Arahan #
- Tukar kekreatifan – periksa kekerapan iklan anda. Jika kekerapan lebih daripada 2, tukarkan kreatif.
- Tingkatkan bajet – jika perbelanjaan harian kempen anda ialah 80%-100% daripada belanjawan anda yang diperuntukkan. Anda menetapkan bajet kempen anda RM 1,000 untuk 10 hari. Sekarang kita dah masuk hari ke-4 dari 10 hari, jika kempen anda telah membelanjakan antara rm320 hingga rm400 – maka naiklah. Tetapi katakan selepas hari ke-4, impresi melebihi 9000 dan bajet yang dibelanjakan adalah kurang daripada 50% (rm200) – maka kempen anda mempunyai dua isu: a)populasi terlalu kecil (luaskan sasaran geografi anda – ini hanya berlaku apabila menggunakan single corong) ATAU isu kreatif (iklan anda, borang facebook anda payah)
- Kemas kini status leads – kemas kini status leads anda dalam senarai contacts.
Soalan Lazim #
Kempen saya tidak berbelanja #
- Peasy AI memerlukan data yang mencukupi untuk bermula. Tunggu sehingga tanggapan anda 9000.
- Semak jika populasi terlalu kecil, luaskan lokasi anda. Kota Belud – Sabah
- Terlalu banyak soalan dalam borang lead mempengaruhi kecenderungan lead anda untuk mengisi borang dan mengakibatkan volum lead yang rendah.
- Semak kreatif iklan anda. Cuba ubah kreatif anda. Sila pastikan kreatif anda tidak melanggar peraturan Facebook. Facebook mengkehendaki perkataan dalam imej kurang daripada 20% jika tidak Facebook akan memberikan penalti kepada iklan tersebut.
Prestasi kempen saya lebih rendah berbanding anggaran, adakah saya perlu menunggu atau melaraskan tetapan? #
Bila ia harus berubah:
a. Apabila impresi melebihi 9000, perbelanjaan harian adalah kurang daripada 50%
b. Kekerapan iklan adalah lebih daripada 2
Jika tidak, jangan berbuat apa-apa.