Bagaimana untuk menambah admin baharu ke Facebook Ad Account saya

Arahan #

  1. Sila ke halaman https://business.facebook.com/settings di browser web anda
  2. Klik pada “Accounts” di papan kiri. Menu ini akan berkembang.
  3. Di menu berkembang, klik “Ad Accounts”. Papan kanan akan menunjukkan senarai akaun periklanan yang berada di akaun perniagaan Facebook anda.
  4. Sila klik pada akaun periklanan yang anda ingin menambah admin baru kepada. Anda akan nampak sebuah senarai nama yang mempunyai akses kepada akaun periklanan tersebut di dalam senarai “People”.
  5. Sekiranya admin sudah mempunyai akses kepada akaun periklanan tersebut, sila klik pada nama admin tersebut. Baris ini akan berkembang dan menunjukkan tahap akses seseorang itu mempunyai. Sila pastikan bahawa mereka mempunyai tahap “Manage Ad Account”, pastikan bahawa kotak ini aktif dan klik “Save”. Tahniah, anda telah menambah admin kepada akaun periklanan tersebut.
  6. Sekiranya nama admin  tidak ada di dalam senarai “People”, klik pada butang “Add People”. Sebuah pop-up akan muncul.
  7. Cari nama penerima geran dalam pop-up tersebut. Tekan pada namanya, aktifkan kotak “Manage Ad Account” dan klik “Assign”. Tahniah, anda telah menambah admin  kepada akaun periklanan tersebut.
  8. Sekiranya anda tidak dapan menemui nama penerima geran di dalam pop-up tersebut, anda perlu tambahkan individu tersebut kepada akaun perniagaan Facebook terdahulu sebelum anda boleh memberi akses kepada akaun periklanan tersebut.

Panduan lengkap boleh didapati di video dibawah.

Soalan Lazim #

Senarai Akaun Periklanan saya kosong #

Akaun perniagaan Facebook anda tidak mempunyai sebarang akaun periklanan. Anda boleh:

  1. Sekiranya anda mempunyai akaun perniagaan Facebook, sila tukarkan kepada akaun perniagaan Facebook lain yang mempunyai akaun periklanan. Sila ke halaman https://business.facebook.com/overview untuk memilih akaun perniagaan Facebook.
  2. Jika tidak, buat Facebook Ad Account baru.
Did you find this article to be helpful?
Updated on November 10, 2022

Sign up for Peasy

Just enter your email and password to start using Peasy for free! We will re-direct you to our login page as soon as you are registered.

[fluentform id="5"]

Apply for the BSN SME Digitization Grant

Get RM2,000 worth of FB Ad Credits and 1 year subscription of Peasy Gold Free

[fluentform id="3"]