Bagaimana untuk menyediakan Profil Perniagaan saya

Arahan #

Bagaimana untuk mencipta Profil Perniagaan pertama anda #

Selepas pendaftaran berjaya, anda sepatutnya dapat melihat skrin yang hampir sama dengan imej di bawah.

  1. Dalam Papan Pemuka Peasy anda, klik pada butang “+PROFIL PERNIAGAAN”.
  2. Anda akan diminta untuk memasukkan nama profil perniagaan anda.
  3. Seterusnya, terangkan kaedah pengedaran anda. Pilih di antara Perniagaan kepada Perniagaan (jika anda menjual kepada perniagaan lain), Perniagaan kepada Pengedar (jika anda merekrut ejen, penjual semula, dll) atau Perniagaan kepada Pengguna (jika anda menjual secara terus kepada pengguna). Peasy menyesuaikan strategi, pengoptimuman dan pengesyoran kempen berdasarkan kaedah pengedaran anda. Jika anda ada lebih daripada 1 kaedah pengedaran, cipta berbilang profil perniagaan.
  4. Seterusnya, pilih kategori yang paling menggambarkan sifat perniagaan anda. Kami ada data dan algoritma untuk 26 industri yang berlainan. AI kami akan menyesuaikan penyasaran, bidaan dan strategi kempen berdasarkan industri anda. Prestasi kempen anda akan menjadi penanda aras terhadap rakan sebidang yang lain dalam kategori yang sama. Sekali lagi, jika anda ada lebih daripada 1 kategori, sila cipta berbilang profil perniagaan.
  5. Seterusnya, masukkan URL laman web anda. Seterusnya, masukkan URL laman web anda. Peasy akan mengimbas kandungan laman web untuk mencari kata kunci. Kata kunci akan digunakan kemudian bagi mengenal pasti khalayak yang sesuai untuk kempen anda.
  6. Seterusnya, pilih halaman Facebook anda. Jika halaman Facebook anda tada dalam senarai, sila semak dalam Tetapan Perniagaan Facebook yang anda ada akses yang mencukupi untuk halaman tersebut. Senarai ini di ambil terus dari Akaun Facebook anda.
  7. Bergantung pada kaedah dan kategori pengedaran yang dipilih, anda akan diminta untuk turut memilih piksel. Jika Peasy menentukan yang corong pemasaran ideal anda di pacu penukaran, anda perlu melaksanakan piksel Facebook di laman web atau pasaran anda untuk mendapat prestasi yang optimum.

Untuk arahan lengkap, sila tonton video di bawah.

Soalan Lazim #

Apakah profil perniagaan? #

Peasy menetapkan AI individu kepada setiap profil perniagaan yang anda cipta. Memandangkan setiap profil perniagaan bertujuan menyasarkan segmen pasaran yang berbeza, menjual set produk yang berbeza serta mempunyai perjalanan pelanggan mereka yang tersendiri – AI kami mampu mempelajari dan memperibadikan saranan serta menyesuaikan strategi pengoptimuman yang unik pada profil perniagaan berdasarkan maklumat yang anda isi.

Berapa banyak Profil Perniagaan yang boleh saya cipta? #

Bergantung pada pelan langganan anda. Pengguna prabayar hanya boleh ada 1 Profil Perniagaan yang aktif. Jika anda mahu menjalankan kempen untuk profil perniagaan yang berbeza, anda perlu mengedit dan menggunakan semula profil perniagaan yang sedia ada. Pengguna langganan berbayar boleh mempunyai sehingga 10 Profil Perniagaan.

Bagaimanakah saya tahu jika saya telah berjaya mencipta profil perniagaan saya? #

  1. Klik pada logo Peasy hijau di sudut kiri atas, anda akan kembali ke papan pemuka utama.
  2. Di papan pemuka, cari nama profil perniagaan anda. Ia sepatutnya berada di kawasan yang diserlahkan dalam imej di atas.

Apakah yang seterusnya selepas mencipta profil perniagaan pertama saya? #

  1. Jika anda menggunakan Peasy pada pelan prabayar, atau Akaun Iklan Facebook yang disambungkan tidak pernah digunakan bagi pengiklanan; anda boleh sama ada terus memuat naik senarai kenalan untuk mencipta khalayak tersuai ATAU anda boleh serta merta mencipta kempen pertama anda.
  2. Jika anda menggunakan Peasy pada pelan langganan berbayar dan sebelum ini pernah membeli iklan menggunakan Akaun Iklan Facebook yang disambungkan; sila tunggu sekurang-kurangnya 24 jam sebelum anda mencipta kempen yang pertama. AI kami perlukan masa untuk memuat turun dan menganalisis data kempen anda yang lepas. Analisis akan membantu meningkatkan ketepatan ramalan serta cadangan AI kami. Sambil menunggu, sila muat naik senarai kenalan untuk mencipta khalayak tersuai. Sebaik AI kami menyelesaikan analisisnya, anda sepatutnya boleh melihat kenaikan pada kaunter data latihan, sebagaimana imej di bawah.

Bolehkah saya mengedit Profil Perniagaan saya? #

Ya, namun semua pembelajaran dan data AI anda yang lalu akan dipadamkan sepenuhnya. AI kami perlu mempelajari semula segala-galanya dari awal. Prestasi dan kos kempen anda akan terjejas dengan teruk.

Bagaimana untuk mengedit Profil Perniagaan yang sedia ada? #

Pada papan pemuka anda, klik butang “Edit Corong” seperti yang ditunjukkan pada imej di bawah di bahagian Corong Jualan.

Anda akan diarahkan ke skrin Soalan 1 dalam profil perniagaan sebagaimana imej di bawah. Teruskan menjawab soalan seperti biasa. Anda boleh merujuk kepada langkah yang ditunjukkan di atas mengenai Cara mencipta Profil Perniagaan pertama anda.

Kaedah pengedaran manakah yang harus saya pilih? #

Peasy memberikan anda tiga pilihan untuk dipilih:

  1. Perniagaan ke Perniagaan (B2B)
  2. Perniagaan kepada Pengedar (B2D)
  3. Perniagaan kepada Pengguna (B2C)

Jika anda menjual perkhidmatan atau produk kepada perniagaan lain seperti perisian pemasaran, sediakan bahan mentah untuk pembuatan dan lain-lain, kemudian pilih Perniagaan kepada Perniagaan (B2B).

Jika anda menjual perkhidmatan atau produk menggunakan sistem ejen, dropship atau stokis dan anda berhasrat untuk mencari lebih banyak ejen jualan, anda mungkin mahu memilih Perniagaan kepada Pengedar (B2D).

Jika anda berhasrat untuk menjual perkhidmatan atau produk terus kepada pengguna, sila pilih Perniagaan kepada Pengguna(B2C). Contohnya insurans, kereta, perabot dan lain-lain.

Jika anda tidak pasti yang mana untuk dipilih, jangan risau. Di akhir hari, Peasy AI akan memperibadikan strategi berdasarkan data yang dipelajarinya. Jika anda menyasarkan pengguna langsung dalam iklan anda tetapi anda memilih B2D, ia masih membina strategi untuk menyasarkan pengguna.

Kategori manakah yang harus saya pilih? #

Peasy mempunyai kumpulan data pembelajaran kolektif yang semakin meningkat setinggi 30tb data untuk 26 industri yang berbeza. Sila pilih industri yang paling menggambarkan produk atau perkhidmatan anda.

Jika anda tidak pasti industri yang anda ceburi, anda sentiasa boleh mencarinya di google.

URL laman web manakah yang patut saya gunakan? Bagaimana jika saya tiada laman web? #

Jika anda ada laman web, anda boleh mengisi URL laman web. Laman web harus menerangkan produk atau perkhidmatan anda dengan terbaik.

Jika anda tiada laman web, anda boleh sama ada menggunakan laman web induk produk anda atau laman web dengan produk atau perkhidmatan yang serupa dengan anda.

Selain itu, anda turut boleh menggunakan halaman Shopee, Halaman Instagram atau Linktree anda.

Peasy menggunakan URL ini untuk mengimbas kata kunci dari laman web. Kata kunci ini akan digunakan kemudian dalam pengesyoran khalayak, dengan mengaitkan kata kunci ini kepada kriteria penyasaran minat yang berkenaan.

Pautan WhatsApp dan pautan Halaman Facebook tidak boleh digunakan di sini.

Halaman Facebook manakah yang patut saya gunakan? Bagaimana jika saya tiada halaman Facebook? #

Halaman Facebook diperlukan apabila anda ingin mengiklan dengan Iklan Facebook. Anda hanya boleh memilih satu Halaman Facebook untuk satu Profil Perniagaan. Pilih Halaman Facebook yang anda mahu iklan anda dipaparkan.

Anda mungkin mahu mempertimbangkan kriteria ini apabila memilih Halaman Facebook:

  1. Bilangan suka
  2. Bilangan ulasan yang baik

Jika anda tiada Halaman Facebook, anda perlu menciptanya. Sila klik dan ikut arahan di sini.

Saya telah diminta untuk menerima Syarat Perkhidmatan Khalayak Tersuai Facebook, mengapa saya perlu terima? #

Kempen digital telah mendapat kesan buruk sejak Chrome dan iOS mengenakan sekatan ke atas data pihak ketiga. Untuk mengatasi sekatan ini, Facebook & Peasy amat mengesyorkan agar pengiklan menggunakan API Khalayak Tersuai dan Penukaran. Peasy akan mencipta Khalayak Tersuai secara automatik bagi pihak anda. Namun Halaman Facebook dan Akaun Iklan anda tidak boleh menggunakan Khalayak Tersuai sehingga anda telah menerima Terma Perkhidmatan Facebook.

Mesej Ralat Biasa #

Tiada Halaman Facebook Ditemui #

Isu yang berpotensi:

  1. Tiada Halaman Facebook.
  2. Tidak mempunyai keperluan tahap minimum kebenaran dalam Halaman Facebook untuk membuat iklan.
  3. Akaun Perniagaan tidak bersambung dengan Halaman Facebook.

Sila semak di sini untuk menyediakan Halaman Facebook anda dengan betul.

Ini bukan URL yang sah #

  1. Semak “https://” dan bukan “http://”
  2. Semak sama ada domain masih tersedia dan berjalan.
  3. Pautan Halaman Facebook tidak boleh di masukkan ke sini.
  4. Pautan WhatsApp tidak boleh dimasukkan di sini.
  5. Semak semula ejaan url yang betul.

Anda belum menerima Terma Perkhidmatan Khalayak Tersuai Facebook, sila terima TOS Facebook daripada pautan ini di sini sebelum anda boleh mencipta khalayak tersuai. #

  1. Log masuk ke Akaun Facebook anda.
  2. Terima Terma Perkhidmatan Khalayak Tersuai Facebook di sini.

Facebook Pixel diperlukan untuk corong penukaran #

Untuk menggunakan corong penukaran, anda perlu menyediakan piksel dan domain yang telah disahkan betul. Ralat menunjukkan piksel tidak di tetapkan dengan betul. Untuk berbuat demikian, sila ikut arahan di sini.

Kesilapan telah berlaku semasa mengambil data kempen. Sila cuba lagi #

  1. Sila muat semula halaman dan cuba lagi.
  2. Cuba log keluar dan log masuk semula.
  3. Semak sambungan akaun iklan anda dengan Peasy. Sila pergi ke tetapan > persediaan sambungan > aakaun iklan.

Kelihatan seakan sambungan facebook anda tidak lagi aktif. Anda perlu menyambung ke Facebook anda sekali lagi #

  1. Di papan pemuka anda, klik pada tetapan > persediaan sambungan > akaun iklan.
  2. Jika akaun anda keluar dari Facebook, sila log masuk semula.
  3. Jika akaun iklan anda tidak bersambung, klik pada togol untuk menukarnya kepada hijau. Anda sepatutnya melihat mesej “Akaun Diaktifkan”muncul.

Oops! Ralat telah berlaku. #

  1. Sila muat semula halaman.
  2. Cuba lagi bagi mengesahkan kesalahan yang anda telah lakukan.
  3. Tukar dengan sewajarnya.

Pengguna tidak disokong untuk fungsi ini #

Sila semak tahap langganan anda. Sesetengah Ciri hanya tersedia untuk tahap langganan tertentu.

Opps berlaku masalah semasa mencapai Profil Perniagaan, sila muat semula halaman #

Sila muat semula halaman. Jika ia berlaku lagi, semak sambungan akaun iklan anda dengan Peasy. Untuk menyemak sila pergi ke tetapan > persediaan sambungan> akaun iklan.

Did you find this article to be helpful?
Updated on November 10, 2022

Sign up for Peasy

Just enter your email and password to start using Peasy for free! We will re-direct you to our login page as soon as you are registered.

[fluentform id="5"]

Apply for the BSN SME Digitization Grant

Get RM2,000 worth of FB Ad Credits and 1 year subscription of Peasy Gold Free

[fluentform id="3"]