim #

Saya mengalami ralat semasa mendaftar #

  1. Ikut arahan di sini bagi memastikan anda ada kebenaran pentadbir ke Akaun Perniagaan Facebook yang sah.
  2. Ikut arahandi sini bagi memastikan yang anda ada kebenaran “Urus Halaman” ke Halaman Facebook yang sah
  3. kut arahan di sini bagi memastikan Halaman Facebook anda dihubungkan ke Akaun Perniagaan Facebook anda.

E-mel dan nombor telefon manakah yang patut saya gunakan? #

Gunakan alamat e-mel dan nombor telefon yang aktif dan sah. Laporan kempen, pemberitahuan, kelas pemasaran digital dan jemputan latihan akan dihantar ke e-mel dan nombor telefon berdaftar anda.

Bagaimana untuk pulihkan kata laluan saya? #

Peasy menggunakan Facebook SSO bagi mengesahkan identiti. Dengan itu, selagi anda ada akses ke Akaun Peribadi Facebook anda, anda sentiasa boleh log masuk dengan hanya mengklik butang “Log Masuk dengan Facebook”.

Jika anda telah kehilangan akses ke Akaun Facebook anda, sila gunakan pautanini bagi memulihkan kata laluan anda.

Bolehkah saya menukar alamat e-mel selepas pendaftaran? #

Tidak. Alamat e-mel tidak boleh ditukar selepas pendaftaran. Pelanggan langganan berbayar boleh menghubungi ejen sokongan khas anda untuk meminta perubahan e-mel.

Mesej Ralat Biasa #

E-mel anda tidak sah #

Gunakan alamat e-mel yang sah semasa pendaftaran.

Alamat e-mel adalah milik pengguna berdaftar lain. Jika anda telah hilang kata laluan, sila gunakan fungsi memulihkan kata laluan #

Sama ada anda atau seseorang sebelum ini telah mencipta akaun Peasy dengan menggunakan kata laluan yang sama. Sila gunakan fungsi pemulihan kata laluan untuk memperolehi akses kepada akaun. Arahan log masuk berserta kata laluan sementara akan dihantarkan ke e-mel anda.

Did you find this article to be helpful?
Updated on November 10, 2022

Sign up for Peasy

Just enter your email and password to start using Peasy for free! We will re-direct you to our login page as soon as you are registered.

[fluentform id="5"]

Apply for the BSN SME Digitization Grant

Get RM2,000 worth of FB Ad Credits and 1 year subscription of Peasy Gold Free

[fluentform id="3"]