Target Market: Strategi mendapatkan Winning Content, Offer, Copywriting!

Target Market Strategy!

Salah satu perkara yang penting apabila anda baru bermula membuat pemasaran atau marketing untuk produk atau service anda adalah target market research.

Apabila anda membuat target market research dengan baik, tiada lagi masalah kekeringan idea untuk menulis copywriting, mencipta offer, promotion dan lain-lain.

Kita mulakan dengan mengenal dahulu apa itu target market atau kita panggil juga sebagai definition target market. Anda tidak mungkin dapat menjual kepada semua orang dan bukan semua orang patut menjadi pelanggan anda. Betul?

Target Market Definition

Jadi, anda mesti mempunyai kumpulan sasaran pelanggan (target market) yang anda kenal dan memerlukan produk atau servis anda. 

Cara Buat Target Market Research Yang Simple Tapi Berkesan!

Ini cara saya membuat target market research.

Langkah Pertama: Mencipta Avatar

Avatar ialah satu bayangan yang anda cipta yang mempunyai ciri-ciri pelanggan yang anda mahu. Ingat, selain dari pelanggan suka membeli dengan kita, kita mesti suka dengan pelanggan kita. Baru hubungan kita dengan pelanggan boleh berpanjangan. 

Jadi berbalik kepada cerita kita, ciri-ciri apa yang boleh kita masukan dalam Avatar kita? Ini contohnya dan setiap bisnes berbeza-beza. Jadi anda kena sesuaikan mengikut bisnes anda.

  1. Jantina
  2. Umur
  3. Bangsa
  4. Pekerjaan
  5. Pendapatan Bulanan
  6. Status perkahwinan
  7. Jenis Pekerjaan
  8. Tahap pendidikan
  9. Dan lain-lain

Macam saya cakap sebelum ini, setiap bisnes berbeza-beza kan. Antara ciri-ciri lain boleh letak “dah ada anak atau belum, tinggal dimana dan lain-lain.

avatar. customer profile. profile pelanggan.

Langkah Kedua: Define target market anda

Anda boleh menceritakan semula ciri-ciri target market anda pada orang. Kalau boleh sekali lafaz lagi bagus. Biar ia sentiasa tersemat dalam minda anda, lagi-lagi semasa anda buat copywriting, content, promotion dan lain-lain.Contohnya:

Pasangan Melayu yang masih menyewa rumah tapi mempunyai perancangan untuk membeli rumah pertama untuk duduk sendiri dalam masa 5 tahun akan datang dalam keadaan bersedia dari segi kewangan.

Mudah saja kan? Apabila kita membentuk customer profile atau profil pelanggan adalah penting kita memikirkan ciri-ciri pelangan yang berkaitan dengan kita kerana setiap bisnes mempunyai keperluan pelanggan yang berbeza.

Satu berita yang saya nak bagitau anda adalah semua orang pun buat Avatar. Jadi macam mana kita nak menang? Ikut langkah ketiga. 

Langkah Ketiga: Pilih 1 atau 2 keyword utama

Keyword ini kita akan gunakan untuk membuat searching atau pencarian kepada jawapan-jawapan untuk soalan yang saya nyatakan nanti.

Seperti contoh yang saya berikan tadi, keyword atau kata kunci yang kita boleh pilih adalah:

  1. Beli rumah pertama
  2. Kewangan beli rumah pertama

Langkah Keempat: Senarai soalan utama 

Mencipta avatar sahaja tidak cukup kerana semua orang tahu mencipta avatar. Syarikat besar, syarikat kecil, sesiapa sahaja boleh mencipta avatar.

Kita perlu pergi lebih dalam dari tu. Kita perlu mengenalpasti apa yang bermain dalam fikiran pelanggan kita jika kita ingin mencipta sniper copywriting, offer yang menarik minat pelanggan dan magnet content. 

Ada banyak soalan-soalan yang boleh ditanya, tapi bagi saya ini 3 soalan yang utama:

Soalan pertama: Apakah halangan dan kekecewaan yang paling besar mereka hadapi?

Kita kena betul-betul faham apa halangan dan kekecewaan yang paling besar mereka hadapi. Cuba kita bayangkan kita berada di tempat pelanggan. Apabila kita tahu apa yang halangan dan kekecewaan mereka, kita dapat mencipta produk atau service yang betul-betul menyelesaikan kesakitan dan masalah mereka.

Dengan mengetahui apa yang membuatkan mereka kecewa dan halangan apa yang mereka hadapi, kita dapat mencipta offer yang lebih baik yang mampu menyelesaikan sebahagian besar masalah pelanggan kita. 

Selain itu, apabila kita mengetahui halangan dan kekecewaan mereka, kita dapat memasukkan elemen emosi yang tepat dalam copywriting kita. Pelanggan akan merasakan yang kita benar-benar faham masalah mereka dan dapat membantu mereka mengatasi masalah mereka.

Even dalam testimony yang kita berikan, kita dapat mengenalpasti testimony mana yang akan memberikan kesan yang mendalam kepada pelanggan kita. Pelanggan akan melihat testimony dari pelanggan sebelumnya yang menggunakan produk atau servis kita, dapat menyelesaikan masalah yang sama yang dia hadapi.

Soalan Kedua: Apakah harapan, mimpi, atau impian mereka?

Pelanggan harus boleh membayangkan bagaimana kehidupan mereka berubah selepas menggunakan produk atau servis anda. 

Contohnya:

PelangganCopywriting
Dapat gaji habis. Macam mana nak beli rumah?1 jam konsultansi kewangan percuma kami akan membantu anda mendapatkan kunci rumah pertama anda dalam 5 tahun tanpa ikat perut!

Soalan Ketiga: Apakah perkara yang mereka sangat takutkan?

Apa yang membuatkan pelanggan anda tidak dapat tidur lena setiap malam? Apa yang mereka risaukan? 

Adalah penting untuk mencari jawapan kepada soalan ini kerana orang selalunya lebih takutkan kehilangan daripada bermotivasi mendapatkan sesuatu impian atau harapan.

Jadi apabila kita dapat membuat copywriting yang dapat menyatakan ketakutan mereka dan menyelesaikan ketakutan mereka, kita dapat motivate mereka untuk mengambil tindakan.

Langkah kelima: Senaraikan keyword untuk menjawab soalan-soalan utama.

Kita dah sampai di step yang penting dan prosesnya panjang sedikit. Anda perlu mencari jawapan untuk setiap soalan di langkah 4. Berdasarkan soalan-soalan itu, senaraikan kata kunci yang anda akan guna untuk membuat search atau carian anda.

Contohnya:

Soalan: Halangan dan kekecewaan yang paling besar mereka hadapi?

Keyword: Halangan beli rumah pertama, gagal beli rumah pertama

Soalan: Apakah harapan, mimpi, atau impian mereka?

Keyword: Sebab beli rumah pertama, alasan beli rumah pertama, impian beli rumah pertama, cara beli rumah pertama.

Soalan: Apakah perkara yang mereka takutkan?

Keyword: Masalah beli rumah pertama, pengalaman beli rumah pertama, tak dapat beli rumah pertama

Jika anda tidak tahu untuk mencari keyword, anda boleh cuba gunakan website ini https://www.answerthepublic.com . Anda boleh melihat apa yang orang selalu cari di internet untuk mendapatkan idea keyword.

Langkah Keenam: Buat carian berdasarkan keyword yang anda senaraikan untuk menjawab soalan-soalan utama.

Create 1 google document atau boleh juga microsoft word untuk anda letakkan jawapan yang anda jumpa. 

Buat carian ataupun search di google, website, blog, forum, social media dan lain-lain menggunakan keyword yang anda senaraikan. Sematkan dalam minda anda yang anda mahu mencari jawapan kepada soalan-soalan utama.

Jika jumpa 1 topik yang berkaitan dengan soalan anda di forum, baca sampai habis walaupun ada 26 pages. Baca comment-comment di fb group. Ambil jawapan mereka. 

Apabila berjumpa jawapan, copy dan paste jawapan tu ke dalam m. word yang anda dah buat tadi. Bukan tulis semula ya. Copy dan paste. Letak jawapan mengikut soalan-soalannya.

Kalau boleh elakkan anda menulis sendiri jawapan atau mengubah jawapan mengikut apa yang anda fikirkan sesuai. 

Walaupun jawapan yang anda jumpa seakan-akan sama, contohnya:

  1. Gaji tak naik-naik setiap tahun
  2. Gaji naik RM50 sahaja setiap tahun

Copy paste kedua-dua jawapan. Matlamat anda adalah mencari jawapan sebanyak mungkin kepada persoalan-persoalan utama.

Anda mungkin akan mengambil masa 1 jam, 1 hari, 1 bulan tetapi percayalah proses ini akan membantu anda memahami secara mendalam mengenai pelanggan anda dan akan membantu anda dalam banyak aspek lebih-lebih lagi content, offer, copywriting dan jaminan.

Langkah Ketujuh: Buat survey untuk mendapatkan feedback

Create atau cipta 1 google form untuk melakukan survey. Senaraikan ciri-ciri avatar yang penting dan senaraikan soalan-soalan utama. Jika anda tidak tahu untuk membuat google form, anda boleh belajar di youtube. Banyak tutorial yang disediakan.

Blast saja survey anda pada orang ramai. Di facebook anda, di website anda. Jangan risau walaupun dia bukan target market anda, anda boleh filter kemudian berdasarkan ciri-ciri avatar yang anda ada tanya di google form. 

Dapatkan sekurang-kurangnya 30 orang yang mengisi survey anda. Lebih lagi bagus.

Tips yang saya boleh beri ialah jangan minta personal details dari mereka. Jangan minta nama, phone number dan email. Matlamat anda ialah ingin mendapatkan jawapan mereka.

Anda juga boleh, memberikan sedikit buah tangan contohnya ebook percuma, video courses percuma atau apa saja untuk mereka mengisi survey anda.

Langkah Kelapan: Cari Frequency

Ini merupakan langkah yang terakhir. Cari berapa banyak kali target pelanggan anda memberikan jawapan yang sama kepada soalan-soalan utama. Gunakan survey anda dan gunakan jawapan dari carian anda. 

Buat 1 table di m. word. Senaraikan soalan, senaraikan frequency 1, 2 ,3 . 

Walaupun anda jumpa jawapan dalam perkataan berbeza tapi mempunyai maksud yang sama, copy dan paste saja mengikut frequency yang sama. Contohnya:

  1. Gaji tak cukup
  2. Gaji tak naik-naik

Copy paste kedua-dua jawapan dalam frequency 2. Untuk frequency 3, ia bermaksud jawapan sama yang anda jumpa 3 kali dan ke atas.

Target Market Research selesaikan masalah kekeringan idea copywriting, content dll

Apabila anda telah menyiapkan kesemua langkah-langkah yang saya senaraikan, anda boleh menggunakan jawapan mereka untuk pelbagai aktiviti seperti copywriting, content dan lain-lain.

Tugas anda adalah memberi penyelesaian kepada jawapan-jawapan mereka. Mulakan dengan menggunakan jawapan yang mempunyai kekerapan yang tinggi. Counter semula dengan offer atau solution yang anda boleh beri.

Selepas target market research ringkas ini, jika anda ingin mendapatkan hasil yang lebih mantap anda boleh melakukan Produk features, advantage & benefit (FAB).

Jika anda drill betul-betul mengenai ciri-ciri dan manfaat produk anda, ia akan membantu anda untuk counter masalah target market anda. 

Saya ada menyediakan handout untuk anda gunakan dan mulakan target market research anda sendiri. Ia dalam bentuk google docs. Tolong download sahaja dan jangan ubah apa-apa supaya orang lain boleh dapat manfaat yang sama. 

Anda boleh dapatkan ia disini: Template Target Market Research

Anda juga boleh melihat contoh target market research dan survey yang saya lakukan disini: 

Untuk mendapatkan targeting audience yang terbaik yang dilakukan oleh Peasy Ai tanpa anda perlu bersusah payah setting apa-apa, klik untuk membaca artikel “Bagaimana Peasy Marketing membantu Iklan anda.

Sign up for Peasy

Just enter your email and password to start using Peasy for free! We will re-direct you to our login page as soon as you are registered.

[fluentform id="5"]

Apply for the BSN SME Digitization Grant

Get RM2,000 worth of FB Ad Credits and 1 year subscription of Peasy Gold Free

[fluentform id="3"]