Bagaimanakah untuk saya mencipta kempen Facebook/Instagram/Google di Peasy? #
- Pastikan Akaun Iklan Facebook dan Google Ads anda disambungkan dengan Peasy. Untuk menyemak anda boleh pergi ke tetapan > persediaan sambungan.
- Di papan pemuka anda, klik pada butang +Kempen.
Bagaimanakah saya tahu jika telah berjaya mencipta kempen? #
Peasy akan memaparkan pemberitahuan jika anda berjaya menerbitkan kempen.
Anda juga perlu menyemak Pengurus Iklan Facebook anda untuk memastikan kempen anda diluluskan oleh Facebook.
Apakah tempoh kempen yang ideal? #
Tempoh kempen yang ideal adalah 7 hari dan ke atas.
Apakah bajet kempen minimum? #
Bajet kempen minimum ialah RM570.
Bagaimana jika saya tidak mahu berbelanja terlalu banyak untuk iklan saya? #
Anda boleh sama ada menjeda atau menghentikan iklan anda apabila telah mencapai KPI yang anda inginkan.
Bagaimana saya harus memutuskan lokasi yang hendak digunakan dalam kempen saya? #
Peasy mengesyorkan anda untuk memilih sama ada negeri, semenanjung atau Malaysia supaya anda ada populasi yang mencukupi untuk kempen anda.
Bagaimana jika saya menyasarkan pelanggan di pelbagai lokasi? #
Anda boleh melakukannya tetapi pastikan anda memilih negeri, semenanjung atau negara.
Jika kedai saya terletak di Kubang Kerian, adakah saya hanya perlu menyasarkan Kubang Kerian sahaja? #
Populasi Kubang Krian terlalu kecil. Ia akan menjejaskan keputusan kempen anda. Sebaliknya sila pilih negeri.
Apakah Populasi Khalayak? #
Kempen sama ada akan gagal mencapai sasaran atau enggan di belanjakan apabila saiz populasi terlalu kecil. Peasy mengambil kira saiz populasi khalayak apabila menggunakan penciptaan kempen Corong Penuh. Jika anda mencipta kempen ini melalui pilihan Kempen SATU, sila pastikan jumlah saiz populasi kempen anda mencukupi untuk mencapai sasaran yang diinginkan. Anda boleh merujuk kepada corong jualan anda dan ketahui lebih lanjut tentang populasi khalayak di sini. Anda boleh mempengaruhi saiz populasi khalayak dengan:
Untuk meningkatkan saiz populasi |
|
Untuk mengurangkan saiz populasi khalayak anda |
|
Jika segmen khalayak menggunakan khalayak tersuai atau serupa dalam sasarannya, saiz populasi khalayak mungkin kelihatan seperti “-1”.